Halaman

Selasa, September 22, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 09(19)nota8(161-164)s

Daurah tafsir 2019 sesi 09(19)nota8(161-164)s
Sesi 09 (19,20,21)

Surah maryam
Tertibnya surah  19
Bilangan ayat 98
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turun 44
Bilangan paragraf 6
Paragraf 1ayat 1-15 Kisah Zakaria dan Yahya.Sebab keperluan kepada anak.
Paragraf 2 ayat 16-20 Kisah Maryam dan Isa
Paragraf 3 ayat 21-50 Nabi Ibrahim juga pembawa akidah tauhid.
Paragraf 4 ayat 51-63 Nabi lain juga pembawa akidah tauhid. Ishak,Yaakub,Harun,Ismail,Idris. Setiap orang yg bertaqwa berhak mendapat syurga.
Paragraf 5 ayat 64-83 Seruan tauhid kepada orang2 kafir Quraisy Mekah ,ancaman neraka dan pembatalan pemikiran ketua2 kafir Quraisy.
Paragraf 6 ayat 84-98 Menghiburkan hati Rasullah  dan ancaman terhadap orang2 musyrikin bahawa hukuman kerana kesyirikan boleh juga berlaku dlm bentuk kebinasaan didunia

Mesej utama
Tinggalkan aqidah trinity dan pilihlah aqidah tauhid yg murni.

Zaman Diturunkan
Surah Maryam adalah satu Surah Makkiyyah. Ia diturunkan sebelum hijrah ke Habsyah yang berlaku pada tahun ke-5 Hijrah, ketika itu orang-orang Islam menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman orang-orang musyrikin di Mekah. Para sahabat yang akan berhijrah ke Habsyah perlu sekali dididik untuk menghadapi orang-orang Krisitian di Habsyah, maka surah yang membimbing mereka bermujadalah dan
berdiskusi dengan Ahli Kitab diturunkan. Sayyidina Ja'far bin Abi Thalib r.a. telah membaca surah ini di hadapan raja Najasyi.

Perkaitan Surah Maryam Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Ayat terakhir Surah al-Kahfi yang telah berlalu sebelum Surah Maryam menjelaskan aqidah tauhid dengan firman Allah !(Al-Kahf 18:11)أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ (sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa) dan manusia dilarang melakukan syirik dalam ibadat.
Mesej utama Surah Maryam ini pula ialah menolak aqidah trinity (tritunggal) dan membuktikan kebenaran aqidah
tauhid.
2. Disebutkan di permulaan Surah al-Kahfi bahawa salah satu tujuan al-Qur'an diturunkan ialah untuk mengingatkan orang-orang Kristian tentang kesilapan aqidah mereka (Ayat:4).
وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدًا 
Dan untuk memperingatkan kepada orang yang berkata, “Allah mengambil seorang anak.”

Di dalam Surah Maryam ini pula terdapat ayat-ayat seperti ayat ke-35 berikut:
مَا كَانَ لِلَّهِ أَن يَتَّخِذَ مِن وَلَدٍۖ سُبْحَٰنَهُۥٓۚ
Tidak patut bagi Allah mempunyai anak, Mahasuci Dia. 

Dan ayat ke-92 yang membuktikan Allah tidak mempunyai anak.
وَمَا يَنۢبَغِى لِلرَّحْمَٰنِ أَن يَتَّخِذَ وَلَدًا 
Dan tidak mungkin bagi (Allah) Yang Maha Pengasih mempunyai anak.

3. Dunia hanya perhiasan untuk sementara waktu yang benar-benar kekal ialah amal shaleh.
Di dalam Surah al-Kahfi tersebut ayat di bawah ini: 
(Ayat: 46).
ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا 
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Ia jelas menunjukkan kehidupan dunia hanyalah perhiasan sementara. Yang kekal dan berguna di sisi tuhan hanyalah amalan shaleh. Di dalam Surah Maryam, perkara yang sama disebutkan (Ayat:76).
 وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ مَّرَدًّا 
Dan amal kebajikan yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

4. Di dalam Surah Maryam aqidah tauhid dibuktikan berdasarkan sejarah kehidupan Nabi 'Isa dan beberapa orang nabi yang lain, di dalam Surah Thaha akan datang, dikemukakan kehidupan Nabi Musa yang jelas memperjuangkan aqidah tauhid.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Gaya bahasa yang aneh dan luar biasa digunakan di dalam Surah Maryam sebagai dalil-dalil kebenaran ajaran tauhid.
Perkataan بُرهان atau آيه  tidak digunakan di dalam Surah Maryam untuk membuktikan kebenaran ajaran tauhid, ia sebaliknya menggunakan gayabahasa yang aneh dan tidak biasa seperti ذِكْرُ رَحْمَتِ  dan وَٱذْكُرْ فِى

 (Ayat:2)
ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُۥ زَكَرِيَّآ 
(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya, Zakaria,

وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَرْيَمَ إِذِ ٱنتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا مَكَانًا شَرْقِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Maryam di dalam Kitab (Al-Qur'an), (yaitu) ketika dia mengasingkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur (Baitulmaqdis),(Ayat: 16)


وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِبْرَٰهِيمَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Kitab (Al-Qur'an), sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan, seorang Nabi.(Ayat:41)


وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ مُوسَىٰٓۚ إِنَّهُۥ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad), kisah Musa di dalam Kitab (Al-Qur'an). Dia benar-benar orang yang terpilih, seorang rasul dan nabi.(Ayat:51)


وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِسْمَٰعِيلَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صَادِقَ ٱلْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad), kisah Ismail di dalam Kitab (Al-Qur'an). Dia benar-benar seorang yang benar janjinya, seorang rasul dan nabi.(Ayat:54)

وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِدْرِيسَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Idris di dalam Kitab (Al-Qur'an). Sesungguhnya dia seorang yang sangat mencintai kebenaran dan seorang nabi,(Ayat:56)

Semua mereka yang tersebut di dalamnya adalah pendokong-pendokong ajaran tauhid. Maka itu merupakan bukti kebenarannya.

2. Punca sebenar kesyirikan orang-orang musyrikin Mekah.
Ketika menjelaskan tentang sebab-sebab kesyirikan orang-orang musyrikin Mekah yang menjadikan مِنْ دُوْنِ الله
sebagai tuhan mereka, surah ini mendedahkan bahawa tuhan-tuhan selain Allah itu pada anggapan mereka kuat, perkasa dan mempunyai iradat (kehendak). Untuk mendapat pertolongan dan bantuan daripada merekalah orang-orang kafir Quraisy menyembahnya (Ayat 81).

وَٱتَّخَذُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ ءَالِهَةً لِّيَكُونُوا۟ لَهُمْ عِزًّا 
Dan mereka telah memilih tuhan-tuhan selain Allah, agar tuhan-tuhan itu menjadi pelindung bagi mereka.

3. Di dalam Surah Maryam, satu dalil aqli dikemukakan dalam bentuk pertanyaan bahawa tuhan yang telah menjadikan manusia dari tiada kepada ada, adakah tidak berkuasa untuk menjadikan 'Isa tanpa bapa? (Ayat: 9)

 وَقَدْ خَلَقْتُكَ مِن قَبْلُ وَلَمْ تَكُ شَيْـًٔا 
sungguh, engkau telah Aku ciptakan sebelum itu, padahal (pada waktu itu) engkau belum berwujud sama sekali.”
dan (Ayat: 67).
أَوَلَا يَذْكُرُ ٱلْإِنسَٰنُ أَنَّا خَلَقْنَٰهُ مِن قَبْلُ وَلَمْ يَكُ شَيْـًٔا
Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahwa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, padahal (sebelumnya) dia belum berwujud sama sekali?


4. Bani Israil tidak menjaga dengan baik sembahyang yang diwajibkan ke atas mereka. Dijelaskan kepada Ahli Kitab bahawa bermula dari zaman Nabi Isma'il sehingga kepada nabi terakhir Bani Israil iaitu Nabi 'Isa a.s., sembahyang adalah suatu ibadat yang difardhukan. Sekalian nabi
memerintahkan supaya bershalat, tetapi Bani Israil telah mengabaikan ibadat yang terpenting itu. Nabi Isma'il yang hidup pada 2,000 tahun sebelum Masihi telah menyuruh ahli keluarganya bershalat dan berzakat. (Ayat 55).
وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُۥ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِۦ مَرْضِيًّا 
Dan dia menyuruh keluarganya untuk (melaksanakan) shalat dan (menunaikan) zakat, dan dia seorang yang diridhai di sisi Tuhannya.

Nabi 'Isa sendiri dinukilkan berkata bahawa Allah telah berpesan kepadanya supaya menjaga shalat dan
zakat di sepanjang hayatnya (Ayat: 31).
وَجَعَلَنِى مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَٰنِى بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ مَا دُمْتُ حَيًّا 
Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkahi di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (melaksanakan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup;

Tetapi malang sekali, kerana selepas itu Bani Israil mengabaikan ibadat yang berkurun-kurun lamanya
itu semata-mata kerana mengikut hawa nafsu. (Ayat: 59).
فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَٰتِۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا 
Kemudian datanglah setelah mereka pengganti yang mengabaikan shalat dan mengikuti keinginannya, maka mereka kelak akan tersesat,

5. Berhubung dengan kebinasaan kaum dan umat.
Satu perkara lagi tersebut di dalam Surah Maryam, bahawa Allah selalu juga membiarkan bangsa-bangsa yang derhaka bermewah-mewah dan berseronok dengan kehidupan yang serba lengkap untuk satu jangka masa, kemudian Dia membinasakan mereka. Cara membinasakan bangsa- bangsa seperti itu tersebut dua kali di dalam surah ini, pertamanya pada ayat ke-74 dan keduanya pada ayat ke-98.

Maryam 19:74
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَحْسَنُ أَثَٰثًا وَرِءْيًا 
Dan berapa banyak umat (yang ingkar) yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal mereka lebih bagus perkakas rumah tangganya dan (lebih sedap) dipandang mata.


Maryam 19:98
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُم مِّنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًۢا 
Dan berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka. Adakah engkau (Muhammad) melihat salah seorang dari mereka atau engkau mendengar bisikan mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan