Khamis, September 24, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 09(20)nota8(165-16i).

Daurah tafsir 2019 sesi 09(20)nota8(165-168).

Surah Ta ha
Bilangan ayat 135
Bilangan rukuk 8
Surah Makkiyah 
Tertib turun yg ke 45
Bilangan paragraf  7
Paragraf 1 ayat 1-8 Menghiburkan hati Rasullah.
Paragraf 2 ayat 9-47 Percakapan kali pertama Musa dgn Allah dan beberapa arahan dari Allah kepadanya.
Paragraf 3 ayat 48--79 Dakwah kepada firaun di istananya dan akibat dakwah itu.
Paragraf 4 ayat 80-98 Peristiwa2 selepas  keluar dari bumi Mesir  dan fitnah Samiri
Paragraf 5 ayat 99-114 Bicara Allah kepada Rasulnya dan  hal ehwal hari kiamat. 
Paragraf 6 ayat 115-129 Kisah Adam dan Iblis dan hukum balasan baik dan balasan buruk.
Paragraf 7 ayat 130-135 Pesanan bersabar dan beberapa arahan dan panduan  kepada Rasullah saw.

Mesej utama:
Wahai orang2 Islam! belajarlah daripada sejarah hidup  Nabi Musa, dibawah naungan alQuran kamu hendaklah menghadapi Iblis dan Firaun dizaman kamu dgn penuh sabar dan istiqamah.

Daurah tafsir 2019 sesi 09(20)nota8(166).

Zaman Diturunkan Surah Dan Latarbelakangnya
1. Surah Thaha diturunkan selepas Surah Maryam sebelum berlakunya peristiwa hijrah ke Habsyah iaitu pada bulan Rejab tahun ke-5 Kenabian. Sebahagian daripadanya ada yang diturunkan sekitar bulan ZulHujah tahun ke-6 Kenabian, ketika itu Surah Thaha yang bertulis sudah pun ada pada saudara perempuan Sayyidina Umar, kerana terkesan dengan surah itu, Sayyidina 'Umar telah memeluk agama Islam pada bulan Zul Hljjah tahun ke-6 Kenabian.
Antara maksud Surah Thaha diturunkan pada peringkat itu ialah untuk memahamkan orang-orang Quraisy tentang tujuan rasul-rasul diutuskan dan juga memberitahu mereka kerja-kerja para rasul. Melalui sejarah hidup Nabi Musa, para sahabat khususnya yang masih muda dibentuk dan dibina peribadinya. Surah ini juga memahamkan kepada orang-orang Quraisy yang bijaksana أولي النُّهى tentang kebenaran seruan tauhid, kebenaran al-Qur'an dan juga kebenaran hari akhirat (Ayat: 54 dan 128).

2. Ayat 114 besar sekali kemungkinanya diturunkan tidak lama selepas bermulanya kehidupan Rasulullah sebagai seorang nabi. Ketika itu Baginda membaca wahyu al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dengan cepat-cepat, Baginda takut ia terlepas dan tidak sempat diingat dengan baik.

3. Dikatakan kepada pimpinan musyrikin Quraisy bahawa sikap mereka yang melampaui batas itu tiada bezanya dengan sikap Fir'aun dahulu. Nabi Musa juga sama seperti Nabi Muhammad s.a.w., kedua-dua mereka menyeru kepada aqidah tauhid, kepercayaan kepada hari akhirat dan menegakkan shalat. Seruan ini juga memang terdapat di dalam al-Qur'an. Berpaling daripadanya mengakibatkan kerugian dan kehinaan di dunia dan di akfiirat, sama seperti yang diterima oleh Fir'aun dan bala tenteranya.

Perkaitan Surah Thaha Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Maryam, untuk meyakinkan orang-orang Kristian tentang kebenaran aqidah tauhid, sejarah kehidupan Nabi 'Isa dijadikan sebagai dalil. Di dalam Surah Thaha ini pula, untuk meyakinkan orang-orang Yahudi tentangnya, dikemukakan sejarah hidup Nabi Musa sebagai dalil. Di dalam kedua-dua surah terdapat modal-modal untuk menyeru golongan Ahli Kitab yang sememangnya diperlukan sebelum para sahabat berhijrah ke Habsyah lagi.
2. Di dalam Surah al-Anbiya' akan datang, dikemukakan sejarah hidup 16 orang nabi. Peribadi, kerja dan peranan mereka juga dinyatakan di dalamnya. Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai pewaris ajaran Nabi Ibrahim dan kedatangan Baginda merupakan rahmat untuk sekalian alam. Semua manusia diseru supaya beriman kepada utusan Allah yang terakhir itu.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Pengenalan tentang al-Our'an diberikan di permulaan Surah Thaha dan juga di akhirnya.

166

Daurah tafsir 2019 sesi 09(20)nota8(167).

(a) Qur'an bukan beban kepada manusia (Ayat:2).
مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ 
Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah;

(b) Qur'an adalah peringatan dan nasihat untuk orang yang takut kepada tuhan (Ayat: 3).
إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ 
melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

(c) Tujuan al-Qur'an diturunkan dalam Bahasa Arab dan kaedah تصريف digunakan untuk mengemukakan janji-janji buruk dari pihak Allah bertujuan menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah dan supaya mereka berupaya untuk berfikir (Ayat: 113).
وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَٰهُ قُرْءَانًا عَرَبِيًّا وَصَرَّفْنَا فِيهِ مِنَ ٱلْوَعِيدِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا 
Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Qur'an dalam bahasa Arab, dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang di dalamnya sebagian dari ancaman, agar mereka bertakwa, atau agar (Al-Qur'an) itu memberi pengajaran bagi mereka.

(d) Balasan buruk kerana berpaling daripada al-Qur'an ialah kehinaan di hari akhirat, orang-orang yang berpaling daripada al-Qur'an akan memikul beban yang berat di hari kiamat nanti (Ayat: 100).
مَّنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُۥ يَحْمِلُ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ وِزْرًا 
Barangsiapa berpaling darinya (Al-Qur'an), maka sesungguhnya dia akan memikul beban yang berat (dosa) pada hari Kiamat,

(e) Balasan buruk kerana berpaling daripada al-Qur'an juga nyata dalam bentuk kesempitan hidup di dunia dan di hari kiamat nanti orang yang berpaling daripada al-Qur'an akan dibangkitkan dalam keadaan buta. (Ayat: 124)
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ أَعْمَىٰ 

Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.”

2. Dua ayat di dalam surah ini adalah penting untuk membuktikan tauhid uluhiyyah.
(a) Antara tujuan seruan al-Qur'an ialah membuktikan kebenaran ajaran tauhid uluhiyyah dan menyebarluaskan tauhid Asmaa' Allah dan sifat-sifatNya yang indah (Ayat: 8).
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ 
(Dialah) Allah, tidak ada tuhan selain Dia, yang mempunyai nama-nama yang terbaik.


(b) Allahlah ilaah, Dia sahaja yang layak disembah 
(Ayat: 14).
إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ 
Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah shalat untuk mengingat Aku.

3. Sembahyang diperintahkan supaya dijaga dengan baik untuk mengingati Allah (Ayat: 14).
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ 

4.Orang-orang yang beraqal  أولي النُّهى ialah orang-orang yang menerima tauhid dengan lengkap iaitu tauhid rububiyyah dan tauhid al-Asmaa' Wa as-Sifaat. (Ayat: 54).



كُلُوا۟ وَٱرْعَوْا۟ أَنْعَٰمَكُمْۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّأُو۟لِى ٱلنُّهَىٰ 
Makanlah dan gembalakanlah hewan-hewanmu. Sungguh, pada yang demikian itu, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.



167

Daurah tafsir 2019 sesi 09(20)nota8(168).



كُلُوا۟ وَٱرْعَوْا۟ أَنْعَٰمَكُمْۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّأُو۟لِى ٱلنُّهَىٰ 
Nabi Musa berkata: "Pengetahuan tentang umat-umat yang lalu ada di dalam kitab tuhanku, tuhanku tidak tersalah dan tidak lupa, Dialah yang menjadikan bumi ini terhampar dan telah membuat jalan-jalan untuk dilalui kamu, Dialah yang menurunkan air dari langit, dengan air hujan itu tumbuh pelbagai hasil tanaman, hasil-hasil tanaman itu hendaklah kita manfaatkan dan menjadikan sebahagian daripadanya
sebagai makanan-makanan binatang ternakan kita, sesungguhnya pada semua itu terdapat banyak sekali
tanda-tanda kebesaran Allah kepada orang-orang yang beraqal ( أولي النُّهى ). (Ayat: 52-54).

(b) أولي النُّهى atau orang-orang yang beraqal   sentiasa mengambil pengajaran daripada sejarah kebinasaan
umat yang lalu (Ayat 128).


Ta Ha 20:128
أَفَلَمْ يَهْدِ لَهُمْ كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّنَ ٱلْقُرُونِ يَمْشُونَ فِى مَسَٰكِنِهِمْۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّأُو۟لِى ٱلنُّهَىٰ 

Maka tidakkah menjadi petunjuk bagi mereka (orang-orang musyrik) berapa banyak (generasi) sebelum mereka yang telah Kami binasakan, padahal mereka melewati (bekas-bekas) tempat tinggal mereka (umat-umat itu)? Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal.


168

Tiada ulasan:

Catat Ulasan