Rabu, September 23, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 09(20)nota8(166).

Daurah tafsir 2019 sesi 09(20)nota8(166).

Zaman Diturunkan Surah Dan Latarbelakangnya
1. Surah Thaha diturunkan selepas Surah Maryam sebelum berlakunya peristiwa hijrah ke Habsyah iaitu pada bulan Rejab tahun ke-5 Kenabian. Sebahagian daripadanya ada yang diturunkan sekitar bulan ZulHujah tahun ke-6 Kenabian, ketika itu Surah Thaha yang bertulis sudah pun ada pada saudara perempuan Sayyidina Umar, kerana terkesan dengan surah itu, Sayyidina 'Umar telah memeluk agama Islam pada bulan Zul Hljjah tahun ke-6 Kenabian.
Antara maksud Surah Thaha diturunkan pada
peringkat itu ialah untuk memahamkan orang-orang Quraisy tentang tujuan rasul-rasul diutuskan dan juga memberitahu mereka kerja-kerja para rasul. Melalui sejarah hidup Nabi Musa, para sahabat khususnya yang masih muda dibentuk dan dibina peribadinya. Surah ini juga memahamkan kepada orang-orang Quraisy yang bijaksana أولي النُّهى tentang kebenaran seruan tauhid, kebenaran al-Qur'an dan juga kebenaran hari akhirat (Ayat: 54 dan 128).

2. Ayat 114 besar sekali kemungkinanya diturunkan tidak lama selepas bermulanya kehidupan Rasulullah sebagai seorang nabi. Ketika itu Baginda membaca wahyu al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dengan cepat-cepat, Baginda takut ia terlepas dan tidak sempat diingat dengan baik.

3. Dikatakan kepada pimpinan musyrikin Quraisy bahawa sikap mereka yang melampaui batas itu tiada bezanya dengan sikap Fir'aun dahulu. Nabi Musa juga sama seperti Nabi Muhammad s.a.w., kedua-dua mereka menyeru kepada aqidah tauhid, kepercayaan kepada hari akhirat dan menegakkan shalat. Seruan ini juga memang terdapat di dalam al-Qur'an. Berpaling daripadanya mengakibatkan kerugian dan kehinaan di dunia dan di akfiirat, sama seperti yang diterima oleh Fir'aun dan bala tenteranya.

Perkaitan Surah Thaha Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Maryam, untuk meyakinkan orang-orang Kristian tentang kebenaran aqidah tauhid, sejarah kehidupan Nabi 'Isa dijadikan sebagai dalil. Di dalam Surah Thaha ini pula, untuk meyakinkan orang-orang Yahudi tentangnya, dikemukakan sejarah hidup Nabi Musa sebagai dalil. Di dalam kedua-dua surah terdapat modal-modal untuk menyeru golongan Ahli Kitab yang sememangnya diperlukan sebelum para sahabat berhijrah ke Habsyah lagi.
2. Di dalam Surah al-Anbiya' akan datang, dikemukakan sejarah hidup 16 orang nabi. Peribadi, kerja dan peranan mereka juga dinyatakan di dalamnya. Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai pewaris ajaran Nabi Ibrahim dan kedatangan Baginda merupakan rahmat untuk sekalian alam. Semua manusia diseru supaya beriman kepada utusan Allah yang terakhir itu.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Pengenalan tentang al-Our'an diberikan di permulaan Surah Thaha dan juga di akhirnya.

166

Tiada ulasan:

Catat Ulasan