Halaman

Ahad, September 27, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(170).

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(170).

Zaman Diturunkan
Surah al-Anbiya' besar sekali kemungkinannya diturunkan sekitar tahun ke-9 dan ke-10 Kenabian, ia diturunkan di Mekah bersama-sama Surah al-Mu'minun. Ketika itu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda adalah seorang penyair, seorang pendusta, bukan rasul, tidak lebih daripada manusia biasa dan lain-lain. Dalam keadaan itu, pengetahuan tentang sejarah para nabi dan kedudukan dan jawatan nabi-nabi perlu sekali diketahui. Itulah zaman di mana pertentangan diantara ahli tauhid dan ahli syirik berlaku dengan sengit sekali. Kerana itu pada ayat yang terakhir sekali di dalam surah ini, Tuhan sendiri diminta supaya membuat keputusan.

Perkaitan Surah Al-Anbiya Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Di dalam Surah Maryam, melalui diskusi dan perbincangan dengan orang-orang Kristian, mereka
diseru supaya meninggalkan aqidah tritunggal dan menerima aqidah tauhid yang murni.
2. Di dalam Surah Thaha terdapat diskusi dan perbincangan dengan orang-orang Yahudi dengan mengemukakan sejarah hidup Nabi Musa, mereka juga diseru kepada Islam.
3. Di dalam dua surah sebelum ini, Nabi 'Isa dan Nabi Musa banyak dijadikan sebagai bahan rujukan, didalam Surah al-Anbiya' ini pula dikemukakan sejarah hidup beberapa orang nabi secara umum dan ringkas. Sejarah hidup Nabi Ibrahim pula disebutkan secara terperinci. Di celah-celah cerita tentang sejarah hidup para nabi itu, manusia diseru supaya beriman kepada Nabi Muhammad yang merupakan
رَحْمَة لِلعَالَمِين
4. Di dalam Surah al-Anbiya' orang-orang musyrikin diberi amaran bahawa bumi mereka semakin sempit, orang-orang Islam akan berkuasa.
5. Di dalam Surah al-Hajj nanti, orang-orang Islam dibenarkan berperang untuk mempertahankan diri.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Anbiya' setelah menyebutkan nama beberapa orang nabi dikatakan semua mereka adalah manusia yang baik dan manusia yang dipilih Allah. wahyu diberikan kepada mereka.
Nabi Musa (Ayat: 48), Nabi Harun (Ayat: 48) 
Nabi Ibrahim (Ayat: 41) Nabi Ishaq (Ayat: 72) 
NabiYa'qub (Ayat: 72) Nabi Luth (Ayat: 74) 
Nabi Nuh (Ayat: 76) Nabi Daud (Ayat: 78) 
Nabi Sulaiman(Ayat: 78) Nabi Ayyub (Ayat: 83) 
Nabi Isma'il (Ayat: 85) Nabi Idris (Ayat: 85) 
Zul Kifli (Ayat: 85)Zun Nun Yunus (Ayat: 87) 
Nabi Zakaiya (Ayat: 89) Nabi Yahya (Ayat: 90) 
'Isa bin Maryam (Ayat: 91)Rasulullah s.a.w. (Ayat: 107).

2. Di dalam surah ini beberapa nama nabi disebutkan kemudian dinyatakan peribadi dan perjuangan mereka secara ringkas.

170

Tiada ulasan:

Catat Ulasan