Sabtu, September 26, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms077-079

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms077-079

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 12
22 Sept 13.
Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- 
sesi 13- 05 okt-13

Misykatul masabiih 77.
(Kelazatan iman)

٧- وَعَنْ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : " ذَاقَ طَعْمَ الْإِيمَانِ مَنْ رَضًيَ بِاللهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلْامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولَا " . رواه مسلم 
7. Al-'Abbaas bin Abdil Mutthalib⁹¹ meriwayatkan, bahawa sesungguhnya beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Pasti akan merasai kemanisan iman
__________________________________________________________
 
dipalingkan makna asal dan haqiqinya kepada makna majaazinya iaitu صيرورة. Sebabnya ialah kalau makna asalnya (kembali) dipakai, niscaya kandungannya tidak akan menepati kenyataan sebenar. Lantaran Nabi Syuaib dan keluarga baginda sekurang-kurangnya, tidak pernah hidup dalanm kekafiran. Itulah sebabnya Iman al-Qurthubi mentafsirkan   أَوْ لَتِعُوْدُنَّ فِى مِلَّتِنَا  dengan katanya أَوْ لَتَصِيْرُنَّ إِلَى مِلَّتِنَا (atau kamu berpindah (bertukar) kepada ugama kami).


⁸⁹ Allah menyelamatkan sesaorang daripada kekafiran dengan salah satu daripada dua cara berikut 
(1) Dengan melahirkannya dalam keluarga Islam dan menghidupkannya scbagai orang Islam sampai mati, 
(2) Dengan melepaskannya daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya Islam. Atau dengan kata Iain mendorongnya memeluk agama Islam.


⁹⁰ Selain Bukhari dan Muslim, hadits ini diriwayatkan juga oleh Ahmad, Tirmizi, Nasaa'i dan Ibnu Majah.

⁹¹ AI-'Abbaas bin Abdil Mutthalib ialah bapa saudara Rasulullah s.a.w.  Kuniahnya ialah Abu alFadhal. Beliau lebih tua dua tahun daripada Nabi s.a.w. 

Abbaas pernah hilang semasa kecil.
Maka ibunya bernazar, jika anaknya itu ditemui kembali, dia akan memakaikan Ka' bah kelambu sutera. Setelah anaknya 'Abbaas ditemui, si ibu menyempurnakan nazar yang dibuatnya. lbu al-' Abbaaslah wanita yang mula-mula sekali bernazar begitu.

 Jawatan disandang al-' Abbaas di zaman Jahiliah ialah  سقاية الحاج  memenuhi keperluan minuman orang-orang yang datang mengerjakan haji dan عمارة البيت (mendorong orang-orang Quraisy memakmurkan Baitillah dengan perkara-perkara kebaikan dan meninggalkan keburukan serta ucapan-ucapan yang keji di kawasan sekitarnya), 'Abbaas telah ikut serta dalam Bai' ah (perjanjian) al-'Aqabah yang berlaku di antara Rasulullah dengan orang-orang Anshar sebelum beliau memeluk agama Islam lagi. Dalam peperangan Badar beliau berada di pihak orang-orang musyrikin Mekah secara terpaksa. Setelah ditawan dalan  peperangan itu, beliau membayar wang tebusan diri sendiri dan juga wang tebusan untuk saudaranya Aqil bin 'Abdil Mutthalib. Kemudian pulang ke Mekah. Ada juga dikatakan bahawa 'Abbaas sebenarnya telah lama memeluk agama Islam. Tetapi beliau menyembunyikan keislamannya kepada orang ramai. Beliaulah orangnya yang bertanggungjawab menuliskan tentang apa-apa yang berlaku di Mekah kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi menurut  Ibnu 'Abdil Barr, 'Abbaas  memeluk agama Islam sebelum pena'lukan Khaibar pada tahun ketujuh hijrah. Selepas Abu Talib,  AlAbbaaslah bapa saudara Nabi s.a.w. yang paling kuat membela Baginda s.a.w. Beliau berhijrah.

77

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms078

Misykatul masabih -syarah hadis- kitab iman sesi 13
05 okt-13

Misykatul masabiih 78

orang yang benar-benar rela (puas hati) Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai rasulnya.⁹² (Muslim).⁹³
___________________________________________________________
 
ke Madinah tidak lama sebelum pembukaan Mekah. Ikut serta dalam peristiwa pembukaan Mekah dan tetap teguh mempertahankan Rasulullall s.a.w. dalam peperangan Hunain. Nabi s.a.w. pernah bersabda  
 يَا أَيُّهَا النَّاسُ مَنْ آذَى عَمِّي فَقَدْ آذَانِي فَإِنَّمَا عَمُّ الرَّجُلِ صِنْوُ أَبِيهِ 
Maksudnya: "Wahai manusial Sesiapa menyakiti 'Abbaas bererti dia menyakitiku. Sesunguhnya bapa seseorang itu serupa bapanya.
(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Haakjm). Tirmizi menghukum hadits ini hasan sahih. 

Abbaas adalah seorang yang sangat dimuliakan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat mengakui kelebihan 'Abbaas. Kerana itu mereka selalu berbincang dengannya dan menerima baik pandangannya. Kata Mujahid 'Abbaas telah memerdekakan seramai tujuh puluh orang hamba sahaya tidak lama sebelum kematiannya.

Selain itu 'Abbaas juga adalah seorang pemurah, suka memberi makan kepada orang-orang miskin, sangat menjaga perhubungan kekeluargaan, mempunyai buah fikiran yang bernas dan doa yang mustajab. 'Umar dan 'Utsman yang berkenderaan akan turun dari kenderaan mereka kalau bertemu dengan 'Abbaas yang sedang berjalan kaki sebagai menghormatinya. 'Abbaas meninggal dunia pada hari Jumaat bertarikh dua belas Rejab ketika berumur 88 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di perkuburan Baqi'. Sebanyak 35 hadits telah diriwayatkan daripada 'Abbaas. Bukhari dan Muslim bersepakat meriwayatkan satu hadits sahaja daripada beliau. Bukhari bersendirian tanpa Muslim dalam meriwayatkan satu hadits sahaja. Sementara Imam Muslim pula bersendirian tanpa Bukhari dalam meriwayatkan 3 hadits. Sekumpulan orang telah meriwayatkan hadits daripada beliau.

⁹² Orang yang rela dengan sesuatu perkara akan dapat melakukannya dengan mudah dan senang hati. Demikianlah dengan orang mu'min yang hatinya diresapi iman. la akan dapat melaksanakan sesuatu amalan atau keta'atan dengan mudah dan senang hati di samping merasai kelazatannya. Orang yang benar-benar rela (puas hati) Allah sebagai Tuhannya ialah orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Iain dan melakukan segala amalan dengan penuh keikhlasan kepadaNya. Orang yang benar-benar rela (puas hati) Islam sebagai agamanya ialah orang Yang tidak memilih cara hidup Iain selain cara hidup Islam dan orang yang benar-benar rela (puas hati) Muhammad sebagai rasulnya pula ialah orang yang perjalanan hidupnya betul-betul berada di atas landasan syari'at Muhammad s.a.w. orang yang benar-benar rela dan puas hati dengan tiga perkara yang disebut Rasulullah s.a.w. itu tentu sekali dapat merasai kemanisan dan kelazatan iman. Maksud hadits ini menurut Syeikh  Abdul Haq Muhaddits Delhi ialah sebagaimana tubuh lahir anda dapat merasai kesedapan makanan-makanan yang lazat apabila kesihatan anda baik, begitulah juga dengan hati anda. Jika ia sejahtera daripada segala penyakit hawa nafsu, ia akan mati kelazatan iman. Tetapi bagaimanakah cara untuk hati itu sejahtera danpada segala penyakit hawa nafsu? Hadits ini


78

memberikan jawapannya, iaitu apabila anda rela atau berpuas hati betul dengan tiga perkara yang tersebut di dalam hadits di atas.

⁹³ Selain Muslim, Ahmad dan Tirmizi juga turut meriwayatkannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan