Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms078
Misykatul masabih -syarah hadis- kitab iman sesi 13
05 okt-13
Misykatul masabiih 78
orang yang benar-benar rela (puas hati) Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai rasulnya.⁹² (Muslim).⁹³
___________________________________________________________
ke Madinah tidak lama sebelum pembukaan Mekah. Ikut serta dalam peristiwa pembukaan Mekah dan tetap teguh mempertahankan Rasulullall s.a.w. dalam peperangan Hunain. Nabi s.a.w. pernah bersabda
يَا أَيُّهَا النَّاسُ مَنْ آذَى عَمِّي فَقَدْ آذَانِي فَإِنَّمَا عَمُّ الرَّجُلِ صِنْوُ أَبِيهِ
Maksudnya: "Wahai manusial Sesiapa menyakiti 'Abbaas bererti dia menyakitiku. Sesunguhnya bapa seseorang itu serupa bapanya.
(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Haakjm). Tirmizi menghukum hadits ini hasan sahih.
Abbaas adalah seorang yang sangat dimuliakan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat mengakui kelebihan 'Abbaas. Kerana itu mereka selalu berbincang dengannya dan menerima baik pandangannya. Kata Mujahid 'Abbaas telah memerdekakan seramai tujuh puluh orang hamba sahaya tidak lama sebelum kematiannya.
Selain itu 'Abbaas juga adalah seorang pemurah, suka memberi makan kepada orang-orang miskin, sangat menjaga perhubungan kekeluargaan, mempunyai buah fikiran yang bernas dan doa yang mustajab. 'Umar dan 'Utsman yang berkenderaan akan turun dari kenderaan mereka kalau bertemu dengan 'Abbaas yang sedang berjalan kaki sebagai menghormatinya. 'Abbaas meninggal dunia pada hari Jumaat bertarikh dua belas Rejab ketika berumur 88 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di perkuburan Baqi'. Sebanyak 35 hadits telah diriwayatkan daripada 'Abbaas. Bukhari dan Muslim bersepakat meriwayatkan satu hadits sahaja daripada beliau. Bukhari bersendirian tanpa Muslim dalam meriwayatkan satu hadits sahaja. Sementara Imam Muslim pula bersendirian tanpa Bukhari dalam meriwayatkan 3 hadits. Sekumpulan orang telah meriwayatkan hadits daripada beliau.
⁹² Orang yang rela dengan sesuatu perkara akan dapat melakukannya dengan mudah dan senang hati. Demikianlah dengan orang mu'min yang hatinya diresapi iman. la akan dapat melaksanakan sesuatu amalan atau keta'atan dengan mudah dan senang hati di samping merasai kelazatannya. Orang yang benar-benar rela (puas hati) Allah sebagai Tuhannya ialah orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Iain dan melakukan segala amalan dengan penuh keikhlasan kepadaNya. Orang yang benar-benar rela (puas hati) Islam sebagai agamanya ialah orang Yang tidak memilih cara hidup Iain selain cara hidup Islam dan orang yang benar-benar rela (puas hati) Muhammad sebagai rasulnya pula ialah orang yang perjalanan hidupnya betul-betul berada di atas landasan syari'at Muhammad s.a.w. orang yang benar-benar rela dan puas hati dengan tiga perkara yang disebut Rasulullah s.a.w. itu tentu sekali dapat merasai kemanisan dan kelazatan iman. Maksud hadits ini menurut Syeikh Abdul Haq Muhaddits Delhi ialah sebagaimana tubuh lahir anda dapat merasai kesedapan makanan-makanan yang lazat apabila kesihatan anda baik, begitulah juga dengan hati anda. Jika ia sejahtera daripada segala penyakit hawa nafsu, ia akan mati kelazatan iman. Tetapi bagaimanakah cara untuk hati itu sejahtera danpada segala penyakit hawa nafsu? Hadits ini
78
Tiada ulasan:
Catat Ulasan