Isnin, September 28, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms081

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms081

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14
Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14

Misykatul masabiih 81

Orang-orang Yang Mendapat Pahala Dua Kali ganda

٩-وَعَنْ أَبِي مُوْسَى الأَشْعَرِيرَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : " ثَلَاثَةٌ لَهُمْ أِجْرَانِ : رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَآمَنَ بِمُحَمَّدٍ  صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ    وَالْعَبْدُ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَدَّى حَقَّ اللهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ وَرَجُلٌ كَانَتْ عِنْدَهُ أَمَةٌ يَطَؤُهَا فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنً تَعْلِيمَهَا ثُمًّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا فَلَهَ أَجْرَانِ- متفق عليه


 
9- Abu Musa al-Asy'ari r.a.⁹⁷ meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. telah bersabda:'Tiga macam orang mendapat dua (kali ganda) pahala. (Pertama) Seseorang daripada
___________________________________________________________
⁹⁷ Beliau ialah 'Abdullah bin Qais bin Salim bin Hadhaar al-Asy'ari. Beliau terkenal dengan nama sebenar ('Abdullah) dan nama kunyah (nama panggilan Abu Musa), kedua-duanya sekali. Sesetengah 'ulama' berpendapat, Abu Musa al-Asyari r.a. pergi ke Mekah sebelum zaman para sahabat dan Rasulullah s.a.w. brrhijrah ke Madinah Iagi. Setelah memeluk agama Islam, beliau berhijrah ke Habsyah. Kemudian datang ke Madinah selepas pembukaan Khaibar bcrsama-sama para sahabat yang pulang dengan menaiki dua buah kapal. Sestengah yang lain pula berpendapat, beliau tidak berhijrah ke Habsyah selepas pergi ke Mekah. Malah pulang ke tanah airnya Yaman. Beberapa lama kemudian, Abu Musa al-Asy'ari r.a. dan rakan-rakan menaiki sebuah kapal dengan maksud berhijrah ke Madinah, Tetapi kapal yang dinaikinya dipukul badai, membawanya sampai ke neseri Habsyah. Di sana mereka bertemu Ja' far bin Abi Thalib dan para sahabat yang lain. Mereka tinggal bersama para sahabat di sana beberapa lama. Kemudian baru berhijrah ke Madinah bersama Ja'far dan para sahabat yang lain pada tahun ketujuh hijrah setelah jatuhnya Khaibar ke tangan Rasulufiah s.a.w. Pendapat kedua ini adalah berdasarkan riwayat yang sahih dan ia diterima kebanyakan 'ulama'. Rasulullah s.a.w. pernah melantik beliau sebagai pegawai pemerintah di beberapa bahagian negeri Yaman, seperti 'Ubaid, 'Aden dan lain-lain. Saiyyidina 'Umar pernah melantik beliau sebagai gabenor di Bashrah selepas Mughirah r.a. Di zaman itulah Abu Musa al-Asy'ari r.a sempat menakluki Ahwaaz dan Isfahan. Di zaman pemerintahan Saiyyidina  Utsman, beliau dilantik Khalifah  Utsman ra sebagai gabenor yang memerintah Kufah. Abu Musa al-Asysari r.a. telah dilantik sebagai diplomat di pihak Saiyyidina 'Ali r.a. dalam peristiwa Tahkim (rundingan damai) yang berlaku di antara 'Ali dan Muaawiah r.a. di Shiffin. Beliau kemudiannya menarik diri daripada kedua-dua pihak yang bertelagah itu. Suara Abu Musa al-Àsy'ari sangat merdu. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah memuji kemerduan suaranya, apabila mendengar beliau membaca alQur'an. Sabda Baginda saw.  لَقَدْ أُوتِيَ مِزْمَارًا مِنْ مَزَامِيرِ آلِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام
Maksudnya: Sesungguhnya beliau (Abu Musa al-Asy'ari) telah dikurniakan satu seruling (suara yang sangat merdu) daripada seruling-seruling Daud a.s. 
(Nasaa'i, al-Bazzaar, Abu Nu'aim, Ibnu 'Asaakir dan lain-lain).

 Kata Abu 'Utsman an-Nahdi, "Pernah saya bersembahyang di belakang Abu Musa alAsyari. Tidak pernah (pula) saya dengar bunyi apa-apa alat muzik, sama ada canang, kecapi atau seruling Iebih merdu daripada suara beliau (Abu Musa al-Asy'ari) membaca al-Qur'an."

81


Tiada ulasan:

Catat Ulasan