Rabu, September 23, 2020

Tafsir asas quran nota 5(081-082).

Tafsir asas quran nota 5(081-082).


(13) Keperluan Mengetahui Kata Kunci Setiap Surah.
Salah satu usul untuk memahami al-Qur'an ialah mengetahui kata kunci setiap Surah. Didalam setiap Surah pasti ada beberapa kata kuncinya. Mengetahui kata-kata kunci itu sangat penting dan sangat membantu dalam memahami mesej utama sesuatu Surah.Penuntut ilmu al-Qur'an mestilah merenunginya, lalu berusaha menentukan maksud dan 

81

Tafsir asas quran nota 5(082).

tujuan Surah berpandukan kata-kata kunci itu. Ia mungkin hanya satu perkataan sahaja. Mungkin juga beberapa perkataan atau mungkin juga berupa rangkai kata.
Anda dengan sendiri dapat memutuskan apabila melihat suatu ruang di dalam sesebuah rumah yang teratur rapi dengan sofa, meja kopi di hadapannya, meja sisi di sebelahnya, permaidani besar yang terhampar dan sebagainya, bahawa ia adalah ruang tamunya.
Ruang makan akan dapat dipastikan oleh anda apabila melihat meja makan Rangkwi ini tidaknterdapat dengan makanan-makanan yang tersaji di atasnya. Demikian juga dengan bilik tidur. anda dengan mudah dapat memastikannya apabila melihat ada katil dengan tilam, bantal, selimut dan cadar yang tersedia di atasnya. Ditambah pula dengan meja katil dan almari hias di sampingnya. Begitulah iuga dengan surah-surah di dalam ar-Qur'an. Ada beberapa perkataan yang amat relevan dengannya. Perkataan-perkataan itu sangat membantu  penuntut ilmu al-Qur'an dalam mendapatkan mesej utama Surah.

Beberapa Contoh Kata Kunci Surah:
(a)Perkataan  زينة adalah kata kunci bagi Surah ar-Kahfi. Ia disebut sebanyak tiga kali didalamnya.
(b) Rangkai kata   ذو الجلالوالإكرام adalah  kata  ar'Rahman Ia disebut dua kali didalamnya.Rangkaikata ini tidak terdapat di mana-mana Surah yang lain. 

(c) Perkataan  سبيل adalah kata kunci bagi Surah ad-Dahr. Ia disebut dua kali didalamnya.
Satu di awalnya dan satu diakhirnya.

(d) Rangkai kata علا في الأرض  yang tersebut di awal Surah al-Qashash dan علا في الأرض yang tersebut di akhirnya adalah kata kunci bagi Surah berkenaan.

(e) Perkataan كَذَّبَ,كَذَّبُوْا dan sebagainya yang tersebut di dalam Surah a-Qamar merupakan kata kuncinya.

82

Tiada ulasan:

Catat Ulasan