Tafsir asas quran nota 5(081).
(l) تفصيل بعد الاجمال Tafshil ba'da al Ijmaal ialah perincian tentang sesuatu secara umum dan borong . Asas bagi kaedah ini terdapat didalam al-Qur'an sendiri.
Allah berfirmanNya
Bermaksud: Alif, Laam, Raa'. (Al-Quran ialah) Sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan
penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Huud: 1).
Antara contohnya ialah firman Allah berikut:
An-Nisa' 4:153
يَسْـَٔلُكَ أَهْلُ ٱلْكِتَٰبِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَٰبًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِۚ فَقَدْ سَأَلُوا۟ مُوسَىٰٓ أَكْبَرَ مِن ذَٰلِكَ فَقَالُوٓا۟ أَرِنَا ٱللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ ٱلصَّٰعِقَةُ بِظُلْمِهِمْۚ ثُمَّ ٱتَّخَذُوا۟ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْهُمُ ٱلْبَيِّنَٰتُ فَعَفَوْنَا عَن ذَٰلِكَۚ وَءَاتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَٰنًا مُّبِينًا
Berrmaksud: Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik kerana sesungguhnya mereka telah meminta kelada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata(supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)." ... (an-Nisaa': 153 ).
Secara borong Allah menceritakan terlebih dahulu: "mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu". Kemudian Allah menceritakan pula secara terperinci apa yang diminta mereka kepada Musa, iaitu "perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata."
Apa yang diceritakan oleh Allah secara terperinci setelah menceritakan tentangnya secara borong itu dinamakan 'Tafshil ba'da al-ljmaal'. 'Dan lain-lain lagi.
(m)Dan lain-lain lagi.
(13) Keperluan Mengetahui Kata Kunci Setiap Surah.
Salah satu usul untuk memahami al-Qur'an ialah mengetahui kata kunci setiap Surah. Didalam setiap Surah pasti ada beberapa kata kuncinya. Mengetahui kata-kata kunci itu sangat penting dan sangat membantu dalam memahami mesej utama sesuatu Surah.Penuntut ilmu al-Qur'an mestilah merenunginya, lalu berusaha menentukan maksud dan
81
Tiada ulasan:
Catat Ulasan