Halaman

Jumaat, September 25, 2020

Tafsir asas quran nota 6(085).

Tafsir asas quran nota 6(085).

 sungguh خير  dan لا خير  (sudah tentu, mesti, tidak dapat tidak) juga diguna untuk menunjukkan erti sumpah.

Pembahagian Sumpah Dilihat Kepada Bentuk Jawab Sumpahnya
Setiap ayat sumpah mesti diiringi ayatjawab sumpah. Syarat ayatjawab sumpah ialah ia mesti digunakan dalam bentuk خبرية(ayat cerita), bukan dalam bentuk تعجبيه (ayat yang menyatakan kekaguman atau kekagetan). 

Contonya, أقسم بالله لا أنقاد لراي يجافي العدالة
(Aku bersumpah dengan nama Allah, aku tidak akan menurut pendapat yang mengenepikan keadilan). أقسم بالله dalam contoh ini adalah ayat sumpah. Dan
لا أنقاد لرأي يجافي العدالة
adalah ayat jawab sumpah. Ayatjawab sumpah seperti ini dipanggil قسم خبري  atau قسم غير إستعطافي. Ayat jawab sumpah dari jenis ini tiada kedudukannya dalam I'raab لا محل لها من. Jika ayat jawab sumpah dikemukakan dalam bentuk jumlah insya'iyyah dengan tujuan menginsafkan, menyedarkan atau memprovokasi seseorang, maka ayat sumpah seperti itu dipanggil قسم استعطافي. Dalam ayat sumpah seperti ini, jawab sumpahnya mestilah
digunakan dalam bentuk jumlah insya'iyyah. Contohnya بربك هل رحمت الثكلى (Demi Tuhanmu, kenapa tidak engkau mengasihani perempuan yang kematian anaknya itu?!).
Ayat sumpah dari jenis ini juga tiada kedudukannya dalam I'raab (لا محل لها من الإعراب)"

Pada ayatjawab قسم استعطافيز tidak diperlukan apa-apa tambahan lagi. Sementara pada ayat jawab قسم  خبري  atau  قسم غير استعطافي masih diperlukan kepada tambahan perkataan- perkataan tertentu, seperti ل dan قد,  ل sahaja, haraf nafi, ل dan ن تأكيد  atau إنِّ dan ل تاكيد sebagainya. 

Sebenarnya sumpah atau qasam dikemukakan untuk menguatkan مقسم عليه. Untuk lebih menguatkannya lagi, kadang-kadang ditambahkan perkataan-perkataan tertentu di dalam ayat sumpah. Misalnya ditambahkan perkataan ي (ya), haraf ijab sebelum perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah. Penggunaan seperti ini ada di dalam firman Allah berikut:

Yunus 10:53
وَيَسْتَنۢبِـُٔونَكَ أَحَقٌّ هُوَۖ قُلْ إِى وَرَبِّىٓ إِنَّهُۥ لَحَقٌّۖ وَمَآ أَنتُم بِمُعْجِزِينَ 
Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad), “Benarkah (azab yang dijanjikan) itu?” Katakanlah, “Ya, demi Tuhanku, sesungguhnya (azab) itu pasti benar dan kamu sekali-kali tidak dapat menghindar.”


85

Tiada ulasan:

Catat Ulasan