Ahad, September 27, 2020

Tafsir asas quran nota 6(087).

Tafsir asas quran nota 6(087).

mengemukakan tiga ayat sumpah, Allah mengemukakan ayat 4 sebagai jawab sumpahnya begini:

قُتِلَ أَصْحَٰبُ ٱلْأُخْدُودِ 
Bermaksud: Cel'akalah kaum yang menggali parit, 
(al-Buruj:4).

Dibuangkan ل dan قد dari permulaan ayat 4 yang merupakan ayat jawab sumpah.
Meskipun و merupakan haraf qasam (perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah) yang paling banyak digunakan, termasuk di dalam al-Qur'an
sendiri, namun para ulama Nahu bahasa 'Arab tidak menganggapnya sebagai haraf qasam yang asal. Ini kerana ia tidak memasuki dhamir (kata ganti nama) dan tidak juga
digunakan dalam قسم استعطفي sebelum ayat pertanyaan misalnya. Haraf qasam yang asal bagi mereka ialah ب. Ini kerana  mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding haraf-haraf qasam yang lain. Antaranya:
(1) Fi'il qasam harus (boleh) disebutkan bersama-samanya" Contohnya ialah firman Allah berikut:

An-Nisa' 4:62
فَكَيْفَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۢ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَآءُوكَ يَحْلِفُونَ بِٱللَّهِ إِنْ أَرَدْنَآ إِلَّآ إِحْسَٰنًا وَتَوْفِيقًا 
Bermaksud: Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka
datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)." 
(an-Nisaa' :62).

(2) huruf ب harus (boleh) memasuki dhamir (kata ganti nama). Kerana itu anda harus berkata begini: 
بك لأفعلن كذا وكذ
Demi engkau, aku pasti melakukan sekian-sekian).

(3) Dalam قسم استعطافي hanya ب  sahaja digunakan. Contohnya: 
بالله هل قام زيذ؟
(Demi Allah, adakah Zaid telah berdiri?).
Haraf ت pula hanya digunakan sebelum perkataan Allah dan Rab sahaja. Anda tidak boleh berkata, تالرحمن  atau تاالرحيم. Bagaimanapun, kata as-Suhaili, sesetengah orang
'Arab tetap menggunanya sebelum perkataan الرحمن atau perkataan حياتك sebagai haraf qasam.

87

Tiada ulasan:

Catat Ulasan