Khamis, Oktober 29, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 12(26)nota10(204)

Daurah tafsir 2019 sesi 12(26)nota10(204)

kejahatan-kejahatan yang dilakukan manusta.

(a) Seruan Nuh supaya bertaqwa  أَلَا تَتَّقُونَ (ayat106)kepada pemimpin- pemimpin di zamannya bermaksud supaya mereka meninggalkan kesyirikan kerana menyembah lima jenis berhala, ia juga bererti menyeru mereka berhenti daripada memberi ancaman rejam kepada Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya, menganggap orang-orang biasa sebagai manusia-manusia yang hina, mengingkari kerasulan Nabi Nuh dan lain-lain, supaya dengan ketaqwaan itu mereka terselamat daripada ditimpa azab di dunia dan di akhirat.

Ash-Shu'ara' 26:106
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ 
Ketika saudara mereka (Nuh) berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?

(b) Seruan supaya bertaqwa oleh Nabi Hud أَلَا تَتَّقُونَ
(Ayat: 124). Kaum 'Aad juga diseru oleh nabi mereka Nabi Hud supaya bertaqwa dengan meninggalkan kesyirikan, pemujaan terhadap nenek moyang, mengingkari adanya hari kiamat dan menganggap Nabi Hud sebagai pembohong dan bodoh. Mereka juga diminta supaya menghindarkan diri daripada bersikap sombong di dunia dan berhenti daripada menggunakan slogan مَنْ أَشَدُ مِنَّ قُوَّةً (Tidak ada orang lebih kuat dari kita). Mereka juga diminta supaya berhenti bersikap zalim, kufur dan keras kepala, selain itu Nabi Hud juga menyeru kaumnya agar tidak
menzalimi kaum-kaum lain dengan menyerang mereka secara sewenang-wenang, semua itu disampaikan Nabi Hud supaya umatnya terselamat daripada azab Allah di dunia dan di akhirat.

(c) Seruan bertaqwa oleh Nabi Shaleh أَلَا تَتَّقُونَ (Ayat: 142). Nabi Shaleh menyeru kaumnya, kaum Tsamud supaya tidak mengganggu unta betina yang dikeluarkan dari bukit batu sebagai mu'jizat beliau,mengingkari hari kiamat, melakukan kesyirikan dan memuja nenek moyang. Mereka juga diseru supaya mengelak diri daripada mengikut sembilan orang ketua perosak masyarakat yang sangat sombong, zalim
dan kejam. Mereka juga diseru supaya tidak menuduh Shaleh sebagai orang yang kena sihir, menghentikan rancangan menyerang Shaleh dan keluarganya pada waktu malam dan tidak beriman kepadanya, semua itu disampaikan beliau supaya kaumnya terselamat daripada azab Allah di dunia dan di akhirat.

(d) Nabi Luth telah menyeru pemimpin-pemimpin
kaumnya supaya tidak melakukan kerosakan, tidak melakukan perhubungan seks sejenis, berlaku zalim,
merompak dan melakukan perbuatan-perbuatan keji yang lain. Mereka juga diminta supaya jangan mendustakan para rasul, seruan Nabi Luth kepada kaumnya hanyalah untuk menyelamatkan mereka daripada azab Allahdi dunia dan di akhirat.

(e) Seruan taqwa oleh Nabi Syu'aib  أَلَا تَتَّقُونَ(Ayat: 177). Nabi Syu'aib menyeru kaumnya khususnya pemimpin-pemimpin di kalangan mereka supaya tidak melakukan kesyirikan, tidak mengurangkan timbangan dan sukatan. Mereka juga dilarang daripada merompak, melakukan kerosakan di muka bumi

204

Tiada ulasan:

Catat Ulasan