Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(175)
Sesi 10(22,23)
Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya
1. Surah al-Hajj adalah Surah Makkiyyah dan juga Madaniyyah, di dalam surah ini terdapat kedua-dua
warnanya. 24 ayat di permulaan surah, besar sekali kemungkinannya diturunkan pada tahun ke-13
Kenabian sebelum hijrah. 54 ayat selebihnya diturunkan di Madinah sebaik sahaja berlaku peristiwa hijrah. Pada tahun pertama Hijrah, selain Surah al-Hajj, turun juga Surah at-Taghabun, pada tahun ke-2 Hijrah, turun Surah al-Baqarah dan juga Surah at-Thalaq. Sebelum peperangan Badar pada bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, turun Surah Muhammad. Selepas perang Badar pula turun Surah al-
Anfaal. Itu adalah zaman di mana gerakan Islam sedang memasuki era baharu dalam keadaan cukup sensitif. Setelah berda'wah selama 13 tahun, dizalimi dan dianiayai, juga setelah bermacam-macam perancangan jahat dirancang terhadap Rasulullah termasuk untuk menghalau Rasulullah dari Mekah dan juga membunuh Baginda, ketika itulah Allah mentaqdirkan Madinah al-Munawwarah sebagai pangkalan pergerakan Islam. Di situlah asas negara Islam mula bertapak.
2. Surah al-Hajj adalah surah pertama di mana orang-orang Islam diperintahkan supaya berperang demi
mempertahankan diri, sebelum itu anak-anak muda Islam dipesan agar mengawal diri daripada bertindak balas كُفُّوٓا۟ أَيْدِيَكُمْ (an-Nis aa' , Ayat:77).
An-Nisa' 4:77
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوٓا۟ أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ ٱلنَّاسَ كَخَشْيَةِ ٱللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةًۚ وَقَالُوا۟ رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا ٱلْقِتَالَ لَوْلَآ أَخَّرْتَنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍۗ قُلْ مَتَٰعُ ٱلدُّنْيَا قَلِيلٌ وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا
Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, ”Tahanlah tanganmu (dari berperang), laksanakanlah shalat dan tunaikanlah zakat!” Ketika mereka diwajibkan berperang, tiba-tiba sebagian mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih takut (dari itu). Mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tunda (kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?” Katakanlah, “Kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa (mendapat pahala turut berperang) dan kamu tidak akan dizhalimi sedikit pun.”
3. Di dalam surah ini juga disebutkan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan pemimpin-pemimpin kafir Quraisy, dikemukakan juga di.dalarnnya keharusan berperang dan berjihad menentang mereka. Pemimpin-pemimpin Quraisy yang angkuh tidak lagi mengikut jejak langkah moyang mereka Nabi Ibrahim a.s., mereka terlibat dalam kesyirikan dan keraguan terhadap kewujudan hari kemudian. Saki-baki sembahyang, tawaf dan ibadat-ibadat haji yang ditinggalkan Nabi Ibrahim
telah pun dipenuhi dengan bermacam-macam bid'ah. Dengan membuat undang-undang halal dan haram
dengan sendiri, mereka telah mencabar haakimiyyah Allah. Walaupun mereka terlibat dengan aqidah-aqidah yang salah dan jenayah-jenayah yang begitu berat, namun mereka masih lagi menjadi orang-orang yang bertanggungjawab menjaga Ka'bah. Kemuliaan orang-orang Quraisy di mata orang-orang Arab yang lain di serata negeri disebabkan mereka menjaga Ka'bah. Ekonomi orang-orang Quraisy bergantung kepada perdagangan semata-mata, ia menjadi maju kerana kedudukan keagamaan mereka di
sisi orang-orang Arab. Pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah sebenarnya adalah orang-orang yang dianggap sebagai ketua-ketua agama yang kosong jiwa mereka daripada takutkan Allah dan hari kemudian, keadaan mereka tak ubah seperti boneka atau patung yang kosong daripada roh ajaran agama Nabi Ibrahim yang sebenarnya. Walaupun begitu, tanpa ada alasan logik dan warisan keagamaan yang sah, mereka tetap berbantah dan mempertikaikan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. semata-
175
Tiada ulasan:
Catat Ulasan