Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms081-087s
Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14
Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14
Misykatul masabiih 81
Orang-orang Yang Mendapat Pahala Dua Kali ganda
٩-وَعَنْ أَبِي مُوْسَى الأَشْعَرِيرَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : " ثَلَاثَةٌ لَهُمْ أِجْرَانِ : رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَآمَنَ بِمُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَالْعَبْدُ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَدَّى حَقَّ اللهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ وَرَجُلٌ كَانَتْ عِنْدَهُ أَمَةٌ يَطَؤُهَا فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنً تَعْلِيمَهَا ثُمًّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا فَلَهَ أَجْرَانِ- متفق عليه
9- Abu Musa al-Asy'ari r.a.⁹⁷ meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. telah bersabda:'Tiga macam orang mendapat dua (kali ganda) pahala. (Pertama) Seseorang daripada Ahli Kitab percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad d s.a.w.⁹⁸ (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuan-tuannya (dengan
Ahlil kitab yang percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad saw ⁹⁸. (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuan-tuannya (dengan baik). (Ketiga) Seseorang yang memiliki hamba wanita yang dapat (halal) disetubuhinya." Dia mendidik dan mengajarkan (ilmu pengetahuan kepada) hamba wanita itu dengan sebaik-baiknya. Kemudian setelah memerdekakannya, dia mengahwininya.¹⁰⁰ Orang ini (juga) mendapat dua (kali ganda) pahala." (Bukhari Muslim). ¹⁰¹
___________________________________________________________
⁹⁷ Beliau ialah 'Abdullah bin Qais bin Salim bin Hadhaar al-Asy'ari. Beliau terkenal dengan nama sebenar ('Abdullah) dan nama kunyah (nama panggilan Abu Musa), kedua-duanya sekali.
Sesetengah 'ulama' berpendapat, Abu Musa al-Asyari r.a. pergi ke Mekah sebelum zaman para sahabat dan Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah Iagi. Setelah memeluk agama Islam, beliau berhijrah ke Habsyah. Kemudian datang ke Madinah selepas pembukaan Khaibar bersama-sama para sahabat yang pulang dengan menaiki dua buah kapal. Sesetengah yang lain pula berpendapat, beliau tidak berhijrah ke Habsyah selepas pergi ke Mekah. Malah pulang ke tanah airnya Yaman. Beberapa lama kemudian, Abu Musa al-Asy'ari r.a. dan rakan-rakan menaiki sebuah kapal dengan maksud berhijrah ke Madinah, Tetapi kapal yang dinaikinya dipukul badai, membawanya sampai ke neseri Habsyah. Di sana mereka bertemu Ja' far bin Abi Thalib dan para sahabat yang lain. Mereka tinggal bersama para sahabat di sana beberapa lama. Kemudian baru berhijrah ke Madinah bersama Ja'far dan para sahabat yang lain pada tahun ketujuh hijrah setelah jatuhnya Khaibar ke tangan Rasulufiah s.a.w.
Pendapat kedua ini adalah berdasarkan riwayat yang sahih dan ia diterima kebanyakan 'ulama'. Rasulullah s.a.w. pernah melantik beliau sebagai pegawai pemerintah di beberapa bahagian negeri Yaman, seperti 'Ubaid, 'Aden dan lain-lain. Saiyyidina 'Umar pernah melantik beliau sebagai gabenor di Bashrah selepas Mughirah r.a. Di zaman itulah Abu Musa al-Asy'ari r.a sempat menakluki Ahwaaz dan Isfahan. Di zaman pemerintahan Saiyyidina Utsman, beliau dilantik Khalifah Utsman ra sebagai gabenor yang memerintah Kufah. Abu Musa al-Asysari r.a. telah dilantik sebagai diplomat di pihak Saiyyidina 'Ali r.a. dalam peristiwa Tahkim (rundingan damai) yang berlaku di antara 'Ali dan Muaawiah r.a. di Shiffin. Beliau kemudiannya menarik diri daripada kedua-dua pihak yang bertelagah itu.
Suara Abu Musa al-Àsy'ari sangat merdu. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah memuji kemerduan suaranya, apabila mendengar beliau membaca alQur'an. Sabda Baginda saw. لَقَدْ أُوتِيَ مِزْمَارًا مِنْ مَزَامِيرِ آلِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام
Maksudnya: Sesungguhnya beliau (Abu Musa al-Asy'ari) telah dikurniakan satu seruling (suara yang sangat merdu) daripada seruling-seruling Daud a.s.
(Nasaa'i, al-Bazzaar, Abu Nu'aim, Ibnu 'Asaakir dan lain-lain).
Kata Abu 'Utsman an-Nahdi, "Pernah saya bersembahyang di belakang Abu Musa alAsyari. Tidak pernah (pula) saya dengar bunyi apa-apa alat muzik, sama ada canang, kecapi atau seruling Iebih merdu daripada suara beliau (Abu Musa al-Asy'ari) membaca al-Qur'an."
Sâidina Umar bila bertemu Abu Musa al-Asyaari berkata, Wahai Aba Musa! Buatlah kami ingat kepada Țuhan (dengan membaca al-Qur'an).Di dalam satu riwayat yang lain beliau berkata : Buatlah berasa rindu kepada Tuhan (dengan membaca al-Qur'an), wahai Aba Musa' atas permintaan Umar itu, Abu Musa al-Ăsyaari pun membaca al-Qur'an di hadapannya. Abu Abu Musa al-Asyaari adalah antara sahabat yang bertanggungjawab mengajar al-Qur'an dan agama secara mendalam kepada penduduk Basrah. Banyak sekalilah kelebihan dan keistimcwaan beliau, jika hendak disebutkan. Sebanyak tiga ratus enam puluh hadits (360) telah diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asyaari. Bukhari dan Muslim bersepakat (sama-sama) meriwayatkan Iima puluh hadits daripadanya Bukhari bersendirian tanpa 'Muslim dalam meriwayatkan empat hadits dan Muslim pula bersendirian tanpa Bukhari dalam meriwayatkan dua puluh lima hadits daripada jumlah tersebut itu. Ramai sekali para tabiin telah meriwayatkan hadits daripada beliau. Meninggal dunia di Kufah pada tahun 50H. Kata sesetengah selepas itu lagi, ketika berumur 63 tahun.
⁹⁸ Perkataan Kitab walaupun zahirnya rnenunjukkan suatu erti yang umum, tetapi ia semestinya dipakai dengan erti khusus. Maksudnya ialah kitab yang diturunkan dari sisi Allah iaitu Kitab Taurat dan Kitab Injil. Al-Quran juga dipanggil al-Kitab. Kerana ia juga diturunkan dan sisi Allah. Apabila dikatakan "Menurut al-Kitab dan as-Sunnah', maka maksudnya ialah menurut al-Quran dan as-Sunnah. Para ulama' berbeda pendapat tentang siapakah golongan Ahli al-Kitab yang dimaksudkan di dalam hadits di atas.
Dalam menentukannya mereka terbahagi kepada dua kumpulan.
(1) Kumpulan yang berpendapat, Ahli al-Kitab yang dimaksudkan di sini ialah golongan Nashara sahaja.
Antara tokoh yang berpendapat begini ialah Abu 'Abdil Malik al-Buni, al-Allamah at-Turpasyti dan lain-lain.
Antara alasan yans menjadi pegangan mereka ialah
(a) Hadits Abu Musa al-Asysari yang di atas juga, tetapi menerusi saluran riwayat yang lain. Lafaz hadits berdasarkan riwayat ini di dalam Sahih Bukhari bersama-sama dengan terjemahannya adalah seperti berikut:
عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَدَّبَ الرَّجُلُ أَمَتِهُ فَاَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنَ تَعْلِيمَهَا ثُمَّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا كَانَ لَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا آمَنَ بِعِيسَى ثُمَّ آمَنَ بِي فَلَهُ أَجْرَانِ وَالعَبْدُ إِذَا اتَّقى رَبَّه وَأَطَاعَ مَوَالِيَهُ فَلَهُ أَجْرَانِ
Rasulullah s.a-w. bersabda, 'Mendapat dua pahala orang yang mendidik dan mengajarkan ilmu pengetahuan kepada hamba sahaya wanitanya dengan sempurna. Kemudian setelah dimerdekakan, dikahwininya hamba sahaya wanita itu. Mendapat dua pahala orang yang beriman kepada Kemudian beriman pula kepadaku. Mendapat dua pahala juga hamba, jika ia bertaqwa kepada Tuhan dan ta'at juga kepada tuan-tuannya."
(b) Agama Yahudi telah pun termansukh dengan kedatangan agama Nashrani. Berpegang dengan agama yang telah dimansukhkan tidak mendatangkan apa-apa faedah. Bagaimana orang yang berpegang dengannya akan mendapat pahala?
(2) Kumpulan yang berpendapat bahawa yang
dimaksudkan dengan Ahlil Kitab di dalam hadits ini ialah kalangan Yahudi yang percaya kepada Nabi Musa a.s. dan kalangan Nashara yang percaya kepada Nabi Isa a.s. Antara tokoh yang termasuk dalam kumpulan ini ialah at-Thibi, al-Kirmaani, Hafiz Ibnu Hajar, Mulla Ali al-Qaari dan lain-lain. Imam Bukhari r.a. juga termasuk dalam kumpulan kedua ini. Terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Qur'an dan as-Sunnah yang menunjukkan dua golongan itulah yang dimaksudkan dengan Ahli al-Kitab. Antara dalil berupa hadits ialah hadits berikut ini Abu Umamah meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda
من أَسْلَمَ من أَهْلِ الكِتَابَيْنِ فَلَهُ أَجْرُهُ مَرَّتَيْنِ وَلَهُ الذي لنا وَعَلَيْهِ مِثْلُ الذي عَلَيْنَا وَمَنْ أَسْلَمَ من المُشْرِكِينَ فَلَهُ أَجْرُهُ وَلَهُ مِثْلُ الذي لنا وَعَلَيْهِ مِثْلُ الذي عَلَيْنَا
Sesiapa dari kalangan Ahli dua buah kitab (suci) yang maklum (iaitu Taurat dan Injil) memeluk agama Islam, ia mendapat pahala dua kali (ganda). Dia berhak mendapat (keistimewaan)seperti yang kita (orang-orang Islam) dapat dan bertanngungjawab juga seperti kita. Orang-orang musyrikin yang memeluk agama Islam akan mendapat pahalanya. Dia berhak mendapat (keistimewaan) seperti yang kita (orang-orang Islam) dapat dan bertanggungjawab juga seperti kita.
(at-Thahaawi di dalam Musykilu al-Aatsaar, at-Thabaarani di dalam al-Mu'jamu al-Kabir dan Aluuad di dalam Musnadnya).
Apa yang tersebut di dalam hadits Abu Umaamah dan hadits Abu Musa al-Asyari di atas bertepatan benar dengan firman Allah berikut ini
Al-Qasas 28:52
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِهِۦ هُم بِهِۦ يُؤْمِنُونَ
Al-Qasas 28:53
وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا بِهِۦٓ إِنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّنَآ إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلِهِۦ مُسْلِمِينَ
Al-Qasas 28:54
أُو۟لَٰٓئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا۟ وَيَدْرَءُونَ بِٱلْحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ
Maksudnya: orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-kitab sebelum AlQuran. mereka beriman (pula) dengan Al-Quran itu. (52)
dan apabila dibacakan (Al-Quran itu) kepada mereka, mereka berkata "Kami beriman kepadanya; Al-Quran itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan Kami, Kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(nya)." (53)
mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan. (54).
(Al-Qashash:52-54).
Jika dilihat kepada sebab nuzul bagi ayat-ayat ini, niscaya dapat diketahui siapa yang dimaksudkan dengan Ahli al-Kitab di dalam hadits di atas.
At-Thabaraani mengemukakan satu riwayat daripada Rifaa sah al-Quradzi r.a. Kata beliau:
نَزَلَتْ هذه الاياتُ فِيَّ وَفِيْمَنْ آمَنَ مَعِي
Maksudnya: Ayat-ayat ini turun berkenaan denganku dan orang-orang yang telah beriman bersamaku. Thabaraani juga mengemukakan satu riwayat daripada 'Ali bin Rifaaah.
Kata beliau
خرج عشرة من اهل الكتاب منهم أبي رفاعة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأمنوا به فأوا فنرلت الذين آتَيْنَاهُمُ تلْكِتَابِ مِنْ قَبْلِهِ هُمْ بِهِ يُؤْمِنُون
Maksudnya:Sepuluh orang Ahli Kitab, termasuk ayah saya pergi kepada Nabi s.a.w. Lalu mereka beriman kepadanya dan mereka diganggu (oleh orang-orang yang tidak beriman).
Maka turunlah firman Allah: "Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-kitab sebelum AlQuran, mereka beriman (pula) dengan Al-Quran itu."
Orang-orang yang terlibat dalam peristiwa ini semuanya dari kalangan Bani Isra'il. Kitab yang mereka percayai pula adalah Kitab Taurat. Kata Qataadah ayat yang dikemukakan tadi turun berkenaan dengan Abdullah bin Salaam dan Salman al-Faraisi. Sebagaimana dimaklumi semua,Abdullah bin Salaam adalah pendeta Yahudi. Salman al-Faarisi pula sebelum memeluk agama Islam adalah penganut agama Nashrani. Jadi ini dalil yang kukuh tentang siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Ahli al-Kitab. Mereka ialah pengikut-pengikut Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. Soal hadits Bukhari di atas yang zahirnya menunjukkăn ahli Kitab yang dimaksudkan adalah orang Nasrani sahaja iaitu orang yang beriman kepada Nabi Isa a.s, maka para ulama' hadits mengatakan hadits itu sebenarnya adalah hadits ringkas. Hadits yang lengkap ialah seperti diriwayatkan oleh kebanyakan perawinya. Para ulamak 'juga berbeda pendapat tentang Ahli Kitab Yang tersebut di dalam hadits ini, adakah ia melibatkan semua sekali Ahli Kitab atau ia terhad setakat Ahli Kitab yang tidak terlibat dalam penyelewengan Kitab Taurat dan Injil dan tidak pula nłengjkut kitab-kitab yang telah diselewengkan? Imam at- Thahaawi dan alQurthubi berpendapat, Ahli Kitab yans tersebut di dalam hadjts di atas hanyalah yang tidak terlibat dalam pcnyelewengan kitab-kitab suci berkenaan dan tidak juga mengikut kitab-kitab yang telah diselewengkan. Alasan mereka berdua ialah pahala diperolehi hanya kerana mengikut sesuatu yang betul dan benar. 'Allamah Sirajuddin al-Bulqini, Hafiz Ibnu Hajar, al'Aini dan Mulla 'Ali al-Qaari pula berpendapat, Ahlil Kitab yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas merangkumi semua sekali Ahlil Kitab tanpa kecuali.
Antara alasan mereka ialah:
(a) Ayat-ayat Surah al-Qashash yang dikemukakan tadi diturunkan selepas kitab-kitab Turat dan Injil telah diselewengkan.
(b) Di dalam surat Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada Hiraql tertulis begini:
أسلم تسلم يؤك الله أجرك مرتين
Maksudnya: Terimalah Islam, niscaya anda selamat. Allah juga akan memberikan pahala kepadamu dua kali.
Hiraql tentunya telah memeluk agama Nasrani setelah ia diselewengkan. Dua dalil ini sudah cukup untuk membuktikan Ahli Kitab yang disebutkan oleh rasulullah s.a.w, di dalam hadits di atas adalah merangkumi semua sekali Ahlil Kitab tanpa kecuali. Hadits Abu Musa al-Asyî ari itu zahirnya menampakkan seolah-olah tiga macam orang itu sahaja yang mendapat pahala amalan dua kali ganda. Padahal banyak sangat kemusykilan akan timbul jika dipercayai begitu. Antara kemusykilan yans akan timbul ialah bagaimana dengan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang dikatakan mendapat pahala dua kali ganda juga apabila mereka melakukan sesuatu amal saleh? Lihat misalnya firman Allah di bawah ini:
Al-Ahzab 33:31
وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتَعْمَلْ صَٰلِحًا نُّؤْتِهَآ أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا
Maksudnya: dan sesiapa di antara kamu semua (isteri-isteri Nabi) tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang saleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali sanda, dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia. (al-ahzaab:31).
'Allamah Sirajuddin al-Bulqini cuba menjawab kemusykilan itu dengan katanya, keistimewaan seperti itu khusus dengan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sahaja. Ia pula tidak umum sampai ke hari kiałnat. Berbeza dengan tiga macam yang disebut Rasuluilah s.a.w. di dalam hadits di atas. la umum dan berlaku sampai bila-bila pun untuk orang-orang yang bersifat demikian.
Jawapan al-BuIqini itu disangkal orang dengan mengemukakan beberapa alasan yang tidak bersifat khusus dan tidak terhad dengan suatu jangka masa tertentu. Sebagai contohnya lihat saja dua hadits berikut ini:
(a) Rasulullah s.a.w. bersabda
مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ
Maksudnya, (al-Qur'an) orang berpandukan ingatannya akan bersama jurutulis-jurutulis(al-Quran)yang mulia. Dan orang yang membaca al-Qur'an dengan mengulang-ngulang dan penuh dengan kesukaran pula akan mendapat dua pahala. (Bukhari, Ahmad, Nasaa'i, Said bin Manshur, al-Baihaqi dan lain-lain).
(b) Baginda sa.w. juga bersabda,
إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ
Maksudnya: Hakim yang bersungguh-sungguh (mengkaji dan meneliti) ketika hendak memutuskan kes, kemudian keputusannya tepat, akan mendapat dua pahala. Jika ia bersungguh-sungguh (mengkaji dan meneliti kes), kemudian tersalah, ia akan mendapat satu pahala.
(Bukhari, Muslim. Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Abu 'Awaanah, Abu Ya' Ia. Ibnu Majah dan lain-lain).
Kedua-kedua hadits ini jelas menunjukkan, soal mendapat pahala dua kali ganda itu tidak khusus dengan tiga macam orang yang tersebut di dalam hadits Abu Musa al-Asyari.
Adad (bilangan) yang disebutkan di dalamnya itu bukan bersifat ihtiraazi (untuk menafikan bilangan-bilangan yang lain). Malah mengikut qaul yang sahih, mafhum adad bukan sesuatu yang mus tabar. la tidak seharusnya dipegang sangat. Menurut al-Azizi di dalam as-Siraju al-Munir dan Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari, berdasarkan apa yang tersebut di dalam nas-nas al-Qur'an dan as-Sunnah, orang yang mendapat dua kali ganda pahala setiap amalan kebajikan yang dilakukannya itu bukan tiga macam sahaja, malah ia melebihi dua puluh macam.
Kalau begitu, kenapa agaknya tiga macam orang itu disebut secara khusus akan mendapat pahala berganda?
Apakah sebab sebenarnya yang membuatkan mereka memperolehi dua pahala atau dua kali sanda pahala?
Ada khilaf sebenarnya tentang perkara ini.
(1) Ada yang berpendapat, oleh kerana mereka telah melakukan dua amalan, patutlah mereka mendapat dua pahala. Pendapat ini lemah dan telah dibantah dengan alasan. kalau itulah sebabnya, tidak ada lagi apa-apa kelebihan pada amalan yang dilakukan oleh tiga macam orang yang tersebut di dalam hadits itu. Kerana orang yang melakukan dua amalan atau lebih lagi dari itu memanglah patut pun mendapat pahala yang lebih daripada satu. Bukankah itu adalah sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah untuk apa saja amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang?
(2) Setiap amalan yang dilakukan oleh tiga macam orang tersebut akan diganda oleh Allah pahalanya. Kerana keistimewaan mereka di sisi Allah.
(3) Oleh kerana ada semacam perebutan dan kesukaran pada amalan seseorang yang berada dalam situasi tiga macam orang yang tersebut di dalam hadits Abu Musa al-Asfari, maka pahala amalan mereka digandakan. Bukan senang hendak meninggalkan agama nenek moyang yang sudah sekian lama dianuti. Bukan senang juga hendak menjaga hak-hak Allah dan hak-hak tuan dalam masa yang sama dengan sebaik-baiknya. Ada ketikanya berlaku perebutan atau pertentangan di antara dua hak itu. Demikian juga bukan senang hendak mengangkat darjat
orang lain dengan menurunkan darjat sendiri.
(4) Gandaan pahala amalan tiga macam orang itu melebihi gandaan pahala amalan orang-orang lain. Seseorang akan mendapat pahala daripada sesuatu amalan yang dilakukannya hingga sepuluh kali ganda misalnya. Perkara ini ada tersebut dengan jelas pun di dalam al-Qur'an .Lihat sebagai contohnya firman Allah berikut:
Maksudnya: sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan. ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama densannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (al-Anaam:160).
Maka tiga macam orang tersebut akan mendapat dua puluh kali ganda pahala kerana melakukan amalan kebaikan yang sama. Pendapat ini diutarakan oleh Syeikh 'Abdul Haq al-Muhaddits ad-Dihliwi di dalam Syarah Misykatnya, Asyf aatu al-lamaat.
⁹⁹ Tujuan Nabi s.a.w. menyebutkan qaid "yang dapat (halal) disetubuhinya" adalah untuk menggambarkan betapa tuan punya hamba sahaya wanita itu tidak perlu mengahwini hamba sahaya wanita miliknya untuk menghalalkan persetubuhan dengannya. Tuan punya hamba sahaya wanita sememangnya dihalalkan bersetubuh dengan hamba sahaya wanita miliknya, walaupun tanpa berkahwin dengannya terlebih dahulu. Kalau begitu, kenapa ia memerdekakannya, kemudian berkahwin pula dengannya? Tidak kerana lain melainkan untuk mengangkat darjat dan kedudukan hamba sahaya wanitanya di mata masyarakat Meskipun perbuatan tuan punya hamba itu mengundang kerugian dan dipandang rendah oleh masyarakat semasa. Dengan memberi pelajaran yang tinggi kepada seseorang hamba dan memberi pendidikan yang sempurna kepadanya, menambahkan lagi nilai dan harganya. Seseorang tuan punya hamba juga terpaksa menghabiskan belanja yang agak besar untuk mencapai maksudnya itu. Tetapi tuan punya hamba ini tidak mendidik dan memberi pelajaran yang tinggi kepada hambanya dengan tujuan komersial. Tujuannya tidak lain melainkan untuk menjadikan hamba sahaya wanitanya itu seorang manusia merdeka yang sempurna ilmu pengetahuan dan peribadinya. Itulah sebabnya tuanmas seperti ini diberikan ganjaran berganda untuk setiap amalan kebajikan yang dilakukannya.
¹⁰⁰ Ketika sistem perhambaan berleluasa di dunia ini, hamba merupakan satu bentuk harta kekayaan. Orang yang memiliki hamba adalah orang yang berharta. Semakin ramai hamba dipunyai, bererti semakin kayalah dia. Orang yang memerdekakan hamba pula adalah orang yang mengorbankan sebahagian daripada hartanya. Islam menyanjung tinggi orang-orang yang memerdekakan hamba semata-mata kerana Allah s.w.t. Pada pandangan masyarakat yang hidup dałam sistem perhambaan, seseorang hamba meskipun telah dimerdekakan, tetap rendah tarafnya berbanding orang yang tidak pernah menjadi hamba. Kerana itu, berkahwin dengan bekas hamba bererti menjatuhkan darjat sendiri. Maka jarang sekali ada orang yang berani tampil mengahwini hamba atau bekas hamba di zaman iłu. Berdasarkan hadits di atas, manusia dari jenis ketiga ini juga termasuk dałam orang-orang yang mendapat pahala berganda-ganda apabila melakukan sesuatu amalan kebaikan. Sebabnya ialah dia telah melakukan suatu perkara yang sangat mulia demi mengangkat darjat kemanusiaan. Suatu tindakan yang jarang sekali orang berani melakukannya.
¹⁰¹ Selain Bukhari dan Muslim, hadits ini turut diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Abu Daud, Nasaa'i dan Ibnu Majah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan