Khamis, Oktober 01, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms084

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms084

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14

Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.


Misykatul masabiih 84.

bin Salaam dan Salman al-Faraisi. Sebagaimana dimaklumi semua,Abdullah bin Salaam adalah pendeta Yahudi. Salman al-Faarisi pula scbelum memeluk agama Islam adalah penganut agama Nashrani. Jadi ini dalil yang kukuh tentang siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Ahli al-Kitab. Mereka ialah pengikut-pengikut Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. Soal hadits Bukhari di atas yang zahirnya menunjukkăn allli Kitab yang dimaksudkan adalah orang Nasrani sahaja iaitu orang yang beriman kepada Nabi  Isa a.s, maka para ulama' hadits mengatakan hadits itu sebenarnya adalah hadits ringkas. Hadits yang lengkap ialah seperti diriwayatkan oleh kebanyakan perawinya. Para ulamak 'juga berbeda pendapat tentang Ahli Kitab Yang tersebut di dalam hadits ini, adakah ia melibatkan semua sekali Ahli Kitab atau ia terhad setakat Ahli Kitab yang tidak terlibat dalam penyelewengan Kitab Taurat dan Injil dan tidak pula nłengjkut kitab-kitab yang telah diselewengkan? Imam at- Thahaawi dan alQurthubi berpendapat, Ahli Kitab yans tersebut di dalam hadjts di atas hanyalah yang tidak terlibat dalam pcnyelewengan kitab-kitab suci berkenaan dan tidak juga mengikut kitab-kitab yang telah diselewengkan. Alasan mereka berdua ialah pahala diperolehi hanya kerana mengikut sesuatu yang betul dan benar. 'Allamah Sirajuddin al-Bulqini, Hafiz Ibnu Hajar, al'Aini dan Mulla 'Ali al-Qaari pula berpendapat, Ahlil Kitab yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas merangkumi semua sekali Ahlil Kitab tanpa kecuali. 
Antara alasan mereka ialah: 

(a) Ayat-ayat Surah al-Qashash yang dikemukakan tadi diturunkan selepas kitab-kitab Turat dan Injil telah diselewengkan. 

(b) Di dalam surat Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada Hiraql tertulis begini:   
أسلم تسلم يؤك الله أجرك مرتين
 Maksudnya: Terimalah Islam, niscaya anda selamat. Allah juga akan memberikan pahala kepadamu dua kali. 

Hiraql tentunya telah memeluk agama Nasrani setelah ia diselewengkan. Dua dalil ini sudah cukup untuk membuktikan Ahli Kitab yang disebutkan oleh rasulullah s.a.w, di dalam hadits di atas adalah merangkumi semua sekali Ahlil Kitab tanpa kecuali. Hadits Abu Musa al-Asyî ari itu zahirnya menampakkan seolah-olah tiga macam orang itu sahaja yang mendapat pahala amalan dua kali ganda. Padahal banyak sangat kemusykilan akan timbul jika dipercayai begitu. Antara kemusykilan yans akan timbul ialah bagaimana dengan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang dikatakan mendapat pahala dua kali ganda juga apabila mereka melakukan sesuatu amal saleh? Lihat misalnya firman Allah di bawah ini:

Al-Ahzab 33:31
وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتَعْمَلْ صَٰلِحًا نُّؤْتِهَآ أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا 
Maksudnya: dan sesiapa di antara kamu semua (isteri-isteri Nabi) tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang saleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali sanda, dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia. (al-ahzaab:31).

 'Allamah Sirajuddin al-Bulqini cuba menjawab kemusykilan itu dengan katanya, keistimewaan seperti itu khusus dengan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sahaja. Ia pula tidak umum sampai ke hari kiałnat. Berbeza dengan tiga macam yang disebut Rasuluilah s.a.w. di dalam hadits di atas. la umum dan berlaku sampai bila-bila pun untuk orang-orang yang bersifat demikian.


84


Tiada ulasan:

Catat Ulasan