Halaman

Jumaat, Oktober 02, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms085

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms085

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14

Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.


Misykatul masabiih 85

Jawapan al-BuIqini itu disangkal orang dengan mengemukakan beberapa alasan yang tidak bersifat khusus dan tidak terhad dengan suatu jangka masa tertentu. Sebagai contohnya lihat saja dua hadits berikut ini: 
(a) Rasulullah s.a.w. bersabda 

مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ
 
Maksudnya, (al-Qur'an) orang   berpandukan ingatannya akan bersama  jurutulis-jurutulis(al-Quran)yang  mulia. Dan orang yang membaca al-Qur'an dengan mengulang-ngulang dan penuh dengan kesukaran pula akan mendapat dua pahala. (Bukhari, Ahmad, Nasaa'i, Said bin Manshur, al-Baihaqi dan lain-lain). 

(b) Baginda sa.w. juga bersabda,
إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ 
Maksudnya: Hakim yang bersungguh-su.uh (mengkaji dan meneliti) ketika hendak memutuskan kes, kemudian keputusannya tepat, akan mendapat dua pahala. Jika ia bersungguh-sungguh (mengkaji dan meneliti kes), kemudian tersalah, ia akan mendapat satu pahala. 
(Bukhari, Muslim. Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Abu 'Awaanah, Abu Ya' Ia. Ibnu Majah dan lain-lain).

Kedua-kedua hadits ini jelas menunjukkan, soal mendapat pahala dua kali ganda itu tidak khusus dengan tiga macam orang yang tersebut di dalam hadits Abu Musa al-Asyari.

Adad (bilangan) yang disebutkan di dalamnya itu bukan bersifat ihtiraazi (untuk menafikan bilangan-bilangan yang lain). Malah mengikut qaul yang sahih, mafhum adad bukan sesuatu yang mus tabar. la tidak seharusnya dipegang sangat. Menurut al-Azizi di dalam as-Siraju al-Munir dan Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari, berdasarkan apa yang tersebut di dalam nas-nas al-Qur'an dan as-Sunnah, orang yang mendapat dua kali ganda pahala setiap amalan kebajikan yang dilakukannya itu bukan tiga macam sahaja, malah ia melebihi dua puluh macam. 

Kalau begitu, kenapa agaknya tiga macam orang itu disebut secara khusus akan mendapat pahala berganda? 

Apakah sebab sebenarnya yang membuatkan mereka memperolehi dua pahala atau dua kali sanda pahala? 

Ada khilaf sebenarnya tentang perkara ini. 

(1) Ada yang berpendapat, oleh kerana mereka telah melakukan dua amalan, patutlah mereka mendapat dua pahala. Pendapat ini lemah dan telah dibantah dengan alasan. kalau itulah sebabnya, tidak ada lagi apa-apa kelebihan pada amalan yang dilakukan oleh tiga macam orang yang tersebut di dalam hadits itu. Kerana orang yang melakukan dua amalan atau lebih lagi dari itu memanglah patut pun mendapat pahala yang lebih daripada satu. Bukankah itu adalah sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah untuk apa saja amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang? 

(2) Setiap amalan yang dilakukan oleh tiga macam orang tersebut akan diganda oleh Allah pahalanya. Kerana keistimewaan mereka di sisi Allah. 

(3) Oleh kerana ada semacam perebutan dan kesukaran pada amalan seseorang yang berada dalam situasi tiga macam orang yang tersebut di dalam hadits Abu Musa al-Asfari, maka pahala amalan mereka digandakan. Bukan senang hendak meninggalkan agama nenek moyang yang sudah sekian lama dianuti. Bukan senang juga hendak menjaga hak-hak Allah dan hak-hak tuan dalam masa yang sama dengan sebaik-baiknya. Ada ketikanya berlaku perebutan atau pertentangan di antara dua hak itu. Demikian juga bukan senang hendak mengangkat darjat

85

Tiada ulasan:

Catat Ulasan