Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms086
Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14
Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.
Misykatul masabiih 86
baik). (Ketiga) Seseorang yang memiliki hamba wanita yang dapat (halal) disetubuhinya." Dia mendidik dan mengajarkan (ilmu pengetahuan kepada) hamba wanita itu dengan sebaik-baiknya. Kemudian setelah memerdekakannya, dia mengahwininya.¹⁰⁰ Orang ini (juga) mendapat dua (kali ganda) pahala." (Bukhari Muslim). ¹⁰¹
___________________________________________________________
orang lain dengan menurunkan darjat sendiri. (4) Gandaan pahala amalan tiga macam orang itu melebihi gandaan pahala amalan orang-orang lain. Seseorang akan mendapat pahala daripada sesuatu amalan yang dilakukannya hingga sepuluh kali ganda misalnya. Perkara ini ada tersebut dengan jelas pun di dalam al-Qur'an .Lihat sebagai contohnya firman Allah berikut:
Maksudnya: sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan. ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama densannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (al-Anaam:160).
Maka tiga macam orang tersebut akan mendapat dua puluh kali ganda pahala kerana melakukan amalan kebaikan yang sama. Pendapat ini diutarakan oleh Syeikh 'Abdul Haq al-Muhaddits ad-Dihliwi di dalam Syarah Misykatnya, Asyf aatu al-lamaat.
⁹⁹ Tujuan Nabi s.a.w. menyebutkan qaid "yang dapat (halal) disetubuhinya" adalah untuk menggambarkan betapa tuan punya hamba sahaya wanita itu tidak perlu mengahwini hamba sahaya wanita miliknya untuk menghalalkan persetubuhan dengannya. Tuan punya hamba sahaya wanita sememangnya dihalalkan bersetubuh dengan hamba sahaya wanita miliknya, walaupun tanpa berkahwin dengannya terlebih dahulu. Kalau begitu, kenapa ia memerdekakannya, kemudian berkahwin pula dengannya? Tidak kerana lain melainkan untuk mengangkat darjat dan kedudukan hamba sahaya wanitanya di mata masyarakat Meskipun perbuatan tuan punya hamba itu mengundang kerugian dan dipandang rendah oleh masyarakat semasa. Dengan memberi pelajaran yang tinggi kepada seseorang hamba dan memberi pendidikan yang sempurna kepadanya, menambahkan lagi nilai dan harganya. Seseorang tuan punya hamba juga terpaksa menghabiskan belanja yang agak besar untuk mencapai maksudnya itu. Tetapi tuan punya hamba ini tidak mendidik dan memberi pelajaran yang tinggi kepada hambanya dengan tujuan komersial. Tujuannya tidak lain melainkan untuk menjadikan hamba sahaya wanitanya itu seorang manusia merdeka yang sempurna ilmu pengetahuan dan peribadinya. Itulah sebabnya tuanmas seperti ini diberikan ganjaran berganda untuk setiap amalan kebajikan yang dilakukannya.
¹⁰⁰ Ketika sistem perhambaan berleluasa di dunia ini, hamba merupakan satu bentuk harta kekayaan. Orang yang memiliki hamba adalah orang yang berharta. Semakin ramai hamba
86
Tiada ulasan:
Catat Ulasan