Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms087
Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 15
26 jan-14
Misykatul masabiih 87
Perintah Memerangi Orang-orang Kafir Harbi
١٠-وَعَنْ ابْنْ عُمَرَ أَنَُ رَسُولَ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوِالَهُمْ إِلَّا بِحَق الإسلام وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ--متفق عليه. إلا أن مسلما لم يذكر " إلا بحقِّ الإِسْلامِ
10. Ibnu 'Umar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku diiperintah supaya memerangi manusia¹⁰² sehingga mereka bersaksi bahawa sesunguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad iłu adalah utusan Allah,¹⁰³ mendirikan sembahyang¹⁰⁴ dan memberikan zakat. Apabila mereka melakukan
___________________________________________________________
dipunyai, bererti semakin kayalah dia. Orang yang memerdekakan hamba pula adalah orang yang mengorbankan sebahagian daripada hartanya. Islam menyanjung tinggi orang-orang yang memerdekakan hamba semata-mata kerana Allah s.w.t. Pada pandangan masyarakat yang hidup dałam sistem perhambaan, seseorang hamba meskipun telah dimerdekakan, tetap rendah tarafnya berbanding orang yang tidak pernah menjadi hamba. Kerana itu, berkahwin dengan bekas hamba bererti menjatuhkan darjat sendiri. Maka jarang sekali ada orang yang berani tampil mengahwini hamba atau bekas hamba di zaman iłu. Berdasarkan hadits di atas, manusia dari jenis ketiga ini juga termasuk dałam orang-orang yang mendapat pahala berganda-ganda apabila melakukan sesuatu amalan kebaikan. Sebabnya ialah dia telah melakukan suatu perkara yang sangat mulia demi mengangkat darjat kemanusiaan. Suatu tindakan yang jarang sekali orang berani melakukannya.
¹⁰¹ Selain Bukhari dan Muslim, hadits ini turut diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Abu Daud, Nasaa'i dan Ibnu Majah.
¹⁰² Manusia yang diperintah supaya diperangi itu bukan sekalian manusia. tetapi orang-orang kafir dan musyrikin yang jelas sangat permusuhannya dengan orang-orang Islam atau dengan kata lain kafir harbi. Mereka sahaja sebenarnya yang diperintah oleh Allah akan rasulNya supaya diperangi. Antara buktinya ialah hadits Nasaa'i berikut
أمرت أن أقاتل المشركين
(aku diperintah supaya memerangi orang-orang musyrikin). Hadits Muslim berikut juga menunjukkan perkara yang sama,
مَنْ وَحَّدَ الله وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ وَحِسَابُهُ عَلَى اللَّهِ
(orang yang nłengesakan Allah dan kufur terhadap apa-apa yang disembah selain Allah, haram harta benda dan darahnya. Soal hati mereka, iłu terserah kepada Allah.
¹⁰³ Maksud aku diperintah ialah oleh Allah. Kerana tidak ada yang memerintah atau menyuruh Rasulullah s.a.w. melakukan sesuatu selain Allah. Kemusykilan timbul kerana perintah iłu zaliirnya terhenti setakat dua tiga perkara yang tersebut di dałam hadits ini sahaja, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersembahyang dan berzakat. Apabila tiga perkara ini dilaksanakan, seolah-olahnya tidak ada lagi perintah Allah iłu. Walaupun dengan
87
Tiada ulasan:
Catat Ulasan