Halaman

Isnin, Oktober 26, 2020

Misykatul masabiih hadis 012syarahan.

Misykatul masabiih hadis 012syarahan.


Amalan-Amalan Yang Membawa Seseorang Ke Syurga

١٢-وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَاأَزِيدُ عَلَى هَذَا فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا -متفق عليه

12. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, katanya: "Ada seorang Arab dusun¹¹³ kepada Nabi s.a.w., lain dia berkata: "Tunjukkan (beritahulah) kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan, aku dapat masuk syurga." Jawab Nabi s.a.w.: "Engkau menyembah Allah¹¹⁴ dan tidak menyengutukanNya dengan apapun,¹¹⁵ mendirikan shalat  ferdu ,menunaikan zakat yang diferdukan dan berpuasa dibulan Ramadhan ¹¹⁶ . Kata orang Arab dusun itu " Demi Tuhan dan yang jiwaku  berada ditanganNya aku tidak akan menambah dan tidak akan menguranginya ¹¹⁷ Apabila   orang itu pergi  Nabi s.a.w. bersabda: ”Siapa yang ingin melihat penghuni syurga lihatlah orang ini.¹¹⁸ (Bukhari-Muslim).

__________________________
¹¹³ Seorang Arab dusun yang tersebut di sini menurut sesetengah adalah daripada qabilah Qais. Namanya ialah Ibnu al-Muntafiq berdasarkan riwayat yang dikemukakan oleh al-Baghawi, Ibnu as-Sakan, at-Tabaraani di dalam Mu'jam Kabirnya dan Abu Muslim al-Kaji di dalam Sunannya. As-Shairafi menda'wa nama sebenar Ibnu al-Muntafiq it-u ialah laqith bin Shabrah. Beliau adalah salah seorang pengunjung Nabi s.a.w. dari kalangan Bani al-Muntafiq. Tetapi Syeikhul Hadits Maulana 'Ubaidullah al-Mubaarakfun di dalam Mir atau al-Mafaatih Syarah Misykaat al-Mashaabih mempertikaikannya. Kata beliau kisah soalan Ibnu al-Muntafiq itu lebih sesuai dengan riwayat Abu Ayyub yang dikemukakan oleh Muslim dan lain-lain. la tidak sesuai dengan riwayat Abu Hurairah ini. Hakikat ini tidak kepada orang-orang yang mempunyai maklumat tentang riwayat-riwayat hadits. Hafiz al- Aini pula mengatakan, nama orang Arab dusun itu ialah Saad bin al-Akhram. Pendapat al-'Aini itu juga dipertikaikan oleh Maulana Ubaidullah .

¹¹⁴ Engkau menyembah Allah atau engkau beribadat kepada Allah hanyalah terjemahan harfiah (literal) bagi sabda Baginda s.a.w.:   تَعْبُدُ الله. Menurut sesetengah ulama' ia seharusnya dipakai dengan erti تُوَحِّدُ الله dan seharusnya diterjemahkan dengan: Engkau mengesakan Allah atau mentauhidkanNya. Alasan mereka ialah jika ia dipakai dengan erti engkau menyembah Allah atau engkau beribadat kepada Allah, niscaya akan berlaku pengulangan dalam sabda Baginda s.a.w. Kerana telahpun termasuk di dalamnya sembahyang, zakat dan puasa yang disebutkan selepas itu. Bukankah semua yang tersebut itu juga merupakan Ibadat? Selain itu,
وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ 
semuanya di'athafkan kepada  تَعْبُدُ الله sebagai haraf 'athafnya. Sedia dima'lumi para pelajar Nahu bahasa Arab bahawa  athaf dengan   wau (و) sebagai haraf athaf, menghendaki ma'thuf dan ma'thuf alaihnya dua perkara atau dua benda yang berbeza (العطف بالواو يقتضي المغايرة). Adapun berkenaan dengan kepercayaan kepada kenabian Muhammad s.a.w., kenapa ia tidak disebutkan bersama-sama dengan kepercayaan tauhid di dalam hadits ini, maka jawapannya ialah oleh kerana ia memang merupakan syarat untuk diterima kepercayaan tauhid dan orang Arab dusun itu pula pada zahirnya sudah mempercayainya, Nabi s.a.w. merasakan ia tidak perlu lagi disebut. Menyebutkan kepercayaan tauhid sahaja juga bertuyuan menartk perhatian semua orang kepada asas sebenar 'aqidah Islam dan kemuliaan aqidah tauhid itu sendiri. Itulah sebabnya orang yang hampir mati dianjurkan supaya diajar kalimah tauhid sahaja. Nabi s.a.w. juga ada bersabda:  مَن كان آخِرُ كلامِهِ لا إلهَ إلَّا اللهُ دخَل الجَنَّةَ.
Bermaksud: "Orang yang ucapan terakhirnya ialah لا إلهَ إلَّا اللهُ  pasti akan masuk syurga." 
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Baihaqi, Ibnu Khuzaimah, Haakim, at-ntabaraani dan lain-lain).

Boleh juga itu diterjemahkan densan: "Engkau mengabdikan diri kepada Allah." Kerana keseluruhan kehidupan jin dan manusia, khususnya yang muslim pada hakikatnya untuk menyatakan pengabdian diri kepada Allah semata-mata, sesuai dengan firman Allah berikut:
 
Adh-Dhariyat 51:56
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Bermaksud: dan aku tidak menciptakan jin dan ntanusia melainkan supaya mereka mengabdi diri kepadaKu. (az-Zaariyaat:56). 

Oleh kerana bersembahyang, berzakat dan berpuasa adalah antara bentuk pengabdian diri yang paling ketara dan paling istimewa, maka la disebutkan pula secara khusus untuk menarik perhatian terhadapnya setelah menyebutkan "Engkau mengabdkan diri kepada Allah" secara unum.
 Ini bererti sabda Nabi s.a.w.
وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ 
selepas تَعْبُدُ الله itu  mengguna pakai qaedah ilmu Balaghah:الخاص بعد العام (menyebutkan sesuatu secara khusus setelah menyebutnya secara umum).

¹¹⁵ Tujuan Nabi s.a.w. bersabda ”dan tidak menyengutukanNya dengan apapun" selepas bersabda:
 Engkau menyembah Allah" ialah untuk menolak kepercayaan dan amalan orang kafir musyrik. Kerana orang-orang musyrikin juga pada zahirnya rnenyembah Allah, cuma mereka tidak menyembah Allah semata-mata. Di samping menyembah Allah, mereka juga menyembah bermacam-macam berhala dengan kepercayaan berhala-berhala itu adalah sekutu-sekutu Allah. Kalau perkataan  تَعْبُدُ dipakai dengan erti تُوَحِّدُ niscaya sabda Nabi s.a.w. "dan tidak menyengutukanNya dengan apapun" seharusnya dipakai sebagai ta'kid dan penguat kepada sabda Baginda sebelum itu: ”Engkau mengesakan Allah atau mentauhidkanNya".

¹¹⁶Jika diperhatikan  hadits Abu Hurairah ini, anda akan mendapati hanya tiga sahaja daripada rukun Islam disebutkan. Sembahyang, zakat dan puasa. Kenapa haji tidak disebutkan di dalamnya? Ada beberapa jawapannya. Antara lainnya ialah: 
(1) Hafiz Ibnu Hajar berpendapat, ia tidak disebutkan kerana orang Arab dusun itu memang telah keluar dari rumahnya untuk mengerjakan haji pun. 
(2) Di dalam riwayat asal, haji juga sebenarnya ada disebutkan, tetapi salah seorang perawi sengaja menggugurkannya denvan tujuan meringkaskan hadits. 
(3) Maulana Syabbir Ahmad Utsmani berpendapat, ibadat-ibadat yang berkaitan dengan tubuh badan manusia secara kasarnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian. (i) yang berkaitan dengan perbuatan dan melakukan من قبيل الأعمال
(ii) yang berkaitan dengan  meninggalkan perbuatan  atau tidak melakukan). من قبيل التروك

Baginda s.a.w. menyebutkan sembahyang dan zakat hanya sebagai mengisyaratkan kepada ibadat-ibadat yang berkaitan dengan melakukan. Baginda saw menyebutkan puasa pula hanya sebagai mengisyaratkan  kepada ibadat-ibadat yang  berkaitan dengan tidak melakukan. Ia tidak bererti amalan-amalan yang mesti dijaga dan dibuat oleh seseorang muslim hanya yang tersebut itu sahaja.
 
(4) Jika diperhatikan riwayat ini atau riwayat-riwayat lain seumpamanya, anda akan mendapati di dalam setengah-setengahnya ada tersebut perkataan-perkataan tertentu dan ada pula perkataan-perkataan tertentu tidak disebutkan. Di dalam riwayat ini saja misalnya, ada yang tidak disebutkan di dalamnya perkataan  puasa  dan ada di pula dalamnya yang tidak perkataan disebutkan zakat. . Demikian  juga  sebaliknya, didalam sesetengah riwayat  ada tersebut  silaturahim.Didalam yang lain pula ada tersebut tentang khumus. Perbezaan-perbezaan seperti ini menurut  Ibnu as-Shalah dan Qadhi Ilyaadh berpunca daripada perbezaan perawi-perawi dalam hafalan dan ketelitian mereka. Pendapat mereka berdua ini dianggap elok oleh al-lmam an-Nawawi. 

(5) Sesetengah 'ulama' berpendapat, sebenarnya Nabi s.a.w. ada menyebutkan juga tentang haji seperti yang  terdapat di dalam riwayat Ibnu 'Abbaas, tetapi perawi hadits ini terlupa menyebutnya. 

(6) Tidak disebutkan haji kerana haji pada ketika itu belum lagi difardhukan. Paling awal pun haji difardhukan pada tahun ke 8 hijrah. Sedangkan peristiwa ini berlaku sebelum  itu.

¹¹⁷ Persoalan yang timbul sekarang ialah kenapakah Rasulullall s.a.w. tidak  menegur orang Arab dusun itu apabila ia bersumpah untuk tidak melakukan apa-apa amalan selain yang disebut Nabi s.a.w. di dalam hadits ini? sedangkan pada ketika lain ada pula teguran Baginda sa.w. terhadap orang yang bersumpah untuk tidak melakukan kebajikan?? Jawapannya ialah kadang-kadang hukum sesuatu berubah mengikut situasi orang yang  menghadapinya. Itulah yang berlaku di sini. Tentulah ada keistimewaan orang berkenaan, sehingga Nabi s.a.w. tidak menegur dan membantah apa yang dicakapkannya itu.

¹¹⁹ Tidak menimbulkan kemusykilan jika Rasulullah s.a.w. memberi berita gembira untuk orang Arab dusun Itu kerana dia mengatakan: "dan aku tidak akan mengurangi apa yang
disebut oleh Baginda s.a.w. supaya dilakukannya itu. Yang menimbulkan kemusykilan ialah kenapa Rasulullah s.a.w. tidak menegurnya kerana telah berkata: ”Aku tidak akan menambah” sesuatu selain yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam peristiwa ini! Bukankah banyak lagi hukum dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. selepas itu? Adakah orang berkenaan bebas daripada hukum dan perintah itu? 

Berikut dikemukakan 1O jawapan yang diberikan oleh para 'ulama' untuk merungkai kemusykilan yang timbul ini. 
(1) Tidak ada sesuatu yang menimbulkan kemusykilan sebenarnya di sini. Kerana orang berkenaan hanya bermaksud mengatakan bahawa dia tidak akan rnelakukan amalan-amalan sunat sahaja. Adapun amalan-amalan yang wajib, itu tetap akan dilakukannya. Andai kata dia hanya beriman sahaja tanpa melakukan apa-apa amalan, sama ada yang wajib atau yang sunat sekalipun, tidak ada halangan untuk dia menjadi ahli syurga semata-mata. Nabi s.a.w. hanya menyebut orang itu sebagai ahli syurga. Tidak ada Baginda s.a.w. menyebutkan tentang darjatnya yang tinggi di dalarn syurga atau dia mendahului orang-orang lain masuk ke syurga. Baginda s.a.w. hanya menyebut dia sebagai ahli syurga semata-mata, tidak lebih dari itu. 

(2) Menurut al-' Allaamah at-Thibi, kata-kata orang Arab dusun itu hanya untuk menyatakan kesungguhannya (مبالغة) dalam menerima dan membenarkan apa yang disampaikan  Rasulullah s.a.w. kepadanya. Makna tersirat di sebalik kata-katanya ialah  
قبلت كلامك قبولا لامزيد عليه من جهة السؤال ولا نقصان فيه من جهة
Bermaksud :Saya benar-benar menerima  kata-kata mu. 
Tidak ada apa-apa lagi untuk ditanya dan tidak ada lagi sedikit pun kekurangan di pihak saya dalam menerimanya.

(3) Kata Ibnu al-Munaiyyir, orang Arab dusun itu menurut as-Shairafi adalah wakil kaumnya. Maksud kata-kata beliau: ”Aku tidak akan menambah dan tidak akan menguranginya” ialah tidak akan menambah dan tidak akan mengurangi apa-apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. itu apabila menyampaikannya kepada kaumnya. 

(4) Maksud kata-katanya itu ialah aku tidak akan menambah dan mengurangi sifat, kaifiat, bilangan dan sebagainya apa-apa amalan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagai contohnya sembahyang Maghrib, ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. sebanyak tiga rakaat, saya tidak akan menambah dan melebihkannya daripada tiga raka'at yang telah ditentukan itu. Sembahyang 'Ashar pula dalam keadaan tidak bermusafir ditentukan oleh Baginda s.a.w. sebanyak empat raka'at, saya tidak akan mengurangkan raka'at yang telah ditentukan itu. Begitulah seterusnya. 

(5) Kadang-kadang kata-kata seseorang hanya membabitkan sesuatu secara keseluruhan dan dikehendaki dengannya kejadian asal serta yang kebanyakan. Ia sama sekali tidak dimaksudkan untuk setiap satu daripadanya. Apabila ahli ilmu Manthiq (Aristotle misalnya) mengatakan manusia itu adalah haiwan yang beraqal, tidaklah beliau bermaksud setiap orang manusia itu beraqal. Apa yang dimaksudkannya ialah manusia secara keseluruhan (من حيث المجوع), menurut kejadian asalnya yang sempurna dan yang kebanyakannya adalah ber'aqal. Kalau tidak difahami begini, niscaya akan terkeluarlah daripada ta'rif (definisi) manusia itu orang gila, orang mabuk dan sebagainya. 

(6) Ucapan seseorang kadang-kadang mengandungi beberapa frasa dan klausa. Tetapi yang dimaksudkan oleh pengucapnya ialah satu saja daripada nya. Yang dimaksudkan oleh orang Arab dusun itu bukan kedua-dua bahagian  ucapannya, tetapi yang kedua daripadanya sahaja iaitu: "dan tidak akan menguranginya". Bahagian pertama tidak lebih daripada pelengkap ucapan semata-mata. 

(7) "Aku tidak akan menambah dan tidak akan menguranginya” tidak dipakai oleh orang Arab dusun itu dengan makna bahasa Arab biasa, bahkan ia dipakai dengan mâna bahasa kiasan (كناية). Ma' na bahasa kiasannya ialah aku tidak akan mengubah sama sekali apa-apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. itu. Penggunaan bahasa kiasan seperti ini sering digunakan dalam bahasa Arab dan hadits-hadits. Antara contohnya ialah hadits yang dikemukakan oleh Tirmizi di bawah بَاب مَا جَاءَ فِي الغَدْرِ berhubung dengan kisah Muaawiyah dan  Amar bin Abasah. Amar bin 'Abasah meriwayatkan, katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: 
مَنْ كَانَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ قَوْمٍ عَهْدٌ فَلَا يَحُلَّنَّ عَهْدًا وَلَا يَشُدَّنَّهُ حَتَّى يَمْضِيَ أَمَدُهُ
Bermaksud: ”Pemerintah yang telah membuat perjanjian damai dengan sesuatu kaum [tidak boleh sama sekali membuka (ikatan) perjanjian dan tidak boleh juga sama sekali mengukuhkannya] selagi tempohnya belum habis.” (Hadits riwayat Tirmizi).

 Cuba lihat bahagian hadits yang bergaris di bawahnya  atau [..]. Dua perkara telah dilarang oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini. Pertamanya ialah ”tidak boleh sama sekali membuka (ikatan) perjanjian”. Dan keduanya ialah ”dan tidak boleh juga sama sekali mengukuhkannya”. Bahagian pertama memang dimaksudkan. Tetapi bahagian kedua tidak dimaksudkan  makna zahir .Gabungan dua bahagian klausa itu merupakan )(bahasa kiasan) kepada larangan Baginda s.a.w. daripada mengubah dan apa cara sekalipun perjanjian yang telah dibuat( كناية عن عدم التغيير), kecuali dengan persetujuan kedua-dua pihak. Kalau anda tidak menerima penggunaan bahasa kiasan sini, anda akan pening kepala dalam menghadapi larangan Nabi s.a.w. daripada mengukuhkan perjanjian. Kerana bukankah yang dikehendaki Nabi s.a.w. ialah mengukuhkannya? 

(8) Orang  Arab dusun  itu untuk datang terus kepada  Rasulullah  tanpa perantaraan sesiapa . Tujuannya ialah untuk mendapat kemudahan dan kelonggaran  dalam beragama. Maka Nabi s.a.w. mengecualikannya daripada mengerjakan amalan-amalan sunat dan nawaafil sebagai rukhshah (kemudahan dan kelonggaran)kepadanya. Bukan sekadar itu, malah Baginda saw. juga menyampaikan berita gembira  tentangnya, bahawa dia adalah ahli syurga. Ini adalah kes yang khusus untuk nya sahaja. Kes-kes  seperti  ini tidak boleh dijadikan sebagai qaedah umum untuk semua orang. Memang ada ketikanya Allah memberikan kuasa kepada RasulNya s.a.w. untuk mengecualikan seseorang daripada peraturan dan hukum biasa. Apa yang berlaku ini adalah salah satu contohnya. Antara contoh lain yang juga terdapat di dalam hadits ialah dalam bab qurban, di mana Rasulullah s.a.w. telah mengecualikan seorang sahabatnya yang dikenali dengan Abu Burdah bin Niyaar daripada peraturan dan hukum biasa. Imam Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Baraa', katanya: 

خَطَبَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ قَالَ إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا أَنْ نُصَلِّيَ ثُمَّ نَرْجِعَ فَنَنْحَرَ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ عَجَّلَهُ لِأَهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْءٍ فَقَامَ خَالِي أَبُو بُرْدَةَ بْنُ نِيَارٍ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَا ذَبَحْتُ قَبْلَ أَنْ أُصَلِّيَ وَعِنْدِي جَذَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ مُسِنَّةٍ قَالَ اجْعَلْهَا مَكَانَهَا أَوْ قَالَ اذْبَحْهَا وَلَنْ تَجْزِيَ جَذَعَةٌ عَنْ أَحَدٍ بَعْدَكَ

Bermaksud: Pernah pada suatu hari raya qurban Nabi s.a.w. berucap di hadapan kami. Kata Baginda s.a.w.: ”Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali kita lakukan pada hari ini ialah bersernbahyang (hari raya). Setelah pulang (dari bersembahyang) baru kita berqurban. Sesiapa yang melakukan begitu, ia menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih (binatang qurban) sebelum bersembahyang, sembelihannya itu hanya merupakan daging yang disegerakannya untuk ahli keluarganya. Ia tidak menjadi qurban.” Maka berdirilah pak cik saya Abu Burdah bin Niyaar. Katanya: ”Wahai Rasulallah! Saya telah menyembelih (binatang qurban saya) sebelum bersembahyang. (Bagaimanapun) Saya ada biri-biri yang baru berumur lapan bulan (جذعة), tetapi ia lebih baik daripada biri-biri yang sudah berumur setahun lebih (مسنة)." Kata Nabi s.a.w.: ”Gantikan dengannya atau kata Baginda: ”Sembelihlah yang itu. Namun begitu, biri-biri yang baru berumur lapan bulan tidak boleh (tidak sah) diqurbankan oleh sesiapapun sesudahmu.” 

Selain Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasaa'i juga tumt meriwayatkan hadits ini. 

(9) Maksud kata-kata orang Arab dusun itu ialah saya tidak akan menambahkan ibadat-ibadat yang fardhu itu dengan ibadat-ibadat yang sunat, namun begitu saya juga tidak akan mengurangkan ibadat-ibadat fardhu yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w. kepada saya. Walaupun tidak melakukan langsung ibadat-ibadat sunat juga tercela dan tidak mengerjakan langsung amalan-amalan nawaafil menyebabkan seseorang tidak mendapat banyak kelebihan, namun orang yang hanya melakukan apa-apa yang difardhukan sahaja tetap selamat daripada kemurkaan Allah dan tetap terhindar dari api neraka. Dengan itu ia tentunya akan menjadi ahli syurga. 

(10) Maulana Muhammad Idris alKandhlawi di dalam Syarah Misykaatnya at-Ta'liq as-Shabih berpendapat, maksud kata-kata orang Hulu Arab itu ialah aku tidak akan memandai-mandai menambahkan apa yang telali dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku dan tidak juga akan memandai-mandai mengurangkannya. Aku tidak akan mengganti, mengubah dan meminda sedikit pun daripadanya. Apa yang akan aku lakukan hanyalah mengamalkan betul-betul seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku. Sikap yang diambilnya itu betul-betul seperti Sikap Rasulullah s.a.w. terhadap wahyu yang diterimanya. Allah berfirman:

Yunus 10:15
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ءَايَاتُنَا بَيِّنَٰتٍۙ قَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَآءَنَا ٱئْتِ بِقُرْءَانٍ غَيْرِ هَٰذَآ أَوْ بَدِّلْهُۚ قُلْ مَا يَكُونُ لِىٓ أَنْ أُبَدِّلَهُۥ مِن تِلْقَآئِ نَفْسِىٓۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّۖ إِنِّىٓ أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّى عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ 
Bermaksud: dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, orang-orang yang tidak percaya akan bertemu dengan Kami berkata: "Datangkanlah Al-Quran  yang lain ini gantilah dia.” Katakanlah: ”Aku tidak berhak menggantikannya dengan kemahuanku sendiri, aku tidak mengikut kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut jika mendurhakai Tuhanku kepada siksa hari yang besar (kiamat)"  (Yunus:15).

Isyarat Nabi s.a.w. dalam sabdanya: فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا (maka lihatlah orang ini), adakah meruju' kepada orang Arab dusun itu secara khusus atau ia merangkumi orang jenis itu atau orang seperti itu dengan taqdir:   
فَلْيَنْظُرْ إِلىمثل هذ الرجل وجنسه الذي على فعل المأمورات وتركِ المنهيات

Bermaksud: maka lihatlah orang seperti ini atau orang jenis ini yang bertekad untuk melakukan apa-apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa-apa yang ditegah? Kedua-duanya boleh jadi, akan tetapi yang lebih tepatnya ialah ia meruju' kepada orang berkenaan sahaja. 

Para ulama' juga berbeda pendapat tentang asas yang mendorong Nabi s.a.w. mengatakan orang itu ahli syurga. Ada yang mengatakan  ialah wahyu. Inilah pendapat yang terbaik. Ada yang mengatakan berat sangka (عَلبة الظن) Baginda s.a.w. saja dan ada pula yang mengatakan di dalam sabda Rasulullah s.a.w. itu ada sesuatu yang dibuang(محذوف) dan ia perlu ditaqdirkan. Kalau di dalam hadits Abi Ayyub, taqdirnya: 
إن  تمسك بما أمر به دخل الجنة
Bermaksud: Jika dia berpegang teguh dengan apa yang diperintahkarynya, niscaya masuk syurgalah dia. Maka di sini sesuai juga kalau ditaqdirkan:   
إن دام على امتثال الأوامر التي أمر به
 Bermaksud: Jika  dia terus menjunjung segala perintah yang diberikan kepadanya dan sebagainya. Antara pengajaran, pedoman dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 

(1) Nabi s.a.w. selalu dikunjungi orang, sama ada secara beramai-ramai atau secara individu. Sering juga Baginda s.a.w. dikunjungi oleh wakil kumpulan atau kaum tertentu. Tujuan kunjungan selalunya adalah untuk mengetahui selok-belok agama Islam. 

(2) Sikap terbuka dan berterus terang para sahabat nabi. 

(3) Sering kali beraku, sikap berterus terang seseorang membawa keuntungan dan kebaikan kepadanya. 

(4) Sikap terbuka Rasulullah s.a.w. ketika diajukan apa-apa soalan. 

(5) Tidak salah mengharapkan syurga dengan sesuatu amalan yang dilakukan. 

(6) Ajaran tauhid sentiasa terserlah di sebalik sabda-sabda Rasulullah s.a.w.

(7) Nabi s.a.w. sentiasa menyampaikan rukun Islam dan ajaran-ajaran agama yang terpenting kepada umatnya dengan pelbagai cara. 

(8) Keharusan bersumpah untuk menguatkan sesuatu ucapan dan kenyataan. 

(9) Ramai juga sahabat yang disebut oleh rasulullah sebagai ahli syurga. 

(10) Ramai juga sahabat yang dikecualikan daripada peraturan dan hukum kebiasaan.

¹¹⁹ Kuniahnya ialah Abu  Amar atau Abu SAmrah. Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi memeluk agama Islam bersama-sama rornbongan Tsaqif. Saiyyidina 'Umar telah melantiknya sebagai pemungut zakat dan sedekah orang-orang Tha'if setelah 'amil sebelumnya 'Utsman bin Abi al' Aash ditukarkan ke Bahrain. Kata Ibnu 'Abdil Barr, beliau terbilang sebagai sahabat nabi yang tinggal di Tha'if. Sempat mendengar hadits Nabi s.a.w. dan meriwayatkannya. Mulla 'Ali alQari berkata: Haditsnya (yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadits) ada lima sahaja.

¹²⁰ Maksud Sufyan ialah suatu perkara atau ajaran yang benar-benar merangkumi Islam selengkapnya atau suatu perkara yang dapat memenuhi semua sekali hak-hak dan tuntutan Islam.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan