Isnin, Oktober 26, 2020

Misykatul masabiih hadis 013syarahan.

Misykatul masabiih hadis 013syarahan.


Iman Yang Sempurna

١٣-وَعَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِيِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ، وَفِي رِوَايَةٍ:  غَيْرَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ-رواه مسلم

 
13- Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi¹¹⁹ meriwayatkan, katanya: "(Pernah aku berkata kepada Rasulullah s.a.w.): 'Wahai Rasulallah, ajarkan kepadaku suatu perkara dalam Islam ¹²⁰ yang tidak perlu aku tanyakan lagi pada orang lain sepeninggalanmu."  Di dalam satu riwayat lain,selain mu.¹²¹ Kata Rasullah saw "Katakanlah, aku beriman kepada Allah ¹²² dan kemudian berpegang teguhlah dengan ajarannya ¹²³ (Muslim)


___________________________________________________________

¹¹⁹ Kuniahnya ialah Abu  Amar atau Abu Amrah. Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi memeluk agama Islam bersama-sama rornbongan Tsaqif. Saiyyidina 'Umar telah melantiknya sebagai pemungut zakat dan sedekah orang-orang Tha'if setelah 'amil sebelumnya 'Utsman bin Abi al' Aash ditukarkan ke Bahrain. Kata Ibnu 'Abdil Barr, beliau terbilang sebagai sahabat nabi yang tinggal di Tha'if. Sempat mendengar hadits Nabi s.a.w. dan meriwayatkannya. Mulla 'Ali alQari berkata: Haditsnya (yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadits) ada lima sahaja.

¹²⁰ Maksud Sufyan ialah suatu perkara atau ajaran yang benar-benar merangkumi Islam selengkapnya atau suatu perkara yang dapat memenuhi semua sekali hak-hak dan tuntutan Islam.

¹²¹ Maksudnya ialah ada perawi menyebutkan perkataan 'selainmu'  ditempat  'sepeninggalanmu'.

¹²² Segarkan sentiasa imanmu dengan mengingati Allah, menyebut namaNya dan mengamal segala tuntutan Nya.

Maksud sabda Nabi saw ialah apabila engkau menerima Allah jua sebagai Tuhan  dan Rabmu, maka abdikanlah dirimu kepadaNya semata-mata .Penuhi hak-hak Allah dan tuntutan agamaNya disepanjang kehidupanmu. Biarlah perjalanan hidup mu benar-benar bersesuaian dengan tuntutan keimanan kepada Allah  dan kehambaanmu kepadaNya.

Hadits ini merupakan salah satu Jawaami'ul kalim (hadits yang sedikit lafaznya, tetapi ertinya luas dan mendalam) yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w. 
Dalam dua ayat pendek saja , Nabi s.a.w. telah merangkumkan semua sekali inti pati ajaran Islam. Beriman kepada Allah dan terus beristiqamah dengannya, itulah roh ajaran Islam. Perbincangan tentang percaya kepada Allah telah pun berlalu di bawah hadits no:1 yang lalu yang juga dikenali dengan hadits Jibril. 
Istiqamah pula bererti tetap teguh pendirian di atas "as-Shirath alMustaqitn" Islam yang dibentangkan oleh Allah di Kitab suciNya al-Qur'an dan dikemukakan Oleh Rasulullall s.a.w. di dalam sunnah-sunnahnya. Ia juga bererti menjunjung  titah Allah dan menjauhi segala laranganNya secara berterusan dengan penuh rasa taat setia. ltulah kemuncak maqam seseorang hamba Allah. Istiqamah adalah suatu  yang apabila seseorang sampai kepadanya, tidak perlu lagi dia merentasi maqam-maqam Iain untuk mencapai kesempurnaan rohaninya. Kerana itulah di dalam al-Qur'an Allah beberapa kali mengaitkan kejayaan dan kebahagiaan manusia dengan beriman kepada Allah dan kemudian beristiqamah dengannya. Sebagai contoh, perhatikan saja firman Allah di bawah ini:

Al-Ahqaf 46:13
إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسْتَقَٰمُوا۟ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka beristiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Ahqaaf: 13). 

Hadits-hadits yang ma' nanya menepati makna al-Qur'an seperti ini menurut sesetengah ulama' hadits termasuk di bawah qaedah dan konsep mengembalikan as-Sunnah kepada al-Qur'an إرجاع السنة إلى الكتاب   atau kesesuaian Sunnah dengan Kitab Allah (موافقة السنة للكتاب). Kiranya ayat-ayat seperti inilah yang telah menjadi panduan dan asas kepada Rasulullah s.a.w. ketika mengutarakannya di hadapan Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi. Sesetengah imam dan  ulama' umat berpendapat, sabda-sabda Rasulullah s.a.w. itu kebanyakannya berpunca daripada al-Qur'an atau ia merupakan kesimpulan daripadanya. Ini bererti sabda-sabda Baginda s.a.w. dapat dicari punca atau rujukannya di dalam al-Qur'an. Antara tokoh Salaf yang dinukilkan berpendapat demikian ialah Sa'id bin Jubair dan Imam as-Syafi'e r.a. Dari kalangan 'ulama' muta'akhirin pula Syah Waliyyullah adalah salah seorang tokoh yang berpendapat begitu. Di dalam kitabnya al-Khairul Katsir beliau menulis: "Saya telah mengkaji punca dan rujukan hadits-hadits berkenaan dengan sembahyang di dalam al-Qur'an, saya dapati semuanya ada di dalam alQur'an dan berpunca daripadanya." Kata Ibnu 'Abbaas, tidak pernah turun kepada Rasulullah s.a.w. ayat yang lebih berat dan lebih sukar kepada Baginda s.a.w. daripada ayat yang memerintahkannya supaya beristiqaamah:فاستقم كما أمرت
Hud 11:12

فَلَعَلَّكَ تَارِكٌۢ بَعْضَ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيْكَ وَضَآئِقٌۢ بِهِۦ صَدْرُكَ أَن يَقُولُوا۟ لَوْلَآ أُنزِلَ عَلَيْهِ كَنزٌ أَوْ جَآءَ مَعَهُۥ مَلَكٌۚ إِنَّمَآ أَنتَ نَذِيرٌۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ وَكِيلٌ 
 Bermaksud: Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) beristiqamah (sentiasa teguh di atas jalan yang benar) sebagaimana diperintahkan kepadamu... (Huud:112). 

ltulah juga sebabnya kenapa Baginda s.a.w. bersabda:
شَيَّبَتْنِى هُوْدٌ وَأَخَوَاتُهَا
Bermaksud: "Surah Huud dan surah-surah Iain seumpamanya telah membuatkan daku beruban."
 (Hadits riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu'jamu al-Kabir daripada 'Uqbah bin dan Abi Juhaifah, Abu di dalam Musnadnya juga Abi Juhaifah). 

Ketika menyatakan maqam istiqamah Nabi s.a.w. telah bersabda: اسْتَقِيمُوا وَلَنْ تُحْصُوا
 
 وَاعْلَمُوا أَنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَعْمَالِكُمْ الصَّلَاةَ وَلَا يُحَافِظُ عَلَى الْوُضُوءِ إِلَّا مُؤْمِنٌ
Bermaksud :Cubalah istiqamah (dengan melakukan keta'atan secara tetap dan berterusan) sedapat mungkin, meskipun kamu tidak akan mampu melakukannya dengan sempurna. Ketahuilah sesungguhnya antara amalan kamu yang paling utama ialah sembahyang. Dan tidak dapat menjaga wudhu' dengan sebaik mungkin kecuali orang mu'min (yang sempurna imannya)." 
(Hadits riwayat Malik, İbnu Majah, Abu Daud at-Thayaalisi, Ahmad, ibnu Hibbaan, at-Thabaraani, Sat id bin Manshur, Baihaqi dan lain-lain). 

Antara pengajaran, pedoman dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Keprihatinan para sahabat secara amnya dan Sufyan bin Abdillah AtsTsaqafi secara khususnya terhadap agama. 
(2) Sifat prihatin itulah yang mendorong mereka mengajukan berbagai-bagai bentuk soalan kepada Rasulullah s.a.w. dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan beragama mereka. 
(3) Kepandaian Sufyan bin Abdillah dalam mengemukakan soalan jelas menunjukkan kebijaksanaan beliau dan kesungguhannya dalam mendapatkan suatu tip atau formula beragama demi menghadapi kehidupan yang mendatang. 
(4) Kepentingan beriman kepada Allah berpandukan Kitab suci yang diturunkanNya dan Sunnah NabiNya secara istiqamah. 
(5) Kepentingan beristiqamah atas agama İslam hingga ke akhir hayat. 
(6) Sesetengah hadits jelas sekali berpunca darİpada al-Qur'an. 
(7) Sesetengah hadits merupakan jawaamîul kalim (hadits yang sedikit lafaznya, tetapi ertinya sangat luas dan mendalam). Hadits Sufyan di atas adalah salah satu daripadanya yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w. 
(8) Salah satu tanda hadits sahih ialah maknanya selari dengan makna al-Qur'an dan bertepatan dengannya. 
(9) Meskipun maqam istiqaamah agak sukar dicapai dengan sempurna, Nabi s.a.w. tetap menganjurkan umatnya agar berusaha mencapainya sedapat mungkin. (10) Hakikat istiqaamah ialah menjunjung segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya secara berterusan dengan penuh rasa taat setia.

¹²⁴ Selain Muslim, Ahmad, Nasaa'i, Tirmizi, İbnu Majah, İbnu Hibbaan dan al-Haakim juga turut meriwayatkannya.


12.Amalan-Amalan Yang Membawa Seseorang Ke Syurga.
13.Iman Yang Sempurna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan