Khamis, Oktober 01, 2020

Tafsir asas quran nota 6(091).

Tafsir asas quran nota 6(091).

Kebanyakan ulama Nahu dan ahli Tafsir menerima qasam muqadaar (sumpah yang ditaqdirkan) pada sekian banyak ayat al-Qur'an, apabila ada padanya tanda-tanda sumpah. Tanda-tanda sumpah itu antara lainnya ialah: 
(1) Adanya Laam sebelum إن yang dianggap mereka sebagai    اللام الموطئة للقسم المحذوف  Namun satu perkara perlu sekali diingati bahawa setiap kali dijumpai لئن , tidak semestinya ditaqdirkan qasam (sumpah) yang dibuang. Ada kalanya Laam itu semata-mata memberi ma'na ta'kid tanpa mengandungi ma'na qasam pun. Ta'kid itu sendiri sebenarnya merupakan salah satu gayabahasa'Arab yang tersendiri. 

(2) Ada Laam ta'kid pada f il jawab.

(3) Apabila ada Laam qasam.

Beberapa Perkataan Fi"il Yang Bertindak Seperti Fi'il Qasam.

Di dalam al-Qur'an terdapat beberapa perkataan fiil yang bertindak seperti fiil qasam.Ia juga menghendaki jawab seperti fiil qasam. Di bawah ini dikemukakan fiil-fiil yang
dimaksudkan itu:
(1) Perkataan تَأَذَّنَ . Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-A'raf 7:167
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ مَن يَسُومُهُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِۗ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ ٱلْعِقَابِۖ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu, bahawa sesunggulrnya Dia akan menghantarkan kepada mereka (kaum Yahudi) itu, (terus
menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan kepada mereka azab sengsara yang seburuk- buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka).
Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan sesungguturya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-A'raaf:167)

Di dalam al-Kasys yaaf az-Zamakhsyari menyebutkan, bahawa cl:L adalah satu f il yang bertindak seperti fiil qasam. Kerana itulah jawabnya cli'#l datang seperti jawab qasam.

(2)Perkataan  عاهد. Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-Ahzab 33:15
وَلَقَدْ كَانُوا۟ عَٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ مِن قَبْلُ لَا يُوَلُّونَ ٱلْأَدْبَٰرَۚ وَكَانَ عَهْدُ ٱللَّهِ مَسْـُٔولًا 
Bermaksud: Padahal sesungguhnya mereka telah pun mengikat j*ji (bersumpah) dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan mundur (dari medan perang yang mereka hadhiri)" Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya). (al-Ahzaab:15).

92

Tiada ulasan:

Catat Ulasan