Isnin, Oktober 26, 2020

Tafsir asas quran nota 7(112).

Tafsir asas quran nota 7(112).

Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Perkataan Muqsambihi Dan Muqsam ilaihi

Pelajar al-Quran hendaklah mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam alaih. Khususnya apabila Allah bersumpah dengan fenomena 
alam dan makhluk ciptaanNya. Ia perlu merenung dengan mendalam untuk menndatpatkan rahsia dan hikmat yang tersimpan di sebalik perhubungan antara kedua rukun qasam (sumpah) itu.

Dengan mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam'alaih kebesaran al-Qur"an dan keagungan akan menguaisai minda seseorang.

Perhubungan antara keduanya ada kala nya nyata dan adakalanya  agak tersembunyi.

Minda yang tajam dan  jiwa, yang hening jua akan dapat menangkap sesuatu yang tersembunyi dan tidak nyata.

Beberapa Contoh kesesuaian  Kesinambungan Antara Muqsam bihi  dan Muqsam 'Alnih

(1) Berdasarkan tertib turun al-Qur'an. surah yang mula-mula sekali mengandungi sumpah ialah Surah al-Qalam. Di permulaannya terdapat sumpah Allah. Lihat firman Allah berkenaan: 
Al-Qalam 68:1
نٓۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ 
Al-Qalam 68:2
مَآ أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ 
Al-Qalam 68:3
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ 
Al-Qalam 68:4
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ 

Bermaksud:
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis; (1) 
Engkau (wahai Muhamad) dengan sebab ni'tmat penberian Tuhanmu bukanlah seorang gila (sebagailnana yang dituduh oleh kaum musyrik. bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).(2) 
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar dan tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran [slam); (3)
Dan bahawa sesungguhnya engkau mepunyai akhlak yang amat mulia. (4) 
(al-Qalam: 1-4).

Muqsam bihi terdapat di dalam ayat pertama surah. Ayat 2-4 merupakan  muqsam'alaih atau jawab qasam.

"Pena dan apa yang mereka tulis" yang tersebut sebagai muqsambihi bihi dalam ayat (1).

Surah al-Qalam ini telah dipakai oleh  ulama tafsir dengan dua erti. 
(a)semua pena
atau alat tulis yang digunakan oleh manusia untuk menulis. Apa yang mereka tulis pula.

112

Tiada ulasan:

Catat Ulasan