Daurah tafsir 2019 sesi 12(28)nota 10(218)
Al-Qasas 28:81
فَخَسَفْنَا بِهِۦ وَبِدَارِهِ ٱلْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُۥ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُۥ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُنتَصِرِينَ
Maka Kami benamkan dia (Karun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.
(f) Di akhir Surah al-Qashash terdapat ayat yang menyeru pemimpin-pemimpin dunia supaya menerima tauhid doa, tauhid kekuasaan, tauhid kehidupan dan tauhid tasyri', semuanya diperjelaskan secara terperinci di dalam ayat itu. Pemimpin-pemimpin yang tidak menghiraukannya mungkin dihukum di dalam dunia dan tentu sekali akan dihukum di akhirat nanti. Semua makhluk akan fana dan binasa,
hanya Allah sahaja yang kekal. Oleh itu manusia janganlah menyeru dan berdoa kepada selainNya dan jangan juga menerima orang lain sebagai hakim dan pembuat undang-undang untuknya, manusiahendaklah sentiasa ingat bahawa ia akan dikembalikan kepadaNya (Ayat: 88).
Al-Qasas 28:88
وَلَا تَدْعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَۘ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۥۚ لَهُ ٱلْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan jangan (pula) engkau sembah tuhan yang lain selain Allah. Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Segala sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Segala keputusan menjadi wewenang-Nya, dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan.
8. Perkataan (penolong atau pembantu) dua kali digunakan di dalam surah ini.
Daripada kedua-dua ayat yang mengandungi perkataan ini difahami bahawa hamba-hamba Allah yang baik-baik janganlah sekali-kali menjadi pembantu dan penyokong orang-orang kafir dan orang-orang yang zalim. Jika tanpa disedari berlaku perbuatan seperti itu daripada mereka, mereka diperintah supaya beristighfar dan meminta ampun kepada Allah disamping berjanji untuk tidak lagi menyokong dan membela orang-orang yang zalim, fasiq dan kafir. Sama ada mereka terdiri daripada keluarga
tersayangnya sendiri terutamanya orang-orang yang mempunyai pemikiran dan mentaliti Fir'aun.
(a) Nabi Musa telah beristighfar kerana pembunuhan tidak sengaja yang telah berlaku daripadanya, Allah telah memaafkannya. Sebagai menghargai keampunan Allah itu, Nabi Musa berjanji untuk tidak menolong dan membantu lagi orang-orang yang berdosa (Ayat:17).
Al-Qasas 28:17
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًا لِّلْمُجْرِمِينَ
Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku! Demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, maka aku tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.”
(b) Allah s.w.t. telah mengatakan *it yu yang diberikan kepada rasul terakhirNya adalah rahmat, diperjelaskan kepada dunia bahawa Rasulullah tidak bercita-cita dan berhasrat hendak memegang jawatan kerasulan dan kenabian. Bagaimanapun setelah diberikan wahyu kepada baginda, Allah telah berpesan kepadanya supaya jangan sekali-kali menyokong dan membantu orang-orang kafir (Ayat: 86).
Al-Qasas 28:86
وَمَا كُنتَ تَرْجُوٓا۟ أَن يُلْقَىٰٓ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبُ إِلَّا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۖ فَلَا تَكُونَنَّ ظَهِيرًا لِّلْكَٰفِرِينَ
Dan engkau (Muhammad) tidak pernah mengharap agar Kitab (Al-Qur'an) itu diturunkan kepadamu, tetapi ia (diturunkan) sebagai rahmat dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali engkau menjadi penolong bagi orang-orang kafir,
218
Tiada ulasan:
Catat Ulasan