Halaman

Rabu, November 25, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 13(31)nota 11(231)

Daurah tafsir 2019 sesi 13(31)nota 11(231)

Luqman 31:25
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۚ قُلِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ 
Dan sungguh, jika engkau (Muhammad) tanyakan kepada mereka, ”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab, ”Allah.” Katakanlah, ”Segala puji bagi Allah,” tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.


(d) Menjadikan manusia semua sekali dan menghidupkan mereka kembali, bagi Allah sama sahaja dengan menjadikan seorang manusia (Ayat: 28).

Luqman 31:28
مَّا خَلْقُكُمْ وَلَا بَعْثُكُمْ إِلَّا كَنَفْسٍ وَٰحِدَةٍۗ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌۢ بَصِيرٌ 
Menciptakan dan membangkitkan kamu (bagi Allah) hanyalah seperti (menciptakan dan membangkitkan) satu jiwa saja (mudah). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat.


5. Di dalam surah ini juga terdapat dalil-dalil tauhid ilmu yang bererti hanya Allah jua mempunyai ilmu yang sempurna dan lengkap, ilmu seperti itu tidak ada pada sesiapa pun selainNya.
(a) Luqman telah membuat suatu perbandingan kepada anaknya dalam membuktikan tauhid ilmu dan tauhid qudrat Allah. Allah mengetahui secara mendalam segala perkara, apa-apa yang tersembunyi di langit, mahupun di bumi walaupun sebesar biji sawi diketahui Allah semuanya dan Allah juga berkuasa membawanya keluar. Itu juga merupakan dalil adanya hari kemudian (Ayat: 16).

Luqman 31:16
يَٰبُنَىَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِى صَخْرَةٍ أَوْ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوْ فِى ٱلْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ 
(Lukman berkata), ”Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, niscaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Mahahalus, Mahateliti.


(b) Allah s.w.t. Maha mengetahui, Dia mengetahui segala rahsia yang tersimpan di dalam dada manusia (Ayat:23).
إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 

Luqman 31:23
وَمَن كَفَرَ فَلَا يَحْزُنكَ كُفْرُهُۥٓۚ إِلَيْنَا مَرْجِعُهُمْ فَنُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
Dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu (Muhammad). Hanya kepada Kami tempat kembali mereka, lalu Kami beritakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.



231

Tiada ulasan:

Catat Ulasan