Misykatul masabiih hadis 018
Sesi 27 8-Feb-15
Hadis 18
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ كَذَّبَنِي ابْنُ آدَمَ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ ذَلِكَ وَشَتَمَنِي وَلَمْ يَكُنْ لَهُ ذَلِكَ أَمَّا تَكْذِيبُهُ إِيَّايَ أَنْ يَقُولَ إِنِّي لَنْ أُعِيدَهُ كَمَا بَدَأْتُهُ وَأَمَّا شَتْمُهُ إِيَّايَ أَنْ يَقُولَ اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا وَأَنَا الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ أَلِدْ وَلَمْ أُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لِي كُفُؤًا أَحَدٌ { لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُؤًا أَحَدٌ } كُفُؤًا وَكَفِيئًا وَكِفَاءً وَاحِدٌ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah berfirman: 'Anak Adam(yakni manusia) telah mendustakan Daku, padahal dia tidak patut berbuat begitu .Dia juga telah mencaciku padahal dia tidak patut berbuat begitu.
Pendustaannya terhadap Ku adalah dakwaannya ,Bahawa Aku sekali-kali tidak akan menghidupkannya kembali sebagaimana Aku telah memulakan kejadiannya yakni semasa di dunia dahulu.
Caciannya terhadap Ku ialah dakwaan nyabahawa Allah telah mengambil anak padahal Aku adalah Yang Maha Esa, tempat untuk berharap ,Yang tidak beranak dan tidak juga diperanakkan.Tidak ada sesuatupun yang sebanding denganNya.
وفي رواية عن ابن عباس : " وأما شتمه إياي فقوله : لي ولد وسبحاني أن اتخذ صاحبة أو ولدا "
Didalam riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Abbas,disebutkan caciannya terhadap ku adalah dakwaannya Aku mempunyai anak. Maha Suci Aku dari mempunyai isteri dan anak.
Hadis 19
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يُؤْذِينِي ابْنُ آدَمَ يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ بِيَدِي الْأَمْرُ أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
Abu Hurairah radliallahu 'anhu dia meriwayatkan ; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah swt berfirman: Anak Adam yakni manusia, menyakiti-Ku ,dia suka mencela masa. Padahal Aku pencipta masa yakni mencipta masa itu.Ditangan Ku berada segala urusan .
Aku membolak- balikan malam dan siang
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan