Isnin, November 23, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 28(070-071)

Sahih muslim kitab iman sesi 28(070-071)

٤٤-عَنْ جَرِيرٍ قَالَ بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ
44- Jarir  r.a.²¹³ meriwayatkan  katanyu: "Aku berbai'ah²¹⁴ kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendirikan shalat (fardhu lima waktu), membayar zakat dan bersikap tulus ikhlas
terhadap setiap orang Islam.²¹⁶ 


٤٥-عَنْ جَرِيرٍ قَالَ بَايَعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فَلَقَّنَنِي فِيمَا اسْتَطَعْتَ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

45- Jarir r.a. meriwayatkan, katanya: "Aku telah membai'ah Nabi s.a.w. untuk ta'at setia dan patuh (kepada Baginda s.a.w. dan para pemimpin yang lain)." Baginda terus
mengajar (menegur) aku (dengan katanya): "dalam perkara yang engkau mampu"²¹⁷ dan (aku juga telah membai'ah Baginda s.a.w.) untuk tulus ikhlas terhadap setiap orang
lslam."²¹⁸ 

___________________________________________________________


²¹³ Nama dan salasilah keturunan Jarir selengkapnya ialah Jarir bin Abdillah bin Jabir al-Bajali al-Ahmasi. Beliau berasal dari Yaman. Kuniahnya ialah Abu 'Amar. Ada yang mengatakannya Abu 'Abdillah. Jarir ialah seorang Sahabat yang agung. Beliau memeluk Islam pada tahun ke-10H
dalam bulan Ramadhan. Nabi s.a.w. pernah menghamparkan kain selendang Baginda untuk
memuliakannya. Baginda juga pernah rnenghantarkannya ke Yaman untuk rnenghancurkan Zul Khalashah (sebuah rumah berhala yang dipercayai suci seperti Ka'bah di Mekah di zaman jahiliah). Beliau telah berjaya dalam misi tersebut. Beliau pernah menjadi gabenor di Yaman di
zaman Rasulullah s.a.w. Jarir bin 'Abdillah adalah seorang ketua yang dita'ati dan juga seorang rupawan. Beliau dilaporkan telah rneriwayatkan sebanyak 100 buah hadits. Imam Bukhari dan Imam Muslim sama-sama meriwayatkan lapan daripadanya. Imam Bukhari bersendirian dalam meriwayatkan satu haditsnya, manakala Imam Muslim pula bersendirian dalam meriwayatkan enam haditsnya. Jarir terbilang sebagai penduduk Kufah. Beliau pernah menetap di Kufah sebelum berpindah ke Qarqisia dan meninggal dunia di sana pada tahun 51H.


²¹⁴ Kebanyakan pensyarah Sahih Muslim tidak membuat apa-apa tajuk untuk hadits 44 dan 45 yang diriwayat daripada Jarir r.a. kecuali al-Itsyubi dan al-Ubbi. Al-Itsyubi membuat tajuk untuk hadits 44 dan 45 begini:

 باب مبايعة الإمام على السمع  ةالطاعة والنصح لكل مسلم  وكونها من  الإيمان
(Bab Membai'ah Imam Untuk Dengar Dan Patuh (Kepada Pemimpin), Tulus Ikhlas Terhadap Setiap Orang Islam Dan Menganggap Semuanya Sebagai Sebahagian Daripada Iman). 
Al-Ubbi pula membuat tajuk yang sangat ringkas, begini adanya: باب حديث جرير (B'ab Hadits Jarir).

²¹⁵ Berbai'ah kepada Rasulullah s.a.w. atau berjanji setia dengan Baginda tentunya atas urusan agama. Kerana itu ia juga termasuk dalam salah satu cabang iman.

²¹⁶ Menurut al-Qurthubi, bai'ah di antara Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya itu berlaku beberapa kali, dalam waktu-waktu yang berlainan. Ia bergantung kepada keperluan semasa, sama ada untuk memperbaharui perjanjian ta'at setia atau untuk memperteguhkan perjanjian ta'at setia yang telah sedia ada. Itulah sebabnya terdapat sedikit sebanyak perbezaan pada lafaz-lafaznya. Didalam riwayat ini disebutkan tiga perkara. Puasa dan lain-lain lagi tidak disebutkan kerana ia sudah termasuk di bawah perkataan 'ta'at setia' yang tersebut di dalam hadits 45 akan datang. Sembahyang dan zakat pula disebutkan kerana kedudukan kedua-duanya yang sangat rapat.
Selain Allah s.w.t. selalu menyebutkan kedua-duanya bersama-sama di dalam al-Quran, kedua-duanya juga merupakan lambang seorang Islam yang paling nyata. Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Bai'ah kepada seorang Nabi boleh dilakukan untuk menunjukkan keta'atan terhadap ajaran agama yang dibawanya. 
(2)Bersembahyang dan membayar zakat adalah tanda seorang Islam yang paling jelas. 
(3) Umat Islam haruslah saling memperbaiki satu sama lain, dengan cara yang paling elok iaitu saling menasihati. (4) Setiap muslim wajib bersikap tulus terhadap saudara seagamanya. 
(5) Kekerasan bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 
(6) Memperbaiki sesuatu yang rosak lebih baik daripada membuangnya, terutamanya jika ia rnelibatkan manusia.


²¹⁷ Pada bahagian ini ada dua versi riwayat; (1) فِيمَا اسْتَطَعْتَ 'dalam perkara yang engkau mampu',(2) فِيمَا اسْتَطَعْتَ'dalam perkara yang aku mampu'. Mengikut versi riwayat yang pertama, ia berma'na Rasuiullah s.a.w. mengatakan kepada Jarir: "Aku terima bai'ahmu untuk dengar dan patuh pada apa yang engkau mampu lakukan." Mengikut versi riwayat yang kedua pula ia berma'na Rasulullah s.a.w. menyuruh Jarir berkata: "Aku membai'ahmu untuk dengar dan patuh
dalam perkara yang aku mampu lakukan." Kedua-dua versi riwayat ini tidak salah dan bertepatan dengan firman Allah swt لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
 Bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sekadar kemampuannya.

²¹⁸Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Allah s.w.t. bersifat penyayang dan tidak membebani hamba-hambaNya dengan tugasan dan arahan
yang mereka tidak mampu laksanakan.
(2) Rasulullah s.a.w. j.rga menyayangi umatnya dan tidak
mahu mereka menganggap agama ini sebagai suatu bebanan.
(3) Agama Islam bukanlah suatu bebanan untuk manusia. (4) Sekiranya sesuatu yang dida'wa sebagai ajaran agama Islam kelihatan menyusahkan manusia atau memperbodohkan mereka, pasti di sana ada sesuatu yang
tidak kena. 
(5) Agama Islam itu mudah, bukannya susah. 
(6) Tidak ada istilah menyeksa diri dalam beragama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan