Isnin, November 23, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 28(070)

Sahih muslim kitab iman sesi 28(070)

٤٤-عَنْ جَرِيرٍ قَالَ بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ
44- Jarir  r.a.²¹³ meriwayatkan  katanyu: "Aku berbai'ah²¹⁴ kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendirikan shalat (fardhu lima waktu), membayar zakat dan bersikap tulus ikhlas
terhadap setiap orang Islam.²¹⁶ 

___________________________________________________________

melakukan kezaliman yang nyata. ( 10) Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada seorang khalifah atau pemimpin, orang-orang lslam perlulah menasihatinya dan membimbingnya ke jalan yang betul dengan penuh sopan. (11) Seorang khalifah haruslah mendengar nasihat orang-orang Islam. (12) Umat Islam haruslah tolong-menolong, saling membaiki dan saling melindungi satu sama lain. (13) Umat Islam juga tidak boleh meng'aibkan dan memburuk-burukkan saudara
seagamanya. Imam Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i. Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibbaan, Abu 'Awaanah, al-Baihaqi di dalam Syu'abu al-lmannya dan lain-lain juga turut meriwayatkan hadits Tamin ad-Daarini di dalam kitab mereka masing-masing.

²¹³ Nama dan salasilah keturunan Jarir selengkapnya ialah Jarir bin Abdillah bin Jabir al-Bajali al-Ahmasi. Beliau berasal dari Yaman. Kuniahnya ialah Abu 'Amar. Ada yang mengatakannya Abu 'Abdillah. Jarir ialah seorang Sahabat yang agung. Beliau memeluk Islam pada tahun ke-10H
dalam bulan Ramadhan. Nabi s.a.w. pernah menghamparkan kain selendang Baginda untuk
memuliakannya. Baginda juga pernah rnenghantarkannya ke Yaman untuk rnenghancurkan Zul Khalashah (sebuah rumah berhala yang dipercayai suci seperti Ka'bah di Mekah di zaman jahiliah). Beliau telah berjaya dalam misi tersebut. Beliau pernah menjadi gabenor di Yaman di
zaman Rasulullah s.a.w. Jarir bin 'Abdillah adalah seorang ketua yang dita'ati dan juga seorang rupawan. Beliau dilaporkan telah rneriwayatkan sebanyak 100 buah hadits. Imam Bukhari dan Imam Muslim sama-sama meriwayatkan lapan daripadanya. Imam Bukhari bersendirian dalam meriwayatkan satu haditsnya, manakala Imam Muslim pula bersendirian dalam meriwayatkan enam haditsnya. Jarir terbilang sebagai penduduk Kufah. Beliau pernah menetap di Kufah sebelum berpindah ke Qarqisia dan meninggal dunia di sana pada tahun 51H.


²¹⁴ Kebanyakan pensyarah Sahih Muslim tidak membuat apa-apa tajuk untuk hadits 44 dan 45 yang diriwayat daripada Jarir r.a. kecuali al-Itsyubi dan al-Ubbi. Al-Itsyubi membuat tajuk untuk hadits 44 dan 45 begini:

 باب مبايعة الإمام على السمع  ةالطاعة والنصح لكل مسلم  وكونها من  الإيمان
(Bab Membai'ah Imam Untuk Dengar Dan Patuh (Kepada Pemimpin), Tulus Ikhlas Terhadap Setiap Orang Islam Dan Menganggap Semuanya Sebagai Sebahagian Daripada Iman). 
Al-Ubbi pula membuat tajuk yang sangat ringkas, begini adanya: باب حديث جرير (B'ab Hadits Jarir).

²¹⁵ Berbai'ah kepada Rasulullah s.a.w. atau berjanji setia dengan Baginda tentunya atas urusan agama. Kerana itu ia juga termasuk dalam salah satu cabang iman.

²¹⁶ Menurut al-Qurthubi, bai'ah di antara Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya itu berlaku beberapa kali, dalam waktu-waktu yang berlainan. Ia bergantung kepada keperluan semasa, sama ada untuk memperbaharui perjanjian ta'at setia atau untuk memperteguhkan perjanjian ta'at setia yang telah sedia ada. Itulah sebabnya terdapat sedikit sebanyak perbezaan pada lafaz-lafaznya. Di


70

Tiada ulasan:

Catat Ulasan