Halaman

Rabu, November 25, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 28(071)

Sahih muslim kitab iman sesi 28(071)


٤٥-عَنْ جَرِيرٍ قَالَ بَايَعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فَلَقَّنَنِي فِيمَا اسْتَطَعْتَ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

45- Jarir r.a. meriwayatkan, katanya: "Aku telah membai'ah Nabi s.a.w. untuk ta'at setia dan patuh (kepada Baginda s.a.w. dan para pemimpin yang lain)." Baginda terus
mengajar (menegur) aku (dengan katanya): "dalam perkara yang engkau mampu"²¹⁷ dan (aku juga telah membai'ah Baginda s.a.w.) untuk tulus ikhlas terhadap setiap orang
lslam."²¹⁸ 

___________________________________________________________

dalam riwayat ini disebutkan tiga perkara. Puasa dan lain-lain lagi tidak disebutkan kerana ia sudah termasuk di bawah perkataan 'ta'at setia' yang tersebut di dalam hadits 45 akan datang. Sembahyang dan zakat pula disebutkan kerana kedudukan kedua-duanya yang sangat rapat.
Selain Allah s.w.t. selalu menyebutkan kedua-duanya bersama-sama di dalam al-Quran, kedua-duanya juga merupakan lambang seorang Islam yang paling nyata. Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Bai'ah kepada seorang Nabi boleh dilakukan untuk menunjukkan keta'atan terhadap ajaran agama yang dibawanya. 
(2)Bersembahyang dan membayar zakat adalah tanda seorang Islam yang paling jelas. 
(3) Umat Islam haruslah saling memperbaiki satu sama lain, dengan cara yang paling elok iaitu saling menasihati. (4) Setiap muslim wajib bersikap tulus terhadap saudara seagamanya. 
(5) Kekerasan bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 
(6) Memperbaiki sesuatu yang rosak lebih baik daripada membuangnya, terutamanya jika ia rnelibatkan manusia.


²¹⁷ Pada bahagian ini ada dua versi riwayat; (1) فِيمَا اسْتَطَعْتَ 'dalam perkara yang engkau mampu',(2) فِيمَا اسْتَطَعْتَ'dalam perkara yang aku mampu'. Mengikut versi riwayat yang pertama, ia berma'na Rasuiullah s.a.w. mengatakan kepada Jarir: "Aku terima bai'ahmu untuk dengar dan patuh pada apa yang engkau mampu lakukan." Mengikut versi riwayat yang kedua pula ia berma'na Rasulullah s.a.w. menyuruh Jarir berkata: "Aku membai'ahmu untuk dengar dan patuh
dalam perkara yang aku mampu lakukan." Kedua-dua versi riwayat ini tidak salah dan bertepatan dengan firman Allah swt لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
 Bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sekadar kemampuannya.

²¹⁸Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Allah s.w.t. bersifat penyayang dan tidak membebani hamba-hambaNya dengan tugasan dan arahan
yang mereka tidak mampu laksanakan.
(2) Rasulullah s.a.w. j.rga menyayangi umatnya dan tidak
mahu mereka menganggap agama ini sebagai suatu bebanan.
(3) Agama Islam bukanlah suatu bebanan untuk manusia. (4) Sekiranya sesuatu yang dida'wa sebagai ajaran agama Islam kelihatan menyusahkan manusia atau memperbodohkan mereka, pasti di sana ada sesuatu yang
tidak kena. 
(5) Agama Islam itu mudah, bukannya susah. 
(6) Tidak ada istilah menyeksa diri dalam beragama.



71

Tiada ulasan:

Catat Ulasan