Halaman

Isnin, November 23, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 30(072-073)s

Sahih muslim kitab iman sesi 30(072-073)s

باب بَيَانِ نُقْصَانِ الإِيمَانِ بِالْمَعَاصِي وَنَفْيِهِ عَنِ الْمُتَلَبِّسِ بِالْمَعْصِيَةِ عَلَى إِرَادَةِ نَفْيِ كَمَالِهِ: 
Bab Tentang Berkurangnya Iman (Sesaorang) dengan Sebab maksiat yang dilakukannya) Dan Penafian Iman Daripada Orang Yang Melakukan Maksiat Dengan erti menafikan kesempurnaan iman.²¹⁹

٤٦-هُرَيْرَةَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَالتَّوْبَةُ مَعْرُوضَةٌ بَعْدُ.


46- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seorang penzina²²⁰ ketika ia berzina. Tidak sempurna iman seorang pencuri ketika
ia mencuri dan tidak sempurna pula iman seorang pemabuk ketika ia minum arak²²¹ bagaimanapun pintu taubat sentiasa terbuka sesudah itu²²².


___________________________________________________________
²¹⁹Demikianlah tajuk bab yang terdapat di dalam Syarah Muslim oleh Qadhi  'Iyaadh, Imam Nawawi dan kebanyakan matan Sahih Muslim. 

Al-Ubbi membuat tajuk begini: 
باب أحاديث قوله صلى  الله عليه وسلم لا يزني الزاني وهو مؤمن .
(Bab Hadits-Hadits Nabi S.A.W. Tidak Berzina Seseorang Yang Berzina Dalam Keadaan Ia Mukmin). 

As-Sanusi membuat begini: 
باب لا يزني الزاني وهو مؤمن إلىآخره
(Bab Tidak Berzina Seseorang Yang Berzina Dalam Keadaan Ia Mukmin... Hingga KeAkhirnya). 

Al-Qurthubi rnembuat tajuk begini: 
باب لايزني الزاني وهو كامل الإيمان
(Bab Tidak Berzina Seseorang Yang Berzina Dalam Keadaan Ia Seorang Yang Sempurna Imannya). 

Al-Itsyubi pula membuat tajuk begini: 
بَاب بَيَانِ نُقْصَان الْإيمَانِ بار تكاب المعاصي ونفية عن مرتكبها حال تلبسه بها على معنى نفي كماله
(Bab Tentang Berkurangnya Iman (Seseorang) Dengan Sebab Melakukan Ma'shiat-Ma'shiat Dan Penafian Iman Daripada Orang Yang Melakukan Ma'shiat Ketika Ia Melakukannya Dengan Erti Menafikan Kesempurnaan Imannya). Tajuk yang dibuat beliau ini lebih kurang sama dengan yang yang dibuat oleh Qadhi 'lyaadh, dan Imam Nawawi.

²²⁰ Maksudnya ialah orang yang hendak melakukan zina. Di sini terdapat penggunaan Majaz ul-Awwul (menamakan sesuatu dengan apa yang bakal berlaku kepadanya). Demikianlah juga dengan perkara-perkara yang akan disebutkan kemudian. Istilah lain untuk مجاز الأول ialah اعتبار مايكون  atau تسيمة الشيء باسم ما ميؤول اليه


²²¹Atau lain-lain minuman yang memabukkan. Ia tidak semestinya bernama arak. Begitu juga dengan mengambil sesuatu yang memabukkan atau menghilangkan 'aqal dengan cara-cara yang lain seperti memakannya, menghisapnya atau menyuntiknya pada mana-mana bahagian badan.


²²² Maksudnya ialah orang yang melakukan mashiat- ma'shiat yang tersebut itu perlu bertaubat.Taubat mereka juga akan diterima jika ia menepati syarat-syaratnya. Allah s.w.t. mengemukakan taubat kepada mereka kerana Dia tahu kelemahan manusia untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Taubatlah satu-satunya cara untuk mereka melepaskan diri daripada dosa-dosa besar. Oleh itu ia perlu dilakukan dengan seberapa segera. Kata Imam Nawawi, orang-orang Islam bersepakat tentang taubat daripada dosa-dosa besar itu boleh dilakukan. Rukun-rukunnya ialah berhenti daripada melakukannya, menyesal dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Sekiranya seseorang itu telah bertaubat daripada sesuatu dosa kemudian ia kembali melakukannya, taubatnya yang dahulu itu tidak terbatal. Taubat memang boleh dilakukan untuk membebaskan diri daripada dosa-dosa besar selagi seseorang belum berada dalam keadaan naza' .
Inilah pendapat Ahli as-Sunnah Wa al-Jama'ah. Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Seorang yang sempurna imannya tidak akan melakukan
ma'shiat. 
(2) Melakukan dosa besar boleh mengurangkan dan menjejaskan iman seseorang. 
(3)Keinginan untuk melakukan ma'shiat boleh membawa kepada perlakuannya. 
(4) Seorang yang telah melakukan ma'shiat perlu bertaubat. (5) Pintu taubat itu sentiasa terbuka, kecuali pada
masa-masa tertentu yang telah dinyatakan di dalarn al-Quran dan hadits-hadits yang lain. 
(6)Allah s.w.t. itu Maha menerima taubat hambaNya. 
(7) Anda tidak boleh berputus asa daripada
bertaubat. 
(8) Seseorang itu perlu peka dengan keadaan semasa imannya. Dia perlu memastikan imannya berada di tahap yang terbaik sepanjang masa. Sekiranya terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ada masalah pada imannya, dia perlu mengambil langkah-langkah pencegahan atau
rawatan yang sepatutnya seperti yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan