Rabu, November 25, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 30(073)

Sahih muslim kitab iman sesi 30(073)
باب بَيَانِ خِصَالِ الْمُنَافِقِ
Bab menerangkan sifat-sifat orang munafik²²³

٤٧-عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ
___________________________________________________________


Islam bersepakat tentang taubat daripada dosa-dosa besar itu boleh dilakukan. Rukun-rukunnya ialah berhenti daripada melakukannya, menyesal dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Sekiranya seseorang itu telah bertaubat daripada sesuatu dosa kemudian ia kembali melakukannya, taubatnya yang dahulu itu tidak terbatal. Taubat memang boleh dilakukan untuk membebaskan diri daripada dosa-dosa besar selagi seseorang belum berada dalam keadaan naza' .
Inilah pendapat Ahli as-Sunnah Wa al-Jama'ah. Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Seorang yang sempurna imannya tidak akan melakukan
ma'shiat. 
(2) Melakukan dosa besar boleh mengurangkan dan menjejaskan iman seseorang. 
(3)Keinginan untuk melakukan ma'shiat boleh membawa kepada perlakuannya. 
(4) Seorang yang telah melakukan ma'shiat perlu bertaubat. (5) Pintu taubat itu sentiasa terbuka, kecuali pada
masa-masa terrentu yang telah dinyatakan di dalarn al-Quran dan hadits-hadits yang lain. 
(6)Allah s.w.t. itu Maha menerima taubat hambaNya. 
(7) Anda tidak boleh berputus asa daripada
bertaubat. 
(8) Seseorang itu perlu peka dengan keadaan semasa imannya. Dia perlu memastikan imannya berada di tahap yang terbaik sepanjang masa. Sekiranya terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ada masalah pada imannya, dia perlu mengambil langkah-langkah pencegahan atau
rawatan yang sepatutnya seperti yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya.

²²³ Beginilah tajuk yang dibuat Imam Nawawi, Qadhi'Iyaadh dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim di sini.

 Al-Qurthubi membuat tajuk begini: باب علامات المنافف
(Bab Tanda-tanda Orang Munafiq). 

Al-Ubbi rnembuat tajuknya begini: باب  أحاديث خصال المنافق
(Bab Hadits-hadits Tentang Sifat-sifat Orang Munafiq).

As-Sanusi pula membuat tajuk begini:
باب ليس من الإيمان أخلاق المنافقين
(Bab Akhlak-akhlak Orang Munafiq Itu Bukanlah
Sebahagian Daripada Iman). 

Sementara tajuk yang dibuat oleh al-Itsyubi pula seperti
berikut:
باب بيان علامات التي هي ضد علامات الإيمان
(Bab Menerangkan Alamat-Alamat Nifaq Yang Merupakan Lawan Kepada Alamat-alamat Iman).

73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan