Halaman

Rabu, November 25, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 31

Sahih muslim kitab iman sesi 31

بَيَانِ نُقْصَانِ الإِيمَانِ بِالْمَعَاصِي وَنَفْيِهِ عَنِ الْمُتَلَبِّسِ بِالْمَعْصِيَةِ عَلَى إِرَادَةِ نَفْيِ كَمَالِهِ: 
Bab Tentang Berkurangnya Iman (Sesaorang) dengan Sebab maksiat yang dilakukannya) Dan Penafian Iman Daripada Orang Yang Melakukan Maksiat Dengan erti menafikan kesempurnaan iman.²¹⁹

٤٦-هُرَيْرَةَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَالتَّوْبَةُ مَعْرُوضَةٌ بَعْدُ.


46- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seorang penzina²²⁰ ketika ia berzina. Tidak sempurna iman seorang pencuri ketika
ia mencuri dan tidak sempurna pula iman seorang pemabuk ketika ia minum arak²²¹ bagaimanapun pintu taubat sentiasa terbuka sesudah itu²²².

Sesi 31
Kesimpulan 
1.orang yang sempurna iman nya tidak akan melakukan maksiat
-Nabi bagi tau  ketika melakukan maksiat ,iman sesaorang itu tidak sempurna.
-jadi tidak boleh memandang remeh pada dosa-dosa yang dilakukan.
-bagi sesaorang yang bukan dosa menjadi kebiasaannya maka itu adalah satu ujian 
-dan seorang mukmin juga tidak mudah kecewa untuk meminta ampun kepada Allah .
-dosa2 besar bukan hanya 3 itu.
-dosa2 boleh membesar,
-dosa boleh menjejaskan iman  tidak sebgmn fahaman murjiah.
2.melakukan dosa besar menjejaskan iman.
3.keinginan berbuat dosa boleh membawanya kepada dosa itu.
4.Iman mudah terdedah kepada perkara yg mengugatnya dan taubat adalah penawarnya.

-bukan hanya 3 sahaja, ini  sebagai contoh sahaja.
-taubat adalah penawarnya.
-hadis sebut zina.
-dosa yg berkait dengan hak Allah dan berkait dengan manusia.
-zina; hak Allah.jika kedua2nya suka sama suka.
-rogol; ada hak manusia juga.
-kena fikir akibat dari 

Perkara yang menganggu atau merosakan kesempurnaan iman.Antara nya sifat nifaq

Sahih muslim kitab iman sesi 30(073-076)

باب بَيَانِ خِصَالِ الْمُنَافِقِ
Bab menerangkan sifat-sifat orang munafik²²³

٤٧-عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

47- 'Abdullah bin 'Amar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada empat sifat. bila terdapat pada seseorang²²⁴  maka dia adalah munafik tulen²²⁵.  Sesiapa
yang ada padanya satu saja daripada sifat-sifat itu, bererti ada padanya satu saja sifat nifaq, sehingga ia meninggalkannya. (1) Apabila bercakap. dia berdusta: (2) Apabila bersumpah setia, dia berkhianat; (3)Apabila berjanji, dia mungkir; dan (4) Apabila bermusuhan, dia melampau²²⁶

٤٨-عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ



48- Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga: (1) Apabila bercakap, dia berdusta; (2) Apabila berjanji, dia mungkir;
dan (3) Apabila dipercayai, ia berkhianat²²⁷

__________________________________________________________
²²³ Beginilah tajuk yang dibuat Imam Nawawi, Qadhi'Iyaadh dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim di sini.

 Al-Qurthubi membuat tajuk begini: باب علامات المنافف
(Bab Tanda-tanda Orang Munafiq). 

Al-Ubbi membuat tajuknya begini: باب  أحاديث خصال المنافق
(Bab Hadits-hadits Tentang Sifat-sifat Orang Munafiq).

As-Sanusi pula membuat tajuk begini:
باب ليس من الإيمان أخلاق المنافقين
(Bab Akhlak-akhlak Orang Munafiq Itu Bukanlah
Sebahagian Daripada Iman). 

Sementara tajuk yang dibuat oleh al-Itsyubi pula seperti
berikut:
باب بيان علامات التي هي ضد علامات الإيمان
(Bab Menerangkan Alamat-Alamat Nifaq Yang Merupakan Lawan Kepada Alamat-alamat Iman).



²²⁴ Maksudnya ialah keempat-keernpat sifat tersebut bukan saja ada, malah menonjol pada dirinya dan sudah menjadi kebiasaannya. Orang-orang yang kadang-kadang saja ada sifat-sifat tersebut dan ia bukan pula menjadi kebiasaan mereka, tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan didalam  hadits ini. Ta'wilan seperti ini perlu dibuat kerana adakalanya sifat-sifat yang dinyatakan itu ada pada seseorang, tetapi dia masih lagi beragama Islam. Sifat-sifat tersebut pernah ada pada saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. dahulu. Mereka berbohong, mungkir janji dan mengkhianati amanah yang diserahkan kepada mereka, namun ia adalah kes yang jarang-jarang sekali berlaku. Ia tidak ada pada mereka secara berterusan. Tambahan pula, berdasarkan riwayat yang ada, ketika itu mereka masih lagi mentah, mungkin juga ada antaranya yang belum baligh pada ketika itu.

²²⁵ Para'ulama' telah mengemukakan beberapa pendapat tentang apakah maksud sebenar Nabi s.a.w. berkata "maka dia adalah munafik tulen". Berikut dikemukakan beberapa daripadanya: 
(1)Dia sangat menyerupai orang-orang munafiq kerana memiliki sifat-sifat tersebut. 
(2) Sabda Baginda s.a.w. itu mungkin juga bermaksud, dia adalah seorang munafiq sejati pada saat dia berbohong, mungkir janji, khianat dan bertengkar dalam keadaan yang melampau-lampau itu. 
(3)Munafiqnya bukan pada pada i'tiqad, tetapi pada amalan saja, dengan erti ia tidak menganggap halal semua pekerti buruk itu. 
(4) Ia boleh juga dipakai dengan erti sifat-sifat tersebut sudah menjadi tabi'at dan kebiasaannya. Ia baginya merupakan perkara remeh-temeh saja dalam kehidupan. 
(5) Mungkin juga perkataan munafiq di sini dipakai dari sudut bahasanya semata-mata, kerana di dalam bahasa Arab nifaq itu bererti menzahirkan sesuatu tidak sama dengan yang disembunyikan. Orang yang mempunyai sifat-sifat ini memang begitu; orang yang berbohong menampakkan dirinya berkata benar, orang yang mungkir janji pula menampakkan dirinya menepati janji (pada saat dia membuat lanji), demikianlah seterusnya. 
(6) Qadhi 'Iyaadh pula mengatakan bahawa hadits ini seeloknya dipakai dengan ma'na tasybih, iaitu seseorang itu menyerupai orang munafiq kerana berkelakuan seperti mereka. Ma'na 'sejati' atau 'tulen' pula ialah pada sifat-sifat tersebut, bukannya kemunafiqan sejati yang ada pada orang-orang kafir. 
(7)Kemunafiqannya hanya untuk orang yang bercakap dengannya, yang menyerahkan amanah kepadanya. serta yang menerima janjinya, bukannya kepada manusia secara umum. 
(8) Boleh jadi juga yang dimaksudkan dengannya ialah orang-orang munafiq pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. kerana para sahabatnya menjauhkan diri daripada mereka, seolah-olahnya pada zaman itu sifat-sifat tersebut hanya boleh didapati pada orang munafiq yang sejati sahaja.
Ta'wilan-ta'wilan seperti itu perlu dibuat kerana perbuatan-perbuatan yang tersebut di dalam hadits 47 di atas tidak lebih daripada merupakan dosa-dosa (ma'shiat-ma'shiat) semata-mata. Dan mengikut 'aqidah
Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah, seseorang tidak menjadi kafir dengan melakukan dosa atau ma'shiat, biar bagaimana besar sekalipun dosa atau ma'shiat yang dilakukannya.

²²⁶dan menyimpang daripada kebenaran. Dia sanggup mengarut, berdusta dan membuat helah demi mendapat kemenangan dalam da'waannya. Oleh kerana hadits ini tidak boleh dipakai dengan ma'nanya yang zahir mengikut aqidah Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah, ia dita'wilkan oleh para "ulama" dengan beberapa ta'wilan berikut: 
(1) Yang dimaksudkan dengan nifaq di sini ialah nifaq amali bukannya nifaq i'tiqadi. 
(2) Yang dimaksudkan sebagai orang munafiq di sini ialah orang yang menjadikan perbuatan-perbuatan yang disebutkan itu sebagai kebiasaannya dan menganggapnya sebagai perkara remeh-temeh. lni kerana orang yang sedemikian rupa biasanya bermasalah daripada segi 'aqidahnya, mungkin juga kerana dia memang orang munafiq yang sebenar. 
(3) Perkara-perkara yang disebutkan itu merupakan tanda-tanda orang munafiq di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sahabat-sahabat Baginda akan menjauhi orang-orang yang mempunyai sifat-sifat tersebut agar mereka tidak terpengaruh dengannya. Mereka pula kebanyakannya tidak mengetahui siapakah orang-orang munafiq di kalangan mereka. Inilah pendapat Ibnu 'Abbas dan Ibnu 'Umar. 

Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Orang Islam perlu berhati-hati dengan golongan munafiq atau talam dua muka.
(2) Orang-orang munafiq boleh merosakkan imej baik Islam. 
(3) Agama Islam menyeru penganutnya ke arah kebaikan, sekiranya terdapat sebarang unsur kejahatan pada mereka, ia bukanlah sesuatu yang dikehendaki oleh agama. 
(3) Orang munafiq itu bukan semuanya kafir. 
(4) Orang munafiq boleh dikenali melalui tanda-tanda yang ada pada mereka. 
(5) Orang-orang Islam tidak seharusnya bergaul dengan orang-orang munafiq atau membiarkan mereka bebas melakukan apa saja. 
(6) Sekiranya seseorang itu disyak munafiq, kata-katanya tidak boleh dipegang, janjinya tidak boleh dipercayai, dia tidak boleh diharapkan untuk memegang amanah, elakkan daripada berbahas dengannya, elakkan sebarang pertikaian yang mungkin timbul dengannya. Lebih tepat lagi, jauhkan diri daripadanya, paling tidak pun, berwaspadalah dengannya.

²²⁷ Bahagian terakhir di dalam hadits 48 yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ini di dalam hadits Abdullah bin 'Amar sebelum ini. Jika ditambah dengan yang disebutkan di dalam hadits sebelum ini, maka ada lima perkaralah semuanya. Menurut al-Qurthubi, terdapat percanggahan di antara hadits riwayat 'Abdullah bin 'Amar dan riwayat Abu Hurairah, di mana dalam riwayat sebelum ini disebutkan sebanyak empat perkara, manakala di dalam riwayat ini pula disebutkan tiga perkara sahaja. Sebenarnya kedua-dua riwayat tersebut boleh dikompromikan dengan mengatakan bahawa Nabi s.a.w. baru mendapat tahu tentang tanda lain yang tidak diketahuinya

-Jenis2 nifaq:ifaq iktiqadi
Nifaq amali.
- munafik tulen nisbah kepada orang yang berurusan dengannya.
-orang yang tidak menghiraukan kebenaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan