Rabu, November 25, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 33(079)

Sahih muslim kitab iman sesi 33(079)

dengan panggilan ''kafir" atau "musuh Allah", padahal orang yang dipanggilnya itumbukan demikian, maka ucapannya itu kembali kepada dirinya sendiri.²¹⁷

باب حكم إيمان من اتنسب لغير أبيه وهو وإيمان من ادعى لنفسه ماليس له

Bab Berkenaan Status Iman Orang Yang Menisbahkan Diri Kepada Bukan Bapanya Dalam  Keadaan Dia Mengetahui, Juga Iman Orang Yang Mendakwa Milifknya Apa Yang Bukan Miliknya.²³⁸


٥١- عَنْ  أَبِي هُرَيْرَةَ يَقُولُا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ أَبِيهِ فَهُوَ كُفْرٌ


51- Abu Hurairah meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu membenci bapamu. Sesiapa yang benci kepada bapanya,²³⁹ maka itu adalah
kekufuran.²⁴⁰


٥٢-عن سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ يَقُولُا سَمِعَ أُذُنَايَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ ادَّعَى أَبًا فِي الْإِسْلَامِ غَيْرَ أَبِيهِ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ وَأَنَا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

_____________________________________________________________________________________________________
²³⁷ Sekiranya dia menganggap perbuatan tersebut halal, maka betul-betul jadi kafirlah dia. Sekiranya tidak, maka ia adalah kufur ni'mat (ni'mat persaudaraan sesama Islam) dan dia berdosa kerananya. Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Kepentingan menjaga institusi kekeluargaan dalam Islam. 
(2) Islam hanya membenarkan seseorang itu dibinkan kepada bapanya yang sebenar. 
(3) Tidak boleh malu daripada mengucapkan yang benar. (4) Orang Islam perlu menjaga nama baiknya dan nama baik keluarganya. 
(5) Kesilapan tidak diambil kira dalam Islam. 
(6) Seorang Islam perlulah menghargai dan menghormati orang tuanya. 
(7) Tidak dibenarkan menda'wa memiliki sesuatu yang tidak dimiliki. 
(8) Seorang Islam perlu teliti dalam percakapannya. 
(9) Tidak dibenarkan membuat tuduhan sembarangan. 
(10) Lafaz kafir atau kufur yang disebutkan di dalam hadits tidak semestinya merujuk kepada kufur hakiki, begitu juga dengan rangkai kata 'bukan dari kalangan kita'.

²³⁸ Tajuk ini dibuat oleh al-ltsyubi. Qadhi 'Iyaadl-r, Imam Nawawi dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim masih meletak hadits ini di bawah bab sebelum ini. Al-Ubbi. as-Sanusi dan al-Qurthubi juga tidak membuat apa-apa tajuk di sini.

²³⁹ dengan cara tidak suka dikaitkan atau dibinkan kepada bapanya yang sebenar. 

²⁴⁰ Perkataan kekufuran yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di sini adalah kekufuran hakiki, sekiranya ia menganggap perbuatan itu halal. Atau kufur ni'mat (kufur majazi), sekiranya ia tidak menganggapnya halal. Bagaimanapun ia tetap berdosa kerananya. Perbuatan itu dikatakan 'kekufuran' kerana ia hanya layak dengan orang-orang kafir.

079

Tiada ulasan:

Catat Ulasan