Jumaat, November 06, 2020

Tafsir asas quran nota 10(152).

Tafsir asas quran nota 10(152).

(16) Mengetahui Sebab Turun Ayat Dan Apa-Apa Yang Bersesuaian Dengannya.
Maksud usul ini ialah pemahaman yang betul tentang sebab turun ayat. Perbincanganmyang menarik dan mendalam berhubung dengan persoalan ini telah dikemukakan oleh Syah Waliyyullah di dalam kitab Usul Tafsirnya, al-Fauzul Kabir. Hakikatnya al-qur,an
itu diturunkan sebagai panduan dan pedoman buat manusia hingga ke hari kiamat. Oleh itu, apabila anda membaca al-Qur'an, anda perlulah memahami beberapa perkara berikut;
(a) Pengajaran dan iktibar tidak hanya diperlukan oleh individu tertentu sahaja. Tidak juga ia khusus dan terikat dengan zaman dan masyarakat tertentu sahaja.
(b) Hakikat mengetahui sebab nuzul ialah mengetahui keadaan-keadaan yang bersesuaian dengannya. Ia boleh jadi berupa peristiwa yang berlaku di zaman Nabi s.a.w., sebelum Baginda, selepas Baginda, juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman moden ini dan seterusnya hingga ke hari kiamat. Mempelajari sebab nuzul bererti berusaha mengetahui apakah lagi perkara atau peristiwa yang boleh termasuk di bawahnya? Siapakah lagi orang  yang tepat dengannya dan apakah pula akibat dan hukumnya menurut al-qur'an?
(c) Pengetahuan tentang sebab turun sesuatu ayat adakalanya diperlukan untuk mengetahui apakah latar belakang yang menyebabkan ayat berkenaan diturunkan? Tanpa mengetahuinya tidak mungkin ayat itu dapat difahami dengan betul. Contohnya firman Allah:
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَاۚ
 di dalam ayat 158 Surah al-Baqarah"

Al-Baqarah 2:158
إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِۖ فَمَنْ حَجَّ ٱلْبَيْتَ أَوِ ٱعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَاۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ 
Sesungguhnya Safa dan Marwah merupakan sebagian syi‘ar (agama) Allah. Maka barangsiapa beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, tidak ada dosa baginya mengerjakan sa‘i antara keduanya. Dan barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui.



(d) Pada kebanyakan tempat, kisah-kisah lama yang merupakan sebab turun bagi ayat tidak disebutkan. Ia sengaja tidak disebut kerana sememangnya tidak diperlukan untuk mendapat pengajaran dan pedoman daripadanya"

(e) Bukanlah yang dimaksudkan dengan نزلت في كذا (ayat ini telah turun berkenaan dengan sekian-sekian) itu orang tertentu atau peristiwa tertentu semata-mata. Malah umum lafaznya yang diambil kira.6

(f) Pujian dan celaan yang terletak di celah-celah cerita dan kisah tentang seseorang atau sesuatu golongan manusia tidak seharusnya difahami khusus dengan mereka semata-
mata. Ia juga merangkumi semua orang yang mempunyai sifat-sifat yang sama dengan orang-orang yang dipuji atau dikeji Allah di dalam firmanNya yang diturunkan.

152

Tiada ulasan:

Catat Ulasan