Tafsir asas quran nota 8(126)
(2) Sesuatu perkataan yang mempunyai (berkongsi) dua ma'na, seperti لَمَسْتُمْ, Ia boleh bererti bersetubuh dan boleh juga bererti menyentuh dengan tangan.
(3) Disebabkan ada kemungkinan "athaf kepada satu perkataan yang dekat dan yang jauh.
Contohnya ialah: وامسحوا برؤوسكم وأرجلكم dengan mengambil kira qira'at yang membaca dengan kasrah أرجل
(4) Disebabkan ada kemungkinan sesuatu haraf dipakai sebagai haraf 'athaf dan haraf isti'naaf, seperti dalam firman Allah:وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّا ٱللَّهُۗ وَٱلرَّٰسِخُونَ فِى ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ
Aal-e-Imran 3:7
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ مِنْهُ ءَايَٰتٌ مُّحْكَمَٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَٰبِهَٰتٌۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَٰبَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَآءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِۦۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّا ٱللَّهُۗ وَٱلرَّٰسِخُونَ فِى ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ
Dialah yang menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad). Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok Kitab (Al-Qur'an) dan yang lain mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan, mereka mengikuti yang mutasyabihat untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata, “Kami beriman kepadanya (Al-Qur'an), semuanya dari sisi Tuhan kami.” Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal.
Menurut Raghib al-tsfahani (Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad m.502H) di dalam al-Mufradaat Fi Gharib al-Qur'an, ayat-ayat mutasyabihaat (yang tidak terang dan tidak jelas ma'nanya) terbahagi kepada tiga bahagian.
(1) Mutasyabih dengan sebab lafaznya.
(2) Mutasyabih dengan sebab ma'nanya.
(3) Mutasyabih dengan sebab lafaz dan ma'na, kedua- duanya sekali.
Mutasyabih dengan sebab lafaz terbahagi pula kepada dua bahagian.
(1) Mufrad.
(2)Murakkab.
Mutasyabih (dengan sebab lafaz) Mufrad terbahagi pula kepada dua:
(a) Mutasyabih kerana keganjilannya (متشابه من جهة الغرابة), seperti perkataan أبٍ, هَلُوْعًا dan يَزِفُوْنَ. Perkataan أبٍ tidak jelas ma'nanya. Kerana boleh jadi ia dipakai dengan ma'na
rumput, padang rumput atau dengan ma'na-ma'na yang lain lagi. Sesetengah 'ulama' berpendapat, أبٍ kepada binatang sama seperti buah-buahan kepada manusia. Perkataanهَلُوْعًا jarang diguna oleh orang-orang biasa. Ia adalah bahasa sastera yang tidak diketahui semua orang ma'nanya. Ma'na juga ada beberapa. Antaranya ialah terlalu takut dan tidak
sabar, kedekut, lapar dan lain-lain. Demikian juga perkataan يَزِفُوْنَ maknanya tidak dikutahui semua orang selain tidak jelas dan tidak dapat dipastikan maknanya dengan
tepat. Kerana ia boleh jadi bererti bergegas datang, bergegas pergi, berlari dan lain-lain.
(b) Mutasyabih kerana lafaznya dikongsi ( متشابه من المشاركة في اللفظ) seperti perkataan Yad dan 'Ain. Yad dan 'Ain mempunyai beberapa ma'na. Ma'na-ma'na itu berkongsi
lafaz yang sama. Walaupun pada asalnya ia berma'na tangan. tetapi sering juga ia dipakai
126
Tiada ulasan:
Catat Ulasan