Halaman

Isnin, November 02, 2020

Tafsir asas quran nota 8(130).

Tafsir asas quran nota 8(130).

Orang-orang musyrik yang diperintah Allah supaya dibunuh dan lain-lain di dalam ayat di atas masih tidak jelas, apakah semua mereka atau sebahagian saja?

(b) Kerana keadaan dan kaifiat yang tidak jelas( متشابه من جهة الكيفية). Sama ada ia wajib, sunat dan sebagainya. Antara contohnya ialah firman Allah ini:

An-Nisa' 4:3
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا۟ فِى ٱلْيَتَٰمَىٰ فَٱنكِحُوا۟ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثْنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ فَوَٰحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُوا۟ 

Bermaksud: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman" An-Nisaa' :3).

Perintah Allah supaya berkahwin dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain); sampai dua, tiga atau empat itu masih tidak jelas hukumnya, sama ada ia wajib, sunat atau harus saja. Untuk mempastikannya anda perlu meruju' kepada dalil yang lain pula.

(c) Kerana tempat dan sebab turunnya tidak jelas (متشابه من جهة الكان والأمور التي نزلت فيها)
Antara contohnya dari al-Qur'an ialah:

Al-Baqarah 2:189
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْأَهِلَّةِۖ قُلْ هِىَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلْحَجِّۗ [وَلَيْسَ ٱلْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا] وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَٰبِهَاۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sahit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji; [Dan bukanlah kebajikan itu memasuki rumah-rumah dari belakangnya], akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertaqwa. Dan masuklah ke rumah-runrair itu dari pintu-pintunya dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung (al-Baqarah: 189).

130

Tiada ulasan:

Catat Ulasan