Tafsir asas quran nota 8(133).
Perkara-Perkara Yang Termasuk Di bawah Ta'nif (Definisi) Mutasyabihaat menurut Shah Waliyyullah.
Daripada tulisan-tulisan Shah Waliyyullah dapat disimpulkan bahawa pada pandangan beliau perkara-perkara yang termasuk dalam mutasyabihaat ialah:
(i) Yad (tangan). (ii) Rijl (kaki). (iii) Dhahik (ketawa). (iv) Sifat 'Uluw (tinggi). (v) Sifatnbesar atau agung. (vi) Sifat Rahmat. (vii) Sifat Marah atau Murka. (viii) Sifat Murah" (ix)
Istiwa'. (x) Zat. (xi) Sama'. (xii) Bashar. (xiii) Kalam. (xiv) Qudrat.
Daripada nombor (i)hingga nombor (xiv) ini, semuanya dikira mutasyabihaat apabila dikaitkan dengan Allah swt. (xv) Timbangan amalan. (xvi) melintasi Shirat. (xvii) Duduknya mayat di dalam kubur. (xviii) Soalan malaikat dalam kubur. (xix) Kubur menjadi luas atau sempit. (xx)
Mayat bertempik" (xxi) Mahsyar. (xxii) Riwayat-riwayat yang berbeza-beza tentang keadaan kebangkitan sesudah mati. (xxiii) Segala perbandingan dan perumpamaan
(khususnya yang berkaitan dengan Allah dan perkara-perkara ghaib)" (xxiv) Semua sifat Allah selain yang tersebut sebelum ini. (xxv) Semua perkara yang berkaitan dengan hari kemudian selain yang tersebut tadi.
Apa yang disebutkan oleh Shah Waliyyullah itu boleh diserapkan ke dalam dua perkara utama sahaja sebenarnya, iaitu:
(i) Sifat-sifat Allah yang boleh mengelirukan keserupaanNya dengan makhlukNya.
(ii) Perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan sesudah mati.
Secara kasarnya bolehlah dikatakan dua perkara itu sahajalah yang termasuk dalam mutasyabihaat sebenar-benarnya menurut pandangan Shah Waliyyullah. Adapun selain itu, maka semuanya masih termasuk dalam perkara-perkara yang diperselisihkan, sama ada ia termasuk dalam mutasyabihaat atau tidak.
Melihat kepada kepelbagaian ta'rif yang dikemukakan sebelum ini, masih banyak lagi perkara yang boleh termasuk dalam mutasyabihaat.
Daripada perbincangan Shah Waliyyullah disimpulkan bahawa perkara-perkara yang termasuk dalam senarai mutasyabihaat itu adalah sebagai berikut:
133
Tiada ulasan:
Catat Ulasan