Halaman

Rabu, November 04, 2020

Tafsir asas quran nota 8(134).

Tafsir asas quran nota 8(134).

(a) Sifat-sifat Allah yang boleh mengelirukan keserupaanNya dengan makhlukNya" 
(b)Perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan sesudah mati. 
(e) Lafaz Musytarak. 
(d)Aam. 
(e) Majaaz. 
(f) Kinayah" 
(g) Ta"ridh. 
(h) Tempat di mana dhamir (kata ganti nama)
berkemungkinan kembali kepada dua marji' (tempat kembati) yang berbeza. 
(i) Tempat di mana ada kemungkinan sesuatu lafaz di'athafkan kepada sesuatu yang dekat dan yang jauh daripadanya, kedua-dua sekali. 
(j) Tempat di mana ada kemungkinan sesuatu lafaz
dipakai sebagai 'athaf dan juga sebagai isti'naaf. 
(k) Semua perkara yang dikenali dalam istilah 'ulama'-'ulama' Hanafi sebagai 
(i) Khafi. (ii) Musykil dan (iii) Mujmal.

Perlu sekali diingat bahawa ta'wilan-ta'wilan tentang sifat-sifat Allah yang dibuat oleh kebanyakan golongan Khalaf itu bukan kerana mereka tidak menganggapnya sebagai perkara-perkara yang termasuk dalam mutasyabihaat, tetapi kerana mereka menganggap
masih ada ruang keharusan membincangkan tentangnya. Sama ada Salaf atau Khalaf semuanya menerima bahawa ayat-ayat sifat itu memang merupakan ayat-ayat
mutasyabihaat, yang berbeza cuma Salaf langsung tidak menta'wilkannya. Sementara Khalaf pula menta'wilkannya secara dzanni (على سبيل الاحتمال), bukan secara pasti dan
qath'i (لا على سبيل العلم والجزم واليقين) .

Alasan Dan Punca Orang-Orang Yang Melarang Dan Membenarkan Perbincangan Tentang Ayat-Ayat Mutasyabihaat.
Alasan dan punca perbedaan pendapat 'ulama' berhubung dengan boleh atau tidak bolehnya berbincang tentang ayat-ayat mutasyabihaat dan adakah manusia tertentu dapat mengetahuinya selain Allah ialah firman Allah s.w.t. juga. Ia terdapat di dalam Surah Aali 'imraan ayat 7. Di bawah ini dikemukakan ayat berkenaan:

Aal-e-Imran 3:7
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ مِنْهُ ءَايَٰتٌ مُّحْكَمَٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَٰبِهَٰتٌۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَٰبَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَآءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِۦۗ [وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّا ٱللَّهُۗ وَٱلرَّٰسِخُونَ فِى ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَاۗ] وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ 
Bermaksud: Dialah yang rnenurunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Kitab (al-Quran)kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi al-Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam

134

Tiada ulasan:

Catat Ulasan