Rabu, November 04, 2020

Tafsir asas quran nota 8(137).

Tafsir asas quran nota 8(137).

berpendapat demikian. Golongan Mutakallimin khususnya dari kalangan Khalaf dan majoriti Muktazilah juga termasuk dalam kumpulan ini.
Antara alasan kumpulan kedua lagi ialah:
(a) Ahli-ahli Tafsir di sepanjang zaman menta'wil dan mentafsirkan semua ayat-ayat al-Qur'an. Tidak pernah pula ada antara mereka tidak mahu mentafsirkan mana-mana ayat al-Qur'an atas alasan ia adalah ayat mutasyabihaat yang hanya diketahui Allah ma'na dan ta'wilannya. Dengan sebab itu tiada siapa pun boleh membincangkannya. Ibnu 'Abbaas malah dinukilkan berkata:
الراسخون في العلم يعلمون تاويل المتشابه وأنا ممت يعلم تاويله 
Bermaksud:
"Orang-orang yang mendalam ilmu mengetahui ta'wilan mutasyabih. Aku adalah antara orang yang mengetahui ta'wilannya."

 Selain itu perbincangan dan tafsiran tentang huruf
muqattha"at adalah suatu yang masyhur di kalangan ahli Tafsir dan ia dinukilkan juga daripada beberapa orang sahabat.

(b) Mujahid dan lbnu Juraij dinukilkan berkata: 
الراسخون في العلم يعلمون تاويله ويقولون أمنابه

Berrnaksud: "Orang-orang yang mendalam ilmunya mengetahui ta'wilannya dan mereka berkata, kami beriman dengannya."

(c) Kalau tidak ada siapa pun mengetahui ta'wilan dan ma'na ayat-ayat yang dikatakan mutasyabihaat itu, maka apa gunanya Allah memasukkannya ke dalam al-Qur'an?
Bukankah itu bererti Allah berbicara kepada manusia dengan sesuatu yang langsung tidak dimengertinya??

(d) Kalau tidak ada siapa pun mengetahui ta'wilan dan ma'na ayat-ayat mutasyabihaat,maka tidak ada beza lagi antara orang alim dan orang jahil dan tidak ada lagi tingkatan-tingkatan ilmu yang membezakan seeorang alim daripada sesaorang alim yang lain? Dan ini adalah suatu yang bercanggah dengan kenyataan.
Inilah sebenamya asas bagi perbedaan pendapat dua kumpulan 'ulama' di atas.

137

Tiada ulasan:

Catat Ulasan