Halaman

Rabu, November 04, 2020

Tafsir asas quran nota 9(138).

Tafsir asas quran nota 9(138).

Huruf-Huruf Muqattha"ah Di Dalam Al-Qur,an
Terdapat 29 surah semuanya di dalam al-Qur'an yang dimulakan dengan Huruf Muqattha'ah. Ia dipanggil Huruf Muqattha'ah kerana setiap hurufnya dibaca secara
terpisah dan berasingan daripada huruf-huruf yang lain. Ia tidak merupakan huruf yang membentuk suatu perkataan yang mengandungi ma'na tertentu. Walaupun pada zahirnya Huruf Muqatthaah itu berbentuk satu perkataan, namun ia dibaca secara terpisah dengan nama-nama asalnya. Contohnya الم , akan dibaca secara terpisah, Alif, Laam, Miim.   كهيعص  akan dibaca secara terpisah, Kaaf, Ha, Ya, 'Ain, Shaad. Dan begitulah seterusnya dengan lain-lain lagi.

Pada asalnya apa yang disebut itu adalah nama-nama huruf berkenaan. Tetapi tentulah disebaliknya ada maksud-maksud tersirat yang dikehendaki Allah s.w.t. Bilangan Huruf Muqattha'ah itu ada 14 semuanya. Jumlah itu merupakan separuh daripada keseluruhan huruf ejaan bahasa "Arab. 14 huruf berkenaan adalah seperti berikut:
 ا ل م ص رك ه ي ع ط س ح ق ن

Untuk mudah mengingatkannya sesetengah 'ulama' menghimpunkan huruf-huruf itu dalam satu ibarat yang berbunyi: i'^J &t- E d5
 نَصُّ حَكِيْمِ قَاطِعٌ لَهُ سِرٌّ

(Keterangan orang yang bijaksana putus, ada rahsianya)"
Di bawah ini dikemukakan carta perincian 29 surah yang dimulakan dengan huruf-huruf muqattha'at tersebut tadi:

Nombor
Bilangan

Nama Surah
Makkiyyah
Atau
Madaniyyah

Huruf-
Hurufnya

Bilangan
Huruf

1 Al-Baqarah Madaniyyah الم Tiga huruf
2 Aali 'Imraan Madaniyyah الم Tiga huruf
3 Al-A'raaf Makkiyyah المص Empat huruf
4 Yunus Makkiyyah الر Tiga huruf
5 Huud Makkiyyah الر Tiga huruf
6 Yusuf Madaniyyah الر Tiga huruf

138

Tiada ulasan:

Catat Ulasan