Tafsir asas quran nota 9(148).
الحمد الله وبراءة الله ورسوله
(Saya telah membaca الحمد الله dan وبراءة من الله ورسوله) Maksud anda berkata begitu ialah untuk menyatakan anda telah membaca surah-surah yang dimulakan dengan perkataan-perkataan tersebut. Jawapan seperti itu tidak salah.
Sibawaih berpendapat sebagaimana harus sesuatu syair atau sesuatu rangkap syair digunakan sebagai nama bagi sesuatu qasidah atau nazam, maka begitulah juga harus
digunakan nama-nama huruf ejaan bahasa 'Arab
yang tertentu sebagai nama-nama surah.
Siapa Ar-Rasikhun Fil "Ilmi?
At-Thabaraani dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu ad-Dardaa', Abu Umaamah,Waatsilah bin al-Asqa' dan Anas bin Malik bahawa mereka berkata, Pernah Rasulullah
s.a"w" ditanya, "Siapakah orang-orang yang mantap ilmu agamanya?" Jawab Baginda sa.w.: "la adalah orang yang sumpahnya diterima Allah dan benar lidahnya" .Di samping
itu ia memelihara perut dan farajnya daripada yang tidak halal dan tidak baik. Itulah orang yang mantap."
Naafi' bin Yazid berkata, "Orang yang mantap ilmunya ialah orang yang merendah diri kepada Allah dan tawadhu' dalam mencari keredhaan Allah. Dia tidak menyombong
terhadap orang-orang yang lebih daripadanya dan tidak juga menghina orang-orang yang kurang daripadanya.
Pengarang Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi telah menukilkan tiga pendapat berhubung dengan siapakah orang mantap ilmu agamanya.
(i) Orang yang tetap dan istiqamah di atas ilmunya sehingga tidak mungkin (pada 'adat)
ia tergelincir dan ragu terhadap ilmunya.
(i) Orang yang memperluaskan furu' menerusi ijtihad yang dilakukan sehingga ilmunya melekat di dalam hatinva.
(iii) Orang yang sampai kepada hakikat sesuatu ilmu melalui ketiga-tiga salurannya, iaitu ma'rifat, ucapan dan amalan.
Kata al-Fakhru ar-Raazi, "Ketahuilah, orang yang mantap ilmunya ialah orang mengenali Zat Allah dan sifat-sifatNya melalui dalil-dalil yang meyakinkan dan Qath'i. Dia juga
148
Tiada ulasan:
Catat Ulasan