Halaman

Sabtu, November 07, 2020

Tafsir asas quran nota 9(153)10

Tafsir asas quran nota 9(153)10

(g) Apabila sesuatu ayat atau sesuatu surah dikatakan turun dua kali atau beberapa kali. Maka ia bererti ayat atau surah itu sesuai diterapkan pada beberapa peristiwa yang
berbeda dan ada kaitan dengan kesemuanya.

Makna Sebab Nuzul (Turun) Ayat.
Sebab nuzul (turun ayat) ialah sesuatu peristiwa yang berlaku di zaman Nabi saw atau sesuatu soalan yang dikemukakan kepada beliau, lalu turun satu ayat atau beberapa ayat tertentu yang berbicara tentang kedudukan peristiwa berkenaan atau ia menjawab soalan yang dikemukakan. Peristiwa atau soalan yang membuatkan ayat -ayat tertentu diturunkan itulah yang dikatakan sebab nuzulnya. Ia secara kasar dapat dibahagikan kepada dua
bahagian besar seperti berikut:

Sebab Turun AI-Qur'an Secara Keseluruhannya.
Kegelapan kekufuran, kesyirikan, kejahilan dan kesesatan yang mengelubungi bumi sebelum kedatangan Rasulullah sa.w. itulah sebenarnya sebab bagi penurunan al-qur,an
secara keseluruhannya. Untuk menghilangkan kegelapan kekufuran dan kesyirikan , Allah menurunkan cahaya yang terang-benderang berupa al-Qur'an yang mulia.  Allah berfirman:

An-Nisa' 4:174
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَكُم بُرْهَٰنٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا 
Bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Muhamad dengan mu'jizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahayamyang terang-benderang (al-Quran)" (an-Nisaa:174) 

Kewujudan syirik di muka bumi merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat Tauhid.
Adanya kezaliman merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat tentang keadilan dan kesaksamaan. 
Adanya sifat nifaq pada manusia merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat yang mencela sifat itu dan ayat-ayat lain sebagai ubatnya. 
Terdapatnya kezaliman,kekejaman dan kerosakan yang berleluasa di bumi merupakan sebab bagi penurunan
ayat-ayat yang menuntut umat Islam berperang dan berjihad di jalan Allah.  Ayat-ayat jihad dan perang tidak akan diturunkan sekiranya tidak ada kezaliman dan
kekejaman di dunia ini. Jihad dan perang menurut Islam bukan dilancarkan untuk menumpah darah dan menjajah, malah maksud sebenarnya ialah untuk membebaskan

153

Tiada ulasan:

Catat Ulasan