Selasa, November 24, 2020

Tafsir asas quran nota 9(171)11

Tafsir asas quran nota 9(171)11

Bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit(al-Israa':85). (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad).

Di sana terdapat satu lagi riwayat berhubung dengan ayat yang sama. Ia dinukilkan daripada Ibnu "Abbaas, kata beliau: "Orang-orang Quraisy berkata kepada orang-orang
Yahudi, "Berilah kepada kami sesuatu yang dapat kami tanya orang ini (Nabi kluhammad s.a.w.)." Kata orang-orang Yahudi, "Tanyalah dia tentang roh." Orang-orang Quraisy pun bertanyalah Nabi s.a.w. tentangnya. Lalu Allah menumnkan firmanNya:

Al-Isra' 17:85
وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا 
Bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."
(al-Israa':85). (Hadits riwayat Tirmidzi dan Ahmad).

Haditts Ibnu "Abbaas ini berbeza daripada hadits Ibnu Mas"ud tadi. Riwayat Ibnu Mas"ud dianggap lebih rajih (kuat) kerana dua alasan. 
(i) Ia lebih sahih daripada riwayat Ibnu "Abbaas, kerana ia terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim. 
(ii) Ibnu Mas'ud yang meriwayatkan hadits itu terlibat secara langsung dalam peristiwa yang diriwayatkannya.

Bentuk Kelima: Bentuk kelima ialah kedua-dua hadits sama daripada segi kesahihan, dan tiada pula apa-apa sebab yang mentarjihkan salah satu daripadanya. Tetapi kedua-
duanya boleh dijama' dengan dikatakan tiap-tiap satu riwayat merupakan sebab bagi turunnya ayat tertentu secara berasingan. Ini kerana sebab bagi turunnya ayat boleh jadi berbilang (tidak satu saja). Kata Imam Ibnu Taimiyyah, "Apabila seseorang daripada mereka (sahabat atau Tabi'in) menyebutkan sesuatu perkara sebagai sebab turun ayat dan orang lain pula menyebutkan sebab yang lain bagi ayat yang sama, maka kedua-duanya boleh jadi benar sebagai sebab turunnya, mengambil kira ayat berkenaan turun selepas berlakunya beberapa sebab yang disebutkan (di dalam riwayat-riwayat yang berbeza-beza
itu). (Lihat Ibnu Taimiyyah - al-Fatawa al-Kubra j. t 3 m/s 340).

Antara contoh yang dapat dikemukakan untuk bentuk kelima ini ialah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah dan lain-lain daripada Ibnu 'Abbaas bahawa Hilal
bin Umaiyyah telah menuduh isterinya bermukah (berzina) dengan Syarik bin Sahmaa' di

171

Tiada ulasan:

Catat Ulasan