Rabu, November 25, 2020

Tafsir asas quran nota 9(172)11

Tafsir asas quran nota 9(172)11

hadapan Nabi s.a.w. Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Sama ada engkau kemukakan bukti atau belakangmu dipukul kerana menjalani hukuman had". Kata Hilal, "Wahai Rasulallah! Apabila seseorang daripada kami melihat seorang lelaki bersama isterinya, apakah dia harus pergi mencari bukti?" Maka Allah s.w.t. menurunkan firmannya kepada
Nabi s.a.w
وَٱلَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَٰجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمْ فَشَهَٰدَةُ أَحَدِهِمْ
Hingga kepada firmanNya: 
وَٱلْخَٰمِسَةَ أَنَّ غَضَبَ ٱللَّهِ عَلَيْهَآ إِن كَانَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ 
(an-Nur:6-9). (Hadits riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, ad-Daaraquthni, al-Haakim dan lain-
iain).

An-Nur 24:6
وَٱلَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَٰجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمْ فَشَهَٰدَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَٰدَٰتٍۭ بِٱللَّهِۙ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ 
Dan orang-orang yang menuduh istrinya (berzina), padahal mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian masing-masing orang itu ialah empat kali bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa sesungguhnya dia termasuk orang yang berkata benar.
An-Nur 24:7
وَٱلْخَٰمِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ ٱللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ ٱلْكَٰذِبِينَ 
Dan (sumpah) yang kelima bahwa laknat Allah akan menimpanya, jika dia termasuk orang yang berdusta.
An-Nur 24:8
وَيَدْرَؤُا۟ عَنْهَا ٱلْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَٰدَٰتٍۭ بِٱللَّهِۙ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلْكَٰذِبِينَ 
Dan istri itu terhindar dari hukuman apabila dia bersumpah empat kali atas (nama) Allah bahwa dia (suaminya) benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta,
An-Nur 24:9
وَٱلْخَٰمِسَةَ أَنَّ غَضَبَ ٱللَّهِ عَلَيْهَآ إِن كَانَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ 
dan (sumpah) yang kelima bahwa kemurkaan Allah akan menimpanya (istri), jika dia (suaminya) itu termasuk orang yang berkata benar.



Di dalam riwayat Sahl bin Sa'ad terdapat satu riwayat lain tentang sebab turun ayat 6-9 Surah an-Nur itu" Katanya, Uwaimir datang kepada 'Aashim bin 'Adi, katanya, tolong
tanya Rasulullah s.a.w., "Apa katamu tentang seorang laki-laki yang mendapati bersama isterinya ada laki-laki lain, apakah patut ia membunuhnya, nanti kamu membunuhnya
pula, atau apa harus dia lakukan?" Maka "Aashim bertanya Rasulullah s.a.w" Rasulullah s.a.w. pula mencelanya yang bertanya. 'Aashim memberitahu 'Uwaimir tentang apa yang
berlaku. Lantas 'Uwaimir berkata "Aku akan terus bertanya Rasulullah s.a.w." Lalu dia pergi rnenemui Baginda dan bertanya lagi. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w" bersabda, 
"Sesungguhnya al-Qur'an telah diturunkan tentangmu dan tentang isterimu." Bacalah hadits seterusnya. (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmidzi, Ibnu
Majah, Daarimi dan Malik).
Kedua-dua hadits yang dikemukakan tadi sama taraf kesahihannya dan tidak ada apa-apa yang mentarjihkan (melebihkan) satu daripada yang lain. Kerananya kedua-dua hadits itu harus dipakai sebagai sebab-sebab bagi turunnya ayat 6-9 daripada Surah an-Nur. Demikianlah kata an-Nawawi, Khatib al-Baghdadi, Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaani dan lain-lain'ulama'. Di dalam Syarah Sahih Muslim an-Nawawi berkata, "Boleh jadi ayat-ayat berkenaan turun tentang kedua-dua mereka. Boleh jadi juga mereka berdua bertanya Nabi dalam masa yang hampir, lalu ayat-ayat berkenaan turun berhubung dengan mereka kedua-dua sekali. (Lihat Syarah Muslim j.1 m/s 488).
Hafiz Ibnu Hajar berkata "Para imam berbeda pendapat tentang perkara ini. Ada yang mentarjihkan ayat-ayat tersebut turun berkenaan dengan 'Uwaimir. Ada yang
mentarjihkan ia turun berkenaan dengan Hilal. Dan ada pula yang menjama'kan peristiwa


172

Tiada ulasan:

Catat Ulasan