Halaman

Jumaat, November 27, 2020

Tafsir asas quran nota 9(174)11

Tafsir asas quran nota 9(174)11

bapamu yang musyrik?" Orang itu berkata, "Ibrahim juga telah beristighfar untuk bapanya yang musyrik." Maka aku sebutkan hal itu kepada Rasulullatr s.a.w. Lalu turunlah ayat itu (ayat 113 Surah at-Taubah). 
(Hadits riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaa'i,Ahmad, Haakim dan lain-lain).

(ii) Hadits yang dikemukakan oleh Haakim dan lain-lain daripada Ibnu Mas'ud. Kata beliau, "Pernah pada suatu hari Nabi s.a.w. pergi ke perkuburan. Lalu Baginda duduk
dekat salah satu kubur di perkuburan itu. Lamalah Baginda mengadu hal kepadaNya, kemudian menangis. Selepas itu Rasulullah s.a.w. bercerita, "Sesungguhnya kubur yang
aku duduk dekat dengannya tadi adalah kubur ibuku. Sesungguhnya aku meminta izin kepada Tuhanku untuk mendoakannya, tetapi Tuhan tidak mengizinkan daku. Lalu Allah menurunkan kepadaku:

At-Taubah 9:113
مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن يَسْتَغْفِرُوا۟ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوٓا۟ أُو۟لِى قُرْبَىٰ مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْجَحِيمِ 
Bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. (at-Taubah:113).
(Hadits riwayat al-Haakim dan 'Abdur Razzaaqdi dalam Mushannafnya).

Berhubung dengan ayat 113 Surah at-taubah ini, mungkin ia diturunkan beberapa kali berikutan berlakunya beberapa peristiwa yang disebutkan tadi. Mungkin juga ayat
berkenaan turun lama selepas berlaku sebab-sebabnya yang berlainan itu. Kemungkinan pertama dipegang oleh as-Suyuthi, sementara kemungkinan kedua pula dipegang oleh Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari. Hafiz berkata, "Menurut qaedah asalnya ialah sesuatu ayat itu tidak turun beberapa kali."

Sebab Turun Ayat Hanya Satu, Tetapi Ayat Yang Turun Kerananya PuIa Ada Beberapa.
Sebab turun ayat kadang-kadang ada satu sahaja, sedangkan ayat-ayat yang turun kerananya pula ada beberapa. Keadaan seperti ini juga ada berlaku. Ia merupakan kebalikan bab sebelum ini" Tujuannya boleh jadi untuk memuaskan hati manusia" boleh jadi juga kerana diperlukan untuk tujuan membimbing mereka, dan boleh jadi juga untuk menyatakan kebenaran dengan lebih jelas lagi pada ketika-ketika diperlukan.

174

Tiada ulasan:

Catat Ulasan