Daurah tafsir 2019 sesi 15(38)nota 12(261-264)s
Surah As sad
Tertib surah 38
Bilangan ayatnya 88
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 37
Bilangan paragrafnya ada 8
Paragraf 1 ayat 1-16 Pendahuluan
Paragraf 2 ayat 17-29 Kisah Daud
Paragraf 3 ayat 30-40 Kisah Sulaiman
Paragraf 4 ayat 41-44 Kisah Ayub
Paragraf 5 ayat 45-48 Kisah lain2 nabi
Paragraf 6 ayat 49-64 Balasan yg berbeza kepada orang2 yg bertaqwa dan orang2 yg derhaka
Paragraf 7 ayat 65-85 Rasullah( مُنْذِرْ)mahu menyelamatkan manusia daripada kezaliman Iblis .
Paragraf 8 ayat 86-88 Penutup
Mesej utama
1. Seruan supaya beriman kepada Rasul terakhir (منذر)setelah menerima seruan tauhid dan percaya kepada hari kemudian yg dikemukakan dalam alquran.
2.Ancaman kebinasaan dan teguran yg amat keras terhadap kedegilan dan kesombongan orang2 kafir.
Zaman Diturunkan
Ia diturunkan sekitar tahun ke-10 Kenabian, ketika itu Abu Thalib sedang sakit yang membawa beliau meninggal dunia, Rasulullah s.a.w. pula dituduh sebagai tukang sihir dan pendusta. Orang-orang musyrikin Mekah begitu sombong dan degil, mereka mendustakan seruan al-Qur'an.
Perkaitan Surah Shad Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah as-Shaffat telahpun diberi gambaran tentang khidmat Nabi Nuh, Ibrahim, Musa,Harun, Ilyas, Luth dan Yunus dalam menyebarkan ajaran tauhid, peribadi mulia mereka juga ditonjolkan. Dalam Surah Shad ini pula ditonjolkan sifat أوّابيّة(suka merujuk dan kembali kepada Allah serta memohon keampunan kepadaNya) Nabi Daud, Sulaiman dan Ayyub dalam segala perkara yang dihadapi. Sumbangan para nabi yang lain dan keperibadian semua mereka yang mulia juga ditonjolkan.
2. Di dalam Surah az-Zumar nanti, setelah dinyatakan di dalamnya tentang aqidah tauhid yang murni,manusia diseru supaya memilihnya dan menerimanya.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah Shad terdapat pengenalan tentang al-Qur'an.
Seruan supaya merenungi al-Qur'an, menerimanya sebagai panduan hidup pula mendatangkan pahala yang besar.
(a) Al-Qur'an adalah sebuah kitab nasihat, al-Qur'an sendiri telah dikemukakan sebagai dalilnya. (Ayat:1).
Sad 38:1
صٓۚ وَٱلْقُرْءَانِ ذِى ٱلذِّكْرِ
Sad, demi Al-Qur'an yang mengandung peringatan.
(b) Al-Qur'an adalah sebuah kitab nasihat dan ia merupakan hujjah daripada Allah untuk sekalian penduduk alam
(Ayat: 87).
Sad 38:87
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَٰلَمِينَ
(Al-Qur'an) ini tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh alam.
(c) Al-Qur'an adalah sebuah kitab nasihat yang menjamin kesudahan yang baik untuk orang-orang yang
mempercayainya dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya (Ayat: 49).
Sad 38:49
هَٰذَا ذِكْرٌۚ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَـَٔابٍ
Ini adalah pringatan (bagi mereka). Dan sungguh, bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) tempat kembali yang terbaik,
(d) Al-Qur'an adalah sebuah kitab yang penuh berkat dan sangat bermanfa'at. Setiap manusia yang beraqal seharusnya mengambil pengajaran daripadanya dengan merenungi dan mengkajinya (Ayat:29).
Sad 38:29
كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ مُبَٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ
Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pelajaran.
2. Di dalam surah ini juga digambarkan sikap orang-orang musyrikin Mekah.
(a) Orang-orang musyrikin Mekah menyatakan kehairanannya dengan berkata: "Adakah Muhammad
menjadikan tuhan-tuhan yang banyak itu sebagai satu tuhan saja?" (Ayat: 5).
Sad 38:5
أَجَعَلَ ٱلْءَالِهَةَ إِلَٰهًا وَٰحِدًاۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَىْءٌ عُجَابٌ
Apakah dia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan yang satu saja? Sungguh, ini benar-benar sesuatu yang sangat mengherankan.
(b) Orang-orang musyrikin Mekah juga menyatakan kehairanannya dengan berkata: "Kenapa al-Qur'an
itu diturunkan hanya kepada Muhammad" dan mereka terus meraguinya (Ayat: 8).
Sad 38:8
أَءُنزِلَ عَلَيْهِ ٱلذِّكْرُ مِنۢ بَيْنِنَاۚ بَلْ هُمْ فِى شَكٍّ مِّن ذِكْرِىۖ بَل لَّمَّا يَذُوقُوا۟ عَذَابِ
mengapa Al-Qur'an itu diturunkan kepada dia di antara kita?” Sebenarnya mereka ragu-ragu terhadap Al-Qur'an-Ku, tetapi mereka belum merasakan azab(-Ku).
(c) Pemimpin-pemimpin musyrikin Mekah, kerana kedegilan dan keras kepala mereka berazam untuk
terus memuja tuhan-tuhan mereka (Ayat: 6).أَنِ ٱمْشُوا۟ وَٱصْبِرُوا۟ عَلَىٰٓ ءَالِهَتِكُمْۖ
Sad 38:6
وَٱنطَلَقَ ٱلْمَلَأُ مِنْهُمْ أَنِ ٱمْشُوا۟ وَٱصْبِرُوا۟ عَلَىٰٓ ءَالِهَتِكُمْۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَىْءٌ يُرَادُ
Lalu pergilah pemimpin-pemimpin mereka (seraya berkata), “Pergilah kamu dan tetaplah (menyembah) tuhan-tuhanmu, sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang dikehendaki.
(d) Kepada orang-orang musyrikin dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. hanya seorang pengancam dan
pemberi amaran dan beliau hanya mengajarkan bahawa tiada tuhan yang lain selain Allah (Ayat: 65).
Sad 38:65
قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ مُنذِرٌۖ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا ٱللَّهُ ٱلْوَٰحِدُ ٱلْقَهَّارُ
Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan, tidak ada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, Mahaperkasa,
(e) Rasulullah s.a.w. sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul, tidak mengetahui tentang alam yang lain.
Tetapi setelah diberi wahyu barulah Baginda mengetahui tentangnya lalu Baginda diutuskan sebagai نذير
(pemberi ancaman) kepada manusia (Ayat: 70).
Sad 38:70
إِن يُوحَىٰٓ إِلَىَّ إِلَّآ أَنَّمَآ أَنَا۠ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Yang diwahyukan kepadaku, bahwa aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang nyata.”
(f) Surah ini juga mendedahkan tentang penyakit jiwa yang dialami orang-orang musyrikin Mekah bahawa mereka tidak hendak memahami al-Qur'an, sebaliknya mereka bersikap sombong, angkuh dan keras kepala dalam menghadapinya (Ayat: 2).
Sad 38:2
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى عِزَّةٍ وَشِقَاقٍ
Tetapi orang-orang yang kafir (berada) dalam kesombongan dan permusuhan.
(g) Orang-orang musyrikin Mekah diingatkan supaya mengambil pengajaran daripada sejarah, dikatakan
kepada mereka bahawa bukan mereka orang yang mula-mula mendustakan seruan seperti yang dibawa
oleh Nabi Muhammad, malah sebelum mereka telahpun berlalu kaum Nuh, kaum'Aad, kaum Fir'aun,kaum Tsamud, kaum Luth dan Ashaabul Aikah, mereka juga mendustakan para rasul. (Ayat: 12-13).
Sad 38:12
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَعَادٌ وَفِرْعَوْنُ ذُو ٱلْأَوْتَادِ
Sebelum mereka itu, kaum Nuh, ‘Ad dan Fir’aun yang mempunyai bala tentara yang banyak, juga telah mendustakan (rasul-rasul),
Sad 38:13
وَثَمُودُ وَقَوْمُ لُوطٍ وَأَصْحَٰبُ لْـَٔيْكَةِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلْأَحْزَابُ
dan (begitu juga) Tsamud, kaum Luth dan penduduk Aikah. Mereka itulah golongan-golongan yang bersekutu (menentang rasul-rasul).
(h) Orang-orang musyrikin Mekah diancam dan mereka disuruh supaya merenungi sejarah untuk mengetahui berapa banyak bangsa-bangsa telah dibinasakan. Walaupun mereka berteriak dan bertempik,
mereka tetap tidak mendapat tempat perlindungan .
(Ayat:3).
Sad 38:3
كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ فَنَادَوا۟ وَّلَاتَ حِينَ مَنَاصٍ
Betapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, lalu mereka meminta tolong padahal (waktu itu) bukanlah saat untuk lari melepaskan diri.
Mereka ialah Nabi Daud, Sulaiman dan Ayyub. Kepada semua mereka diberikan gelaran أَوَّابٌ.
(a) Nabi Daud adalah seorang hamba Allah yang setia, beliau juga seorang penguasa tetapi beliau suka kembali dan merujuk kepada Allah (Ayat: 17)وَٱذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُۥدَ ذَا ٱلْأَيْدِۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ
Sad 38:17
ٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُۥدَ ذَا ٱلْأَيْدِۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ
Bersabarlah atas apa yang mereka katakan; dan ingatlah akan hamba Kami Dawud yang mempunyai kekuatan; sungguh dia sangat taat (kepada Allah).
(b) Nabi Sulaiman juga seorang hamba Allah yang setia, dia juga mempunyai kuasa tetapi beliau bersifat أَوَّابٌ (seorang yang suka merujuk dan kembali kepada Allah) (Ayat 30).
Sad 38:30
وَوَهَبْنَا لِدَاوُۥدَ سُلَيْمَٰنَۚ نِعْمَ ٱلْعَبْدُۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ
Dan kepada Dawud Kami karuniakan (anak bernama) Sulaiman; dia adalah sebaik-baik hamba. Sungguh, dia sangat taat (kepada Allah).
(c) Nabi Ayyub juga seorang hamba Allah yang setia, beliau adalah seorang yang sangat sabar, gelaran أَوَّابٌ juga diberikan kepadanya (Ayat: 44).
Sad 38:44
وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَٱضْرِب بِّهِۦ وَلَا تَحْنَثْۗ إِنَّا وَجَدْنَٰهُ صَابِرًاۚ نِّعْمَ ٱلْعَبْدُۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ
Dan ambillah seikat (rumput) dengan tanganmu, lalu pukullah dengan itu dan janganlah engkau melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sungguh, dia sangat taat (kepada Allah).
4. Di dalam surah ini disebutkan istiqhfar dua orang nabi iaitu Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.
(a) Nabi Daud telah beristighfar kepada Allah, beliau tunduk dan patuh kepada Allah (Ayat:24).فَٱسْتَغْفَرَ رَبَّهُۥ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ
Sad 38:24
قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِۦۖ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْخُلَطَآءِ لَيَبْغِى بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَقَلِيلٌ مَّا هُمْۗ وَظَنَّ دَاوُۥدُ أَنَّمَا فَتَنَّٰهُ فَٱسْتَغْفَرَ رَبَّهُۥ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ۩
Dia (Dawud) berkata, “Sungguh, dia telah berbuat zhalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk (ditambahkan) kepada kambingnya. Memang banyak di antara orang-orang yang bersekutu itu berbuat zhalim kepada yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; dan hanya sedikitlah mereka yang begitu.” Dan Dawud menduga bahwa Kami mengujinya; maka dia memohon ampunan kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertobat.
(b) Nabi Sulaiman juga telah beristighfar kepada Allah, selain berdoa kepadaNya agar tidak memberi kekuasaan yang begitu besar dan hebat kepada orang lain seperti yang diberikan kepadanya (Ayat: 35).
Sad 38:35
قَالَ رَبِّ ٱغْفِرْ لِى وَهَبْ لِى مُلْكًا لَّا يَنۢبَغِى لِأَحَدٍ مِّنۢ بَعْدِىٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ
Dia berkata, “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi.”
5. Di dalam surah ini juga dikatakan akibat yanq berlainan yang akan diterima oleh orang-orang yang tahu menghargai al-Our'an dan orang-orang yang menolaknya.
(a) Qur'an adalah sebuah kitab nasihat, orang yang menjalani kehidupannya dengan penuh hati-hati sesuai dengan ajaran al-Qur'an akan mendapat tempat kembali yang terbaik (Ayat: 49).
Sad 38:49
هَٰذَا ذِكْرٌۚ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَـَٔابٍ
Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sungguh, bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) tempat kembali yang terbaik,
(b) Orang-orang yang tidak menerima nasihat al-Qur'an, sebaliknya hidup dalam keadaan derhaka dan
melampaui batas akan mendapat tempat kembali yang paling buruk (Ayat: 55).
Sad 38:55
هَٰذَاۚ وَإِنَّ لِلطَّٰغِينَ لَشَرَّ مَـَٔابٍ
Beginilah (keadaan mereka). Dan sungguh, bagi orang-orang yang durhaka pasti (disediakan) tempat kembali yang buruk,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan