Ahad, Disember 27, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 148

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 148
*sesi 2

________________
berupa wahyu yang hanya terdapat di dalam agama Islam sahaja. Bahkan dari sudut lojiknya  pula, sekiranya  Tuhan mengagihkannya tanpa batasan , sudah tentu perjalanan 
 hidup ini tidak  akan herlangsung secara normal lagi atau tidak mampu dibayangkan lagi simpangsiurnya,  apabila setiap orang sudah tidak lagi bergantung atau memerlukan kewujudan orang lain.

Inilah realiti dunim Manusia tidak pernah  berasa puas. Dan perasaan tidak pernah puas tersebut membuktikan sebenamya di sana memang suatu kehidupan sempurna yang akan memuaskan hati setiap manusia. Kehidupan yang belum pernah dijejaki oleh keturunan manusia tersebut hanya diketahui oleh manusia melalui perkhabaran agama sahaja. Malah manusia hanya akan menikmati kepuasan dan ketenangan sejati apabila berada di sana. Itulah syurga. sebuah alam maha sempurna tempat asal keturunan manusia. Oleh sebab itulah manusia tidak pernah berasa puas. kerana dunia ini bukanlah kediaman sebenar mereka.
Manusia memerlukan agama kerana hanya agamalah yang mampu membimbing mereka menuju ke arah kesempurnaan yang diidam-idamkan oleh naluri mereka. Namun ia terbukti tidak mampu dicapai, apalagi untuk disusun oleh 'aqal mereka. Ini kerana kemampuan 'aqal hanya dapat membantu mereka yang bijak menggunakan sahaja. Itupun faedahnya amatlah terbatas. Contohnya. hanya mereka yang arif tentang kesan buruk dadah, alkohol dan sebagainya akan mendisiplinkan diri mereka daripada terjebak ke dalam pengambilannya. Sedangkan orang-orang yang patuh kepada agama akan berusaha sedaya upaya untuk menghindari diri daripada terlibat dalam melakukan apa jua larangan agama, walaupun mereka sendiri tidak pernah mengetahui apakah sebab dan hikmah sebenar di sebalik larangan tersebut. Buktinya larangan memakan daging babi, siapakah orang Islam yang mengetahui sebab sebenar agama Islam megharamkan daging binatang itu? Sebab sebenar yang menghalang mereka daripada memakannya tidak ada, selain daripada keimanan kepada Allah semata-mata.

Pengaruh agama yang dianuti manusia seringkali menutup segala pertimbangan 'aqal, kadang-kadang terbukti ianya jelas menongkah logik. Contohnya berapa ramaikah jumlah penganut agama Kristian di seluruh dunia yang menerima hakikat bahawa tuhan mempunyai anak? Bukankah menurut kepercayaan mereka, tuhan telah sanggup membiarkan 'Isa - satu-satunya anak tuhan - dibunuh dengan tragis hanya kerana ingin menebus dosa yang pernah dilakukan Oleh Nabi Adam a.s.? Lebih membingungkan lagi, anak tuhan yang ternyata lemah itupun dianggap juga sebagai tuhan yang harus disembah!

Manakala agama Sikh yang mengharam keras penganutnya daripada menghisap rokok pula tidak pernah menganggap pengambilan alkohol sebagai suatu larangan.
Itulah hakikat kemampuan 'aqal. Untuk memperolehi keseimbangan dalam peraturan-peraturan agama yang dibina di atas 'aqal sahaja pun adalah suatu kemustahilan, apalagi untuk mencapai tahap kesempurnaan sepeni apa Yang dibawa oleh agama Islam Yang berteraskan wahsu.

lman
Antara kandungan yang paling utama ialah iman. Iman yang bermaksud percaya berpunca daripada kata dasar Amnun (أَمْنٌ) dan Amänun (أَمَانٌ) yang bererti, aman, damai, tenteram. tenang dan seumpamannya. Dalam erti kata yang Iain, iman juga bermaksud menjadikan makhluk Iain terutamanya manusia aman (terhindar) daripada segala sikap buruk orang yang beriman. Seperti pencerobohan terhadap harta bendanya, pencabulan maruahnya memfitnah dan menipunya, menghampa dan mengecewakannya dan sebagainya. Dalam menjelaskan definisi iman, Nabi

148

Tiada ulasan:

Catat Ulasan