Sahih bukhari kitab iman sesi 01 149
*sesi 2
_________
s.a.w. pernah bersabda:
الْمُؤْمِنُ مَنْ أَمِنَهُ النَّاسُ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ
Bermaksud: "Orang yang beriman ialah orang yang orang lain berasa aman daripadanya, sama ada terhadap harta benda atau diri-diri mereka.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan al-Haakim).
Iman tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Kerana iman menggambarkan kepercayaan dalaman seseorang, manakala Islam pula memaparkan sikap luarannya. Sepertimana iman membawa erti aman, damai, tenteram, tenang dan seumpamanya, Islam juga membawa erti selamat, sejahtera, sentosa dan lain-lain.
Islam dengan erti-erti ini telah digunakan dengan jelas oleh Nabi s.a.w. sendiri dałam hadits-hadits Baginda s.a.w. Lihat umpamanya surat Baginda kepada Hiraqlu, sebagaimana termaktub di dalam kandungan hadits yang lepas, iaitu:أَسْلِمْ تَسْلَمْ Bermaksud: "Islamlah kamu, niscaya kamu akan selamat.”
Keselamatan yang dijamin tidaklah terbatas kepada kehidupan di dunia sahaja, tetapi ianya juga merangkumi keselamatan di dunia dan di akhirat. Malah jaminan keselamatan tersebut juga tidak hanya terbatas kepada penganutnya sahaja, bahkan ia juga meliputi keselamatan penganutpenganut agama lain. Nabi s.a.w. bersabda:
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُؤْمِنُ مَنْ أَمِنَهُ النَّاسُ عَلَى دِمَائِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ
Bermaksud: "Orang Islam ialah orang yang orang lain selamat daripada gangguan lidah dan tangannya. Orang beriman ialah orang yang orang lain berasa aman daripadanya, sama ada terhadap darah (diri-diri) mereka atau harta benda mereka.”
(Hadits riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaa'i, Ibnu Hibbaan, Haakim dan at-Thabaraani).
Untuk menjelaskan lagi jaminan ini, Nabi s.a.w. telah menganjurkan umatnya agar menyebarkan salam kepada setiap orang Islam yang ditemui. Kerana maksud 'Selamat sejahtera ke atas kamu ' (السلام عليكم ialah jaminan keselamatan daripada gangguan pemberi salam kepada penerimanya.
Begitu juga sebaliknya harapan pemberi salam daripada penerimanya. Apabila penerima salam menjawab salam, bererti ia juga memberi jaminan keselamatan kepada pemberi salam. Itulah interpretasi Islam yang sebenarnya. laitu jaminan keselamatan luaran secara khusus. Senłentara ma'na iman pula ialah kedamaian dan ketenteraman jiwa.
149
Tiada ulasan:
Catat Ulasan