Sabtu, Disember 26, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 163

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 163
__________________________________________________________
itu bertambahlah iman kami.” (Ibnu Majah dan Baihaqi).

 Abu Hurairah, ibnu Abbas dan Abu ad-Dardaa' selalu berkata  الإيمان يزيد ةينقص
 Bermaksud: Iman itu bertambah dan berkurang.(al Laalkaai di dalam Syarah Ushul i'tiqaad Ahli as-Sunnah).
Umair bin Habib al-Khathmi r.a. berkata

الإيمانُ يزيدُ وينقصُ ، قيل : وما زيادتُه ونقصانُه ؟ قال : إذا ذكرنا اللهَ تعالى ووحَّدناهُ وسبَّحناهُ فتلك زيادتُه وإذا غفِلنا ونسينا فذاك نُقصانُه
Bermaksud: Iman iłu bertambah dan berkurąng. Beliau ditanya orang: "Bagaimana bertambah dan berkurangnya iłu?" Beliau menerangkan: "Apabila kita ingat kepada Allah lalu kita bertahmid dan bertasbih, begitulah ia bertambah. la berkurang apabila kita Ieka.” 
(Baihaqi di dałam Syuab al-lman, Ibnu Abi Syaibah di dalam al-lman, Ibnu Baththah di dalam al-lbaanah). 

Demikianlah kami paparkan sebahagian daripada dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menunjukkan iman iłu bertambah dan berkurang. Selain dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah iłu Jumhur Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah juga berpegang dengan dalil 'aqal. Kata mereka, kalau hakikat iman tidak berlebih kurang, tentulah setiap orang yang beriman iłu sama tarafnya, termasuk iman orang-orang yang melakukan ma'shiat dan bermacam-macam bentuk kejahatan yang lain. Tentulah iman semua orang sama saja dengan iman para nabi dan malaikat. Ini adalah suatu yang sama sekali tidak masuk 'aqal. 
Antara dalil yang dikemukakan oleh al-Aini bagi pihak imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya pula ialah: 
(1) Allah s.w.t. menujukan firmanNya kepada sekalian manusia menggunakan bahasa 'Arab yang terang, bahawa; (berimanlah / percayalah kamu kepada Allah). Perkataan iman atau percaya dałam bahasa 'Arab bererti membenarkan dengan hati semata-mata. Kerana iłu perintah ini tidak merangkumi amalan sebagai juzu' (sebahagian daripada) iman. Kalau perkataan iman juga mengandungi ma'na-ma na lain selain percaya dan membenarkan dengan hati semata-mata, tentulah ia diketahui orang-orang 'Arab. 
(2) Ayat-ayat dan hadits-hadits yang menyatakan tempat iman adalah di hati, jelas membuktikan bahawa ma'na sebenar iman ialah percaya dan membenarkan dengan hati semata-mata. Iman dengan iłu merupakan salah satu perbuatan dan kerja hati. Lihatlah dua firman Allah berikut sebagai buktinya: 
 أُو۟لَٰٓئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلْإِيمَٰنَ
Bermaksud:mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman di dalam hati mereka (al-Mujaadilah:22).

وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْۛ 
Bermaksud: padahal hatinya tidak beriman. 
(al-Maa'idah:41).

 Lihat juga apa kata Rasulullah s.a.w. kepada Usaamah apabila Usaamah tetap membunuh seorang kafir yang telah mengucap لا إله إلا الله di hadapannya: 
أَفَلَا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لَا
Bermaksud: Kenapa tidak engkau belah hatinya untuk mengetahui adakah hatinya benar-benar ikhlas atau tidak? 
(Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, Nasaa'i, Ibnu Hibbaan dan lain-lain). 

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, katanya: 
كَانَ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ اللهم يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Bermaksud: Nabi s.a.w. selalu berdoa (begini): Ya Allah! Wahai Tuhan yang mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 
(Bukhari di dalam al-Adabu al-Mufrad, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Majah, al-Baghawi di dałam Syarah as-Sunnah, Ahmad, Abu Yaîla dan lain-lain). 

(3) Kufur lawannya iman. Kerana itu Allah berfirman:

 فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ 
Bermaksud: oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia beriman (percaya) kepada Allah, (al-Baqarah:256).

Kufur bererti tidak percaya dan iman pula bererti percaya. Kedua-duanya berkait dengan hati dan saling berlawanan. Apabila ada iman, tiadalah kufur dan apabila ada kufur, tiadalah pula iman. Setelah jelas tempat kufur iłu sebenarnya di hati, iman yang merupakan lawannya juga tentulah letaknya di hati, bukan pada amalan atau perbuatan anggota lahir badan. Logiknya ialah tidak akan berlaku pertentangan dan perlawanan jika tempat berlainan (لَا تَضَادَّ عِنْدَ تَغَايُرِ المَحَلَيْنِ). 

(4) Di dalam al-Qur'an seringkali amal di'athafkan kepada

163


Tiada ulasan:

Catat Ulasan