Sabtu, Disember 26, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 174

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 174

٨ - حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

8 - 'Ubaidullah bin Musa (bin Baazaam m.213/214H) meriwayatkan kepada kami, katanya: Handzalah bin Abi Sufyan (bin 'Abdir Rahman al-Qurasyi al-Makki m. 151H) meriwayatkan kepada kami daripada 'Ikrimah bin Khalid (bin al-Aash bin Hasyim al-Qurasyi al-Makki m. 114/115H) daripada Ibni 'Umar r.a,¹⁰⁵ katanya: "Rasulullah s.a.w.

___________________________________________________________
perbedaan lafzi di antara dua golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah tersebut. Dengan itu akan nyatalah persamaan tanggapan tentang iman yang ada pada keduanya.
(1) Golongan pertama mengatakan iman bertambah dengan amalan keta'atan dan berkurang dengan amalan ma'shiat atau perbuatan dosa. Apa yang bertambah? Kata mereka, yang bertambah ialah kesan amalan itu, hasilnya atau kaifiatnya. Golongan kedua tidak menafikannya. Yang mereka nafikan ialah bertambah atau berkurangnya apa yang semestinya diimani dan dipercayai (مُؤْمِنٌ بِهِ). Dalam soal ini pada hakikatnya golongan pertama tidak berbeda daripada golongan kedua. 
(2) Golongan pertama mengatakan terdapat tiga juzu' (komponen) di dalam iman. Tetapi juzu' asas dan sebenarnya hanyalah تصديق بالجنان(membenarkan dengan hati). Membuat pengakuan dengan lidah dan mengamalkan apa yang diimani juga merupakan juzu' (komponen) iman, tetapi kedua-duanya adalah komponen tambahan (جزء زائد).
Golongan kedua walaupun tidak bersetuju dengan golongan pertama daripada segi iman mempunyai beberapa juzu', ada yang asasi dan ada yang tambahan. Tetapi mereka tetap bersetuju dengan golongan pertama tentang تصديقsebagai hakikat (ماهية) iman. Adapun yang dua lagi itu bukan juzu'nya, ia tidak lebih dari buah atau hasil iman. 
(3) Golongan kedua percaya bahawa orang yang tidak melakukan apa-apa perintah dan suruhan agama, begitu juga orang yang melanggar perkara-perkara yang diharamkan oleh agama tidak akan terus masuk syurga seperti kepercayaan Murji'ah. Mereka mengatakan orang seperti itu kalau tidak diampunkan oleh Allah akan dihukum dahulu sama ada di alam Barzakh, di Mahsyar atau di dalam neraka. Bagaimanapun akhirnya ia akan dilepaskan dari neraka dan akan masuk syurga. Golongan pertama pula percaya bahawa orang yang meninggalkan amal bil arkaan boleh menyebabkannya dimasukkan ke dalam neraka jika tidak diampuni Allah. Tetapi mereka tidak akan kekal di dalamnya. Bukankah perbedaan seperti ini hanya perbedaan pada lafaz dan 'ibarat sahaja? Kesimpulan daripada kedua pendapat itu ialah orang yang meninggalkan amal bil arkaan mungkin masuk neraka. Tetapi kerana ada iman di dalam hatinya, dia akhirnya akan selamat juga dan akan masuk syurga juga. 

(4) Iman seseorang akan bertambah apabila ia mengerjakan segala  bentuk ketaatan .

¹⁰⁵ Apabila disebut Ibni atau Ibnu 'Umar (anak laki-laki 'Umar) secara umum begitu, maka dimaksudkan dengannya 'Abdullah bin Umar. Walaupun selain beliau 'Umar mempunyai ramai lagi anak laki-laki. Antara sebabnya ialah beliau merupakan anak laki-laki 'Umar Yang paling menonjol, Beliau sering juga dipanggil dengan nama kuniah, Abu 'Abdir Rahman. Ibnu Umar memeluk agama Islam ketika masih kecil bersama ayahandanya 'Umar semasa di Mekah di

174

Tiada ulasan:

Catat Ulasan