Sahih bukhari kitab iman sesi 01 176
(2) Mendirikan sembahyang.¹⁰⁸ (3) Mengeluarkan zakat.¹⁰⁹ (4) Mengerjakan haji dan
(5)Berpuasa di bulan Ramadhan¹⁰⁵
___________________________________________________________
as-Shalah yang dengan jelas menyebutkan perkataan ini. Atau ia ditaqdirkan dengan perkataan خصال (perkara) atau قواعد(prinsip) dan lain-lain. Semuanya harus dan betul. Di dalam sahih Muslim tidak tersebut خمس tetapi sebaliknya Maka ma'dudnya hendaklah ditaqdirkan dengan أشياء(perkara), أركان(rukun) atau أصول(asas) dan sebagainya. Tetapi menurut ahli-ahli tahqiq dalam ilmu Nahu 'Arab, dalam keadaan ma'dud (sesuatu yang dibilang) tidak tersebut, anda bebas menggunakan adadnya, sama ada dalam bentuk muzakkar atau muannats.
¹⁰⁸ Perintah atau suruhan supaya menunaikan sembahyang di dalam al-Qur'an sentiasa disertakan dengan perkataan: أقم atau أقيموا (Dirikanlah), bukannya dengan semata-mata perkataan sembahyang sahaja seperti: صَلِّ atau صَلُّوْا (bersembahyanglah). Meskipun perkataan صَلِّ atau صَلُّوْا selalu juga digunakan di dalam hadits-hadits Nabi s.a.w. Ini kerana perkataan mendirikan mempunyai maksud dan ertinya yang tersendiri. Antaranya ialah:
(i) la menggambarkan sembahyang seolah-olahnya sebuah bangunan yang terbina daripada bahagian-bahagian yang saling menyokong dan menguatkan binaannya. Oleh itu sembahyang yang dilakukan tanpa sokongan iman dan dorongan ketaqwaan bukanlah sembahyang yang diterima Allah.
(ii) Amalan sembahyang sama ada secara bersendirian atau berjamaah haruslah dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh as-Sunnah.
(iii) Amalan sembahyang haruslah dilakukan secara praktikal, bukannya memadai dengan hanya memasang niat sahaja.
(iv) Sembahyang yang ditunaikan diharap berpotensi mencegah pelakunya daripada perkara yang keji dan mungkar.
(v) la menuntut penghayatan terhadap segala bacaan dan gerak-geri dalam sembahyang yang merupakan penghubung di antara seorang hamba dan Penciptanya.
(vi) Mengingat dan menyedarkan orang yang bersembahyang agar sentiasa tulus ikhlas ketika bermunajat dengan Tuhannya.
Sebahagian daripada maksud 'mendirikan' sembahyang juga akan dapat difahami sekiranya anda menghayati keseluruhan hikmah dan falsafah di sebalik pelaksanaan sembahyang itü sendiri. Bermula daripada takbir sehinggalah kepada memberi salam, kepatuhan para ma'mum dituntut dalam mengikuti setiap pergerakan imam, peranan masjid sebagai tempat utama untuk sembahyang fardhu secara berjemaah dan lain-lain. Tuntutan agar setiap pergerakan imam di dalam sembahyang diikuti sebagai contoh, mengandungi banyak sekali pengajaran, hikmah dan falsafahnya. Cuba bayangkan, kenapa agaknya ada ancaman kepada seseorang ma'mum yang mendahului pergerakan imamnya di dalam sembahyang? Kepalanya atau mukanya di Akhirat nanti dikatakan akan bertukar menjadi kepala atau muka haiwan yang paling bodoh iaitu keledai! Lihat saja hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah di bawah ini. Kata beliau. Rasulullah
s.a.w. bersabda:
أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ أَوْ لَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ
Bermaksud: Tidakkah seseorang daripada kamu takut kerana mengangkat kepala sebelum imam (di dalam sembahyang), kepalanya atau mukanya akan ditukar Allah menjadi kepala atau muka keledai?
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, Nasaa'i, Ibnu Majah dan İbnu Abi Syaibah).
Perhatikan! Bukankah ia membawa pengajaran bahawa rakyat mesti patuh kepada pemerintah yang menjunjung perintah Allah? Bukankah ia juga bererti orang yang tidak tahu patuh kepada pemimpin tidak layak memiliki kepala dan wajah manusia yang mulia. la hanya
176
Tiada ulasan:
Catat Ulasan